SAHABAT SETIA SAJ

Friday, November 26, 2010

KASIHAN NIK AZIZ

SALAM 1 MALAYSIA, SALAM KEAMANAN MALAYSIA...

Terdetik pulak nak komen tentang hal ini sebab rasa geli hati melihat keletah MB PAS.

KEKECEWAAN NYA BERSIFAT SEMENTARA UNTUK MEMBURUKKAN MEDIA KERAJAAN  


Mengulas mengenai MB kelantan yang KECEWA kerana tiada liputan tentang EKSPO CHENG HO. katanya, ekspo ini julung - julung kali diadakan, tetapi tiada liputan arus perdana memaparkan ekspo berkenaan. 


Sedih jugak la mendengarnya, kerana ibarat tidak mendapat perhatian . yelah, ibarat anak derhaka yang selalu melawan kata mak bapaknya, jarang - jarang untuk diberi perhatian. si mak dan bapak (kerajaan) dah beri kemudahan pada si anak(sekolah, pinjaman, buku teks, jalan raya etc), tetapi, si anak tak kenang jasa dan menghentam pulak. lepas tu, nk pulak menyendeng pada mak bapak ni balik.. ish..ish..ish...

inginkan jugak perhatian kerajaan rupanya.. yelah, bila kerajaan beri liputan kelantan tu, ada yang menempelak kerajaan balik. tapi, bila tak dbuat liputan, kene jugak tempelak. mana satu la PAS KELANTAN ni. 

rasanya, kalau tak ada media arus perdana pun, media mereka pun sudah cukup kan. elok la media mereka siarkan tentang ekspo ni banyak2 daripada asyik melalut, memfitnah, menghasut pembaca. kan lebih baik tu...

lain pulak cerita MB Kedah masa pembentangan bajet Kedah tempoh hari. Dalam kes ini, dihalau nya media untuk buat liputan. ish..ish..ish... demokrasi ape namanya ni ??? 

kedua-dua MB ini adalah PAS. nampak sangat mereka ini tidak sehala dalam arah tujunya. 
pulak tu, main pilih pulak mana yang nk buat liputan, mana yang tidak. TU TAK TELUS NAMANYA TUR..... 

apapun, simpati sungguh kat nik aziz tu. kesian dia. penat dia berucap masa kat ekspo tu, tak ada pun liputan. 

3 comments: