SAHABAT SETIA SAJ

Tuesday, November 30, 2010

PERJUANGKAN DASAR ISLAM !!!



Salam 1 MALAYSIA, Ketuanan Melayu dipelihara, agama ISLAM tetap dijunjung !

ISLAM DISANJUNG TINGGI, KETUANAN MELAYU DIPELIHARA.

Jangan kita merasakan, BN berada pada tahap selesa ketika ini dek daripada pergolakan serius yang melanda PKR sekaligus merencatkan tumbesar PR. Apapun, perjuangan kita belum selesai hinggalah Ketuanan Melayu dijaga tanpa mencemarkan ISLAM di Malaysia ini.

Biar lah kita bersederhana dalam perjuangan, namun, tidak dapat dinafikan, keagungan ISLAM tetap yang utama dalam kerajaan di bawah pimpinan yang berkaliber , DS NAJIB TUN RAZAK.

BERJUANG KERANA ALLAH, BUKAN KERANA
 PARTI YANG SUDAH SESAT

Berbeza pula dengan PR, yang cakap di mulut dan ceramah-ceramah murahannya, yang melaungkan untuk mengangkat DASAR ISLAM di negara ini, TETAPI, tiada sekelumit DASAR ISLAM pun yang kelihatan dan di nikmati sekarang. MANAKAH DASAR ISLAM PR ??? "Dibakul sampahkan oleh DAP ker ???


Walaupun kerajaan BN tidak menguar-uarkan DASAR ISLAM, tetapi, ISLAM menjadi teras dalam pemerintahan dan dalam apa segi pun di negara ini. ini kerana, kerajaan juga menghormati bangsa lain yang duduk sebumbung dengan orang melayu islam. 

Kerajaan mengagungkan ISLAM, dan juga menghormati agama bangsa lain. DS Najib menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan adil kepada semua rakyat dan semua bangsa negara ini. ini kerana, perjuangan Islam tidak perlu dilaungkan , kelak menimbulkan kemarahan bangsa lain. 

Cukup lah dengan ISLAM yang sentiasa di tempat yang tinggi dan tidak diperkotak katikkan sebagaimana PAS dan PKR yang melaungkan DASAR ISLAM, tapi tidak nampak ISLAM nya, dan tidak membela bangsa lain malah, menjadikan ayat suci al-quran dilacurkan oleh orang kafir yang tidak beriman kepada kitab suci Al-Quran.

ISLAM PAS dan PKR hanya untuk meraih undi Melayu (walaupun mereka benci melayu), akan tetapi, untuk membela orang Melayu, bukanlah antara perkara utama PKR dan PAS. tambahan, mereka ingin MENGHAPUSKAN KETUANAN MELAYU.

Benarlah kata Datuk Seri Dr.Rais Yatim

"Dengan PKR tidak lagi berminat dengan hak-hak keistimewaan orang Melayu serta kuasa raja-raja Melayu yang mempunyai kedaulatan dan keteguhan di bawah Perlembagaan Persekutuan, jadi apa perlu lagi ditunggu oleh orang Melayu dalam PKR," kata beliau kepada Utusan Malaysia
 hari ini.

Rais berkata, dengan perakuan dan ketegasan kedua-dua pemimpin PKR itu yang memperlekehkan ketuanan Melayu, ia sekali gus bermakna PKR tidak lagi relevan untuk orang Melayu."

SUMBER : utusan malaysia



 inilah PR yang inginkan MELAYU tetapi tidak jaga MELAYU.

sebaliknya, Kerajaan BN sentiasa membantu MELAYU 

mahupun bangsa lain. 


Tidak sesekali DS NAJIB menafikan bantuan kepada

 bangsa lain. 



Maka, adakah patut kita menyokong parti yang membiarkan agama dan bangsa kita dimain2kan dan di humban sesuka hati ??? PR yang sebenarnya dalang kepada kekecohan negara yang selama ini aman dan bahagia dalam segenap lapisan masyarakat. 

PR lah pencetus kepada kebencian antara kaum. rakyat sudah jelak dan menyampah dengan perjuangan PKR dan PAS yang umpama lautan tidak bertepi. Kerana, kehulu pun boleh, ke hilir pun boleh. Tiada fokus dan tidak istiqamah dalam perjuangan mereka. 

Perjuangan mereka ini adalah perjuangan cacamarba. Kaup mana yang sempat, gali mana yang dapat. Yang tinggal untuk Islam yg mereka perjuangan kan, adalah saki baki dan daki-daki sahaja. 

akhir kata, BN juga yang dapat menjamin kestabilan bangsa dan agama.





Monday, November 29, 2010

ZURAIDA NAIK MEROYAN DAPAT MIKROFON

SALAM 1 MALAYSIA SEMUA...


"PARTI INI KITA PUNYA" TELAH MAKAN DIRI PARTI PKR - KRONISME


Hmmm.... tak salah rasanya untuk aku katakan, PKR adalah parti kroni. Hahahaha.... sebab ape tu?? sebabnya, ZURAIDA mengatakan " parti ini kita punya, sukati kita la ". LIHAT, ini amat terang sekali menunjukkan, PKR adalah satu parti kroni ntk PKR sahaja. 


WAHAI ZURAIDA, andai PKR itu parti PKR sahaja, jgn hidup di bumi MALAYSIA kerana BN tidak pernah membuat sempadan bahwa parti itu, parti BN punya. Malahan, BN mewakili rakyat untuk menuju pembangunan yang menyeluruh. 


andai ZURAIDA itu tahu, dia tidak akah dapat ke mana2 kerana tiada tapak atau tanah PKR di malaysia ini. jalan-jalan raya yang digunakan adalah hasil sumbangan KERAJAAN BN. tetapi, BN tidak pernah mengatakan jalan raya itu hanya untuk parti BN sahaja dan sukati orang BN lah. 


ZURAIDA, jangan sekali-kali ingin mengikuti anwar yang bercadang tawan putrajaya. beritahu pada anwar, bahawa putrajaya itu, KERAJAAN BN yang pegang dan bina. ZURAIDA, carilah sendiri monumen parti PKR sendiri kerana ZURAIDA terlalu sombong dengan PARTI PKRnya. 


WAHAI ZURAIDA, lupakah kamu kepada ketelusan yang diperjuangkan parti PKR kepada rakyat ???? andai ZURAIDA menghalang orang luar daripada parti PKR membuat liputan dan sebagainya, ADAKAH ITU DINAMAKAN TELUS ???? Cetttttt !!!!


LETIH MENDENGAR UCAPAN ZURAIDA
YANG MEROYAN DAPAT MIKROFON


ZURAIDA, aku biarkan dirimu terjun dengan labu-labu mu. hehehehe..... 


ZURAIDA bersikap kronisme yang hanya mementingkan parti PKR sahaja tapi bukan untuk perjuangkan hak rakyat. inikah PARTI yang rakyat ingin berlindung di bawahnya?? PARTI YANG HANYA TUMPU PADA ORANG2 PKR SHJ ???


KEPRIHATINAN DAN KESEDIAAN DS NAJIB MEMBERI BANTUAN
KEPADA RAKYAT TANPA MENGIRA FAHAMAN POLITIK


sedangkan dalam jentera BN yang di bawah pimpinan DS NAJIB, tidak pernah meminggirkan rakyat tanpa mengira fahaman politik mereka. kebajikan di negeri-negeri yang ditadbir PR tetap diberikan bantuan seperti bantuan segera yg d arahkan DS NAJIB terhadap mangsa banjir di Kedah yang lalu. 


Jelas, kerajaan BN mengutamakan rakyat dahulu, TIDAK seperti PKR yang dahulukan ORANG PKR sahaja.

BUKAN ISLAM PKR MULA MENGENALI ISLAM

SALAM 1 MALAYSIA, SALAM PERPADUAN YANG DITERASKAN DALAM BN.


KESUCIAN AGAMA ISLAM DI TUNTUT UNTUK DIJAGA


"Astaghfirullah al azim"


perkataan ini muncul sebaik sahaja famili terdekat di kampung jawa ini mendengar dan melihat berita yang disiarkan di TV3 yang mana, seorang wakil PKR berbangsa india telah menggunakan ayat al quran dalam ucapan nya. dah le pulak tu, terjemahan pun salah diberikan. menyirap darah aku apabila orang yang TIDAK BERIMAN KEPADA AL QURAN menggunakan ayat suci AL QURAN KAREEM.


bertambah teruk apabila, tiada siapa yang dapat menegur kesalahan terjemahan itu. ini menunjukkan, tiada satu pun wakil dalam PKR itu yang tahu tentang AGAMA ISLAM. kalau ada, mengapa dibiarkan itu terjadi ????tidak rasa berdosakah apabila kesalahan terjemahan ayat-ayat ALLAH itu di ucapkan ???? tidak rasa ingin berjuang syahid kah apabila ayat2 QURAN di main dan ditafsir ikut perencah sendiri ???? 


jelas menunjukkan, PKR TIADA AHLI AGAMA YANG DAPAT MENYEDARKAN HAL INI DAN MEREKA HANYA MENGIKUT MEMBABI BUTA.


Mengapa hal ini berlaku??


- ini kerana, wakil berbangsa india itu merasakan, TIADA SALAH UNTUK MENGGUNAKAN DAN MENTERJEMAHKAN AYAT2 QURAN DALAM MANA2 UCAPAN. ayat2 Quran kini boleh digunakan sesiapa sahaja dan diterjemah sesuka rasa. Dek kerana itulah, kafir laknatullah telah berani ambil ayat Quran dan menterjemahkan mengikut kefahaman sendiri.


- bukan itu sahaja, wakil berbangsa india ini merasakan, ayat2 Quran ini merupakan senjata paling tajam dalam menawan hati orang2 islam. bertambah yakin apabila, MELAYU ISLAM PAS DAN PKR menggalakkan mereka menggunakan ayat2 quran itu dengan perasaan bahawa, KAFIR LAKNATULLAH ITU telah mula mendekati islam ....


islam kah kalau terjemahan pun di salah tafsir??? patutkah kita percaya pada tafsiran orang yg tidak beriman kepada QURAN dan tidak mendalami ilmu2 islam yang lain ???? 


Dalam hal ini, aku tidak syak bahawa, PAS penyumbang terbesar dalam pencabulan ayat2 Quran oleh kafir laknatullah. diseru pula oleh islam PKR. Syaitan yg berada pada DAP bersorak girang apabila telah berjaya mencabul hak kitab suci ISLAM tanpa mendapat bantahan USTAZ PKR DAN PAS. 
PAS DAN PKR PEROSAK AGAMA ISLAM KERANA
SAYANG MEREKA PADA DAP


Apabila ini berlaku, di manakah menunjukkan DASAR ISLAM  itu akan dijalankan dalam PR ????


Selamatkah perjuangan DASAR ISLAM dalam PR di Malaysia andai sesiapa shja boleh menafsir ayat2 QURAN ???


Terbelakah ISLAM dalam perjuangan PR ????


Aku tgk, ISLAM dalam PR tidak berkembang, malah makin malap dek dihayun tangan DAP. bertaubatlah PAS DAN PKR Islam. sedarlah perjuangan islam mu.


Tidakkah PAS DAN PKR merasakan AL-QURAN ibarat telah dipijak oleh kafir laknatullah ??? 


mengucap panjang mengenangkan kesucian agamaku yang tercemar dalam PR.


dalam jentera BN, tiada kafir pun mencemarkan ayat2 Quran kerana mereka menghormati KESUCIAN AYAT-AYAT QURAN, IAITU AYAT-AYAT ALLAH.


dalam jentera BN, ayat-ayat Quran tidak digunakan sewenang-wenangnya kerana tafsiran itu perlu betul untuk mengelak mendapat kemurkaan ALLAH.


dalam jentera BN, agama ISLAM di jaga daripada dicemari anasir-anasir pembunuh agama ISLAM seperti apa yg telah berlaku dalam PKR DAN PAS.


AGAMA ISLAM DI BELA DI BAWAH KERAJAAN BARISAN NASIONAL


di bawah pimpinan DS NAJIB TUN RAZAK, perkara ini memang ditegah untuk menjaga imej negara ISLAM sekaligus mengangkat keAGUNGAN ISLAM PADA MATA RAKYAT. 

Sunday, November 28, 2010

ANWAR ANUGERAH TUHAN

Salam 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.


Sembang-sembang malam wak-wak sini, macam-macam la story nya... Daripada kisah zaman remaja mereka dahulu yang indah ntk dikenang, zaman mendengar laungan MERDEKA hinggalah pada apa yang mereka kecapi sekarang. ALHAMDULILLAH kata mereka. 

Cuma, semenjak PRU 12 lepas, macam2 perkara yang kurang dan tidak enak berlaku. Malaysia yg dulunya aman dengan keyakinan rakyat pada Pemimpin Utama negara, sekarang ini jadi kacau bilau dek hasutan dan fitnah yang dilemparkan pembangkang. 

Namun, panahan peluru pembangkang, tidak berjaya menembusi hati dan jiwa majoriti anak2 MALAYSIA untuk menyanjungi perjuangan dan pimpinan PEMIMPIN NEGARA dari dulu, hinggalah sekarang iaitu DS NAJIB TUN RAZAK. 



Konvensyen PKR yang pada mula disiarkan berita menunjukkan, tidak sampai separuh dewan dipenuhi perwakilan. hehehehe...kelakar jugak. cuma hari ini baru je la nak penuh setelah mendapat kecaman negatif media. 

Ucapan Datin Seri Dr.Wan Azizah tadi, jelas hanya mengangkat suaminya sebagai pemimpin PKR itu. teks yang dibaca hanya sekadar bacaan je lah. bukan lahir dari hati nya sendiri kerana itu adalah teks seorang ustaz. jika lahir dari hati sendiri, Wan Azizah sendiri akan membuat teks itu lebih baik daripada teks ustaz itu yang ternyata lebih bersifat agresif dan tidak mencerminkan peribadi dan akhlaq yang baik sebagai seorang ustaz. 

"ANWAR ADALAH ANUGERAH TUHAN"

TARIK TELINGA SENDIRI KERANA MENCEMARKAN ANUGERAH YANG TUHAN BERIKAN

Itulah yang dapat disimpulkan mengenai anwar ibrahim pada persidangan mereka itu. YA, anugerah tuhan. kita tidak menafikan kelahiran anwar memang satu anugerah tuhan. kelahiran mana2 pun, semua itu anugerah tuhan. jika bukan anugerah tuhan yang memberikan nyawa kepada manusia, lingkup lah bumi tanpa manusia..

Cuma, "anwar anugerah tuhan" itu, banyak definisnya. anugerah bukan sahaja lahir dalam bentuk yang baik tapi ada juga yang dalam bentuk sebaliknya. ada haiwan mangsa (baik) seperti kancil dan ada pemangsa (jahat) seperti harimau kerana harimau makan kancil. elemen ini penting utk ekosistem bumi dan menunjukkan bumi sihat dan normal. 

TETAPI, elemen anwar ini adalah elemen jahat yang tidak menyeimbangkan ekosistem bumi. sebab apa ???? sebabnya, kehadiran anwar menyebabkan lelaki muda jambu akan menjadi pilihannya. adakah ini baik untuk bumi dan manusia sejagat ???? TIDAK KAN???

BUKAN itu sahaja, kehadiran anwar menyebabkan tercetusnya idea demonstrasi jalanan yang memberi impak negatif kepada negara, harta benda dan keselamatan orang awam. ini BAIKKAH untuk negara ??? anugerah kan kalau bencana yang dibawa ???? bencana yang merosakkan harta benda awam dan keselamatan negara ????

JUGA, kehadiran anwar juga menyebabkan nama baik MALAYSIA jadi buruk. dia ke luar negara memburukkan negara MALAYSIA kononnya pemimpin malaysia tidak baik, pimpinan PM kita tidak bagus dan sebagainya. BAIKKAN perbuatan begini utk negara ??? baikkah bercerita hal dalam kelambu kepada orang lain ???? baikkah perbuatan mengaibkan orang ???? ANUGERAH KAH ITU ???

SEKIRANYA, anwar ini anugerah, dia tidak akan beri cadangan untuk mengambil pinjaman bank dunia ketika negara mengalami krisis kewangan pada tahun 1998. lihatlah akibat mengambil pinjaman bank dunia oleh indonesia dan filipina. mereka terpaksa mencari pelbagai cara yang SUSAH dan BERHEMPAS PULAS untuk melangsaikan hutang sedangkan kita, TELAH MENCAPAI TAHAP SELESA DAN BAHAGIA atas tindakan Tun Dr. Mahathir. ANWAR ITU ANUGERAH KAH ????

SEDARLAH, anugerah yang tuhan beri bukan anugerah yang memusnahkan, tetapi anugerah yang baik dalam kehidupan dunia sebelum menuju akhirat. 

Friday, November 26, 2010

KASIHAN NIK AZIZ

SALAM 1 MALAYSIA, SALAM KEAMANAN MALAYSIA...

Terdetik pulak nak komen tentang hal ini sebab rasa geli hati melihat keletah MB PAS.

KEKECEWAAN NYA BERSIFAT SEMENTARA UNTUK MEMBURUKKAN MEDIA KERAJAAN  


Mengulas mengenai MB kelantan yang KECEWA kerana tiada liputan tentang EKSPO CHENG HO. katanya, ekspo ini julung - julung kali diadakan, tetapi tiada liputan arus perdana memaparkan ekspo berkenaan. 


Sedih jugak la mendengarnya, kerana ibarat tidak mendapat perhatian . yelah, ibarat anak derhaka yang selalu melawan kata mak bapaknya, jarang - jarang untuk diberi perhatian. si mak dan bapak (kerajaan) dah beri kemudahan pada si anak(sekolah, pinjaman, buku teks, jalan raya etc), tetapi, si anak tak kenang jasa dan menghentam pulak. lepas tu, nk pulak menyendeng pada mak bapak ni balik.. ish..ish..ish...

inginkan jugak perhatian kerajaan rupanya.. yelah, bila kerajaan beri liputan kelantan tu, ada yang menempelak kerajaan balik. tapi, bila tak dbuat liputan, kene jugak tempelak. mana satu la PAS KELANTAN ni. 

rasanya, kalau tak ada media arus perdana pun, media mereka pun sudah cukup kan. elok la media mereka siarkan tentang ekspo ni banyak2 daripada asyik melalut, memfitnah, menghasut pembaca. kan lebih baik tu...

lain pulak cerita MB Kedah masa pembentangan bajet Kedah tempoh hari. Dalam kes ini, dihalau nya media untuk buat liputan. ish..ish..ish... demokrasi ape namanya ni ??? 

kedua-dua MB ini adalah PAS. nampak sangat mereka ini tidak sehala dalam arah tujunya. 
pulak tu, main pilih pulak mana yang nk buat liputan, mana yang tidak. TU TAK TELUS NAMANYA TUR..... 

apapun, simpati sungguh kat nik aziz tu. kesian dia. penat dia berucap masa kat ekspo tu, tak ada pun liputan. 

PRU 13 HAK RAKYAT

SUMBER :  

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1126&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm

MENGUNDI TANGGUNGJAWAB KITA.


PM ulas pilihan raya serentak

 

JOHOR BAHRU 25 Nov. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pelbagai faktor perlu diambil kira sebelum beliau memutuskan sama ada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) dan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dijalankan serentak atau berasingan.
“Soal bajet satu perkara. Tapi banyak perkara lain yang perlu juga diambil kira,” katanya semasa ditanya sama ada PRU 13 dan Pilihan Raya DUN Sarawak akan dijalankan serentak sebagai langkah menjimatkan kos.
Diminta menjelaskan bahawa kenyataannya itu bermaksud kedua-dua pilihan raya itu akan diadakan secara berasingan, Najib enggan mengulas lanjut.
“Apa sahaja boleh jadi (kedua-dua pilihan raya sekali gus) dan saya tidak katakannya (kedua-dua pilihan raya akan dijalankan serentak),” katanya.



Sebagaimana pihak pembangkang, mahupun rakyat marhaen macam wak-wak di sini, semuanya mencongak-congak pilihanraya ke 13 bakal tiba. cuma masa yang tepat tu blum tahu lagi.


sebagai seorang rakyat Malaysia yang tidak mengira apa jua bangsa, agama, suku kaum, silalah jalankan kewajipan dan tanggungjawab kita pada negara. 

apa tunggu lagi, marilah beramai-ramai pergi berdaftar undi. ayuh, suarakan hak kita di tanah air ini.

Friday, November 5, 2010

PAS, PKR, SAPP TUNDUK

salam 1 MALAYSIA....


syukur alhamdulillah, BARISAN NASIONAL menang di dua dun - GALAS DAN BATU SAPI.


GALAS :


kemenangan BN dengan majoriti 1190 melayakkan YB Ab.Aziz Yusoff sebagai wakil rakyat bagi dun Galas yang sebelum ini kepunyaan PAS.


meraikan kemengan BN di GALAS

Penerimaan rakyat galas kepada BN menunjukkan rakyat galas mula mempercayai bn yang dapat membantu mereka meningkatkan taraf hidup selain mendapat bantuan-bantuan lain. Ab.Aziz yang merupakan penduduk tempatan di Galas percaya bahawa kelebihannya itu dapat membantu beliau menabur khidmat kepada rakyat di galas. Kepercayaan rakyat galas kepada BN membuktikan juga, penerimaan rakyat terhadap pemerintahan DS Najib. 



BATU SAPI :

bersama TPM meraikan kemenangan BN di BATU SAPI

Majoriti besar iaitu 6359 memihak kepada BN sekaligus Linda Tsen Thau Lin dinobat sebagai YB baru di sana. Kesinambungan perjuangan mendiang suaminya dahulu tidak terhenti hanya di situ dan ianya diteruskan setelah kemenangan masih memihak kepada BN. Usahanya menyusuri jalan-jalan berliku dan pulau-pulau tidak sia-sia dan diterjemahkan dengan kemenangan besar ini yang mengalahkan calon PKR dan SAPP. 

TAHNIAH KEPADA 
YB AB.AZIZ YUSOFF DAN YB LINDA TSEN THAU LIN 
DI ATAS KEPERCAYAAN RAKYAT KEPADA MEREKA 
UNTUK MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB 
YANG DIBERIKAN.

DAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA 
JENTERA BARISAN NASIONAL 
DAN PIHAK2 YANG TERLIBAT 
SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK 
DALAM PROSES PILIHANRAYA KECIL 
DUN GALAS DAN BATU SAPI.




Wednesday, November 3, 2010

GALAS: BN MENDAHULUI

SALAM 1 MALAYSIA....




Esok bertarikh 4 November 2010 mencatatkan sejarah berlakunya piliharaya kecil dun GALAS. pertempuran 1 lawan 1 antara PAS dan BN.


sejak awal lagi, BN di bawah Ku Li melancarkan serangan yang tidak berbentuk peribadi. serangan dilancarkan cukup teliti dan sangat membuahkan hasil. rakyat diberitahu mengenai kerajaan BN yang sentiasa mendahului rakyat tanpa mengira lapisan bangsa. dan ini terbukti apabila, jentera BN memasuki kawasan orang Asli, orang Cina mahupun orang Melayu yang majoriti di Galas.




kredebiliti Ku Li dan calon BN Aziz Yusoff ternyata hebat menempuh dugaan sepanjang berkempen. serangan pihak PAS yang berbentuk serangan peribadi tidak mencacatkan rentak gaya jentera BN yang semakin mendapat tempat di hati rakyat kelantan di GALAS. keprihatinan BN terhadap mereka terbukti dengan kemudahan yang telah dan akan disediakan....




sedangkan, pihak lawan iaitu PAS hanya tahu memburukkan lawan TANPA memberitahu kelebihan mereka.... tidakkah ini dinamakan mereka ini lemah untuk mentadbir urus rakyat ???  


ini jelas menunjukkan, PAS di kelantan hanya tahu memberi ceramah, tetapi tidak tahu nk melakukan apa yang dikata.... hanya tahu menabur janji, tapi tidak ditepati.... adakah itu ISLAM bila tidak tahu tunaikan janji ????


kerana itu, PAS telah dibuang dari hati rakyat. perjuangan PAS ternyata perjuangan awang-awangan dan fantasi.... memainkan isu hukum dan hakam sesuka hati. Rakyat tidak bodoh. 


dikhabarkan, sokongan terhadap BN mendahului PAS. BN akan mengGALAS kemenangan di GALAS nti...


keluarlah mengundi esok. dan undilah calon BN ini....


Tuesday, November 2, 2010

BERDAKWAH, BUKAN JUAL AGAMA

Salam kepada manusia ciptaan Allah S.W.T. dan Salam 1 Malaysia...


bila ditengok, di perhati, di kaji, Pas ingin berdakwah kepada orang bukan islam dengan cara membenarkan ISLAM itu tercemar dan dibuat mainan....


ini kerana, orang bukan islam tgk, orang islam ini akan percaya kepada sesiapa sahaja yang boleh mengeluarkan ayat2 al-Quran.... sebagai contoh, PAS menakluk kelantan kerana orang2 PAS adalah ramainya mendalami ilmu agama. maka, ilmu agama itu digunakan dalam ceramah2 termasuk jugak ceramah2 politik....


Ianya tak salah kalu kene pada tempatnya... TETAPI, orang kafir tengok, ayat2 quran ini semacam ada POWER pulak untuk tarik undi... maka, terjadilah PENGGUNAAN AYAT2 SUCI AL-QURAN OLEH ORANG KAFIR SEPERTI YANG DILAKUKAN OLEH... Nga Kor Ming INI. 


SALAH BACAAN , SALAH MAKSUD, SALAH PERBUATAN,
SALAH PAS TIDAK MENEGUR


so, dia ni pun ambil kesempatan mencedok ayat2 quran yang sesuai untuk menampakkan dia itu hebat. untuk menunjukkan dia itu kononnya tahu islam walhal tahu sepotong ayat tu jer. dan untuk MENARIK PERHATIAN MELAYU ISLAM....


Akan tetapi, PAS berasa berbangga pulak kerana perkara ini.... sedangkan, dia tidak pun beriman kepada kitab suci itu...  mula nk suka al-quran ??? suka kerana politik ??? suka kerana kuasa ???? 


menurut satu artikel, ada ,menulis ini :


bacaan Nga yang disiarkan di televisyen menunjukkan bacaan dilafazkan itu tidak betul dan menyeleweng.
Kalau orang Islam sendiri yang menyalah guna ayat suci itu juga dilarang, apatah lagi orang bukan Islam. Ia boleh menggugat kestabilan, jangan heret kitab suci dalam kemelut politik sebab kita tidak mahu berlaku salah guna dan tidak ada rasa hormat pada sensitiviti penganut agama lain,”

dan .... :

" Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahab, berkata ayat al-Quran adalah kalam Allah yang suci dan membaca al-Quran adalah ibadah.

Namun katanya, umat Islam yang menyebut ayat al-Quran tidak betul, bukan mendapat rahmat sebaliknya laknat.

“Kalau bukan Islam yang tidak tahu sebut, dan salah bacaan, sudah tentu mirip kepada senda gurau yang tidak sepatutnya berlaku."



kesucian agama bukan untuk dimainkan

kalu hendak berdakwah, perjelaskan dahulu tentang tiang agama.. bukan mendekati untuk kepentingan politik. 

tidak berasa bersalahkan PAS apabila ada yang cuba permainkan ayat2 suci kita ??? ayat2 suci kita bukan untuk dipolitikkan.... bukan untuk mendapatkan kuasa.. tapi utk dihayati supaya kita menjadi insan yang sempurna di mata Allah....

apabila dibiarkan, orang bukan islam beranggapan, ayat2 suci ini boleh digunakan bila perlu, dan tidak perlu guna bila rasa tak perlu...

 hal ini baiklah diperjelaskan sebelum ISLAM di Malaysia mula diceroboh gara2 PAS membenarkan hal ini terjadi tanpa berasa sensitif terhadap impaknya yang lebih besar....

BN dibawah pimpinan DS Najib berusaha untuk memartabatkan ISLAM di mata dunia selain di Malaysia sendiri...  mengapa disangkal tindakan murni DS Najib ini ? 

mengapa juak2 PAS memperlekehkan hal yang baik ini... itulah kesilapan juak2 pas yang merasakan hanya mereka sahaja yang layak untuk memberi dakwah sedangkan orang lain tak layak sama sekali... 

OLEH ITU, PERTAHANKAN ISLAM DI BAWAH LEMBAYUNG BN / UMNO. KERANA PERJUANGAN NYA TIDAK TERSASAR OLEH ANASIR2 PARTI YANG LAIN...

UNDILAH WAKIL BN DI GALAS .




GALAS MILIK BN

Salam dan salam 1 Malaysia sebagai pembuka bicara....


SOGOKAN WANG OLEH PAS - RASUAH PANCING UNDI


Tindakan terdesak PAS dengan menyogok wang 200-250 seorang menunjukkan PAS di ambang kemusnahan. Sogokan duit itu telah menjerat dirinya yang selama ini difahami dengan konsep ISLAMnya. tapi, apakan daya, kerana desakan kuasa dan politik, perjuangan ISLAM PAS mula terpesong. 


HASUTAN YANG MEROSAKKAN HUBUNGAN BAIK ISLAM.
MENGGUNAKAN HUKUM UNTUK PENENTU HIDUP.


PAS melakukan kesalahan agama ini sangat dipandang berat oleh orang lain. ini kerana, PAS adalah parti yang memperjuangkan ISLAM. kalu parti lain tu, mungkin tak apa lah kot erk... al maklum la, juak-juak PAS kan kata UMNO ni kafir. jadi kalu UMNO bikin salah, bukan lah hal besar... kerana UMNO sedar, mereka bukan maksum . akan menghadapi salah dan silap. 


UMNO sentiasa berusaha perbaiki kekurangan yang ada. lebih baik UMNO bersifat rendah diri dan jahil kerana, boleh perbaiki diri.  tetapi, PAS ni dikatakan pulak maksum kerana perjuangan ISLAM nyer solid dan tak pernah terpesong!!! bila juak-juak PAS ni merasakan mereka lah yang sangat alim dan beragama ini, maka, orang lain dipandang rendah sama sekali. orang lain dipandang jahat dan dihumban ke neraka jahanam...


tidakkah mereka lupa, Allah menyuruh kita untuk tidak menyombongkan diri :


Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (karena sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri. Dan sederhanalah kamu dalam berjalan dan lunakkanlah suaramu. Sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keledai.

(Surah LUQMAN)




Dek kerana juak-juak PAS ini sombong dan memusuhi saudara Islam, akhirnya, jerat itu sendiri telah memakan mereka. JERAT SOGOKAN RASUAH DI GALAS.  


PAS, kerana membiarkan DAP menggunakan perjuangan islam kamu itu, prinsip perjuangan ISLAM pun entah kemana. mungkin Nik Aziz sahaja yang merasakan PAS perjuangkan ISLAM kerana Nik Aziz berada dalam lingkungan hidupnya sendiri sahaja.


PAS DITOLAK RAKYAT.
MEREKA LEBIH PERCAYA PERJUANGAN UMNO UNTUK MELAYU DAN ISLAM


NATIJAHNYA, PAS di ambang kehancuran. PAS bermain dengan ISLAM untuk politik dan kuasa. PAS telah memecahbelahkan perpaduan orang Melayu ISLAM. PAS telah merosakkan akhlaq anak2 muda. Anak2 muda hilang hormat pada yang tua, hilang adab, hilang kesopanan tutur kata... sedangkan, semua ini diajar dalam ISLAM.... 


kerana itu, PAS mula dijauhi oleh rakyat kerana perjuangan PAS telah tersasar jauh dan hanya menjadi balaci dan pencacai kepada DAP dan PKR. PAS ibarat kambing hitam dalam PR.


BN PASTI MENANG DI GALAS !!!


                                     
          UNDILAH CALON BN - ABDUL AZIZ YUSOFF