SAHABAT SETIA SAJ

Monday, December 13, 2010

PR GENTAR TAKTIK PROVOKASI UMNO

SALAM 1 MALAYSIA, 

kepada orang Jawa, orang Melanau, orang Hokkien, orang Hindu, orang asli batik, orang Bajau dan lain-lain.... Wahhhh, seronok di bumi Malaysia yang berbilang kaum dan ini lah dikatakan 1 MALAYSIA. 

Mengulas dan ingin memulas kenyataan berikut yang disiarkan dalam harakah daily :

KEPALA BATAS, 12 Dis: Exco Kerajaan Negeri Kedah, Datuk Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi mengingatkan rakyat Pulau Pinang supaya tidak terpedaya dengan taktik yang dimainkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) khususnya dalam isu meraih simpati bagi kemenangan BN menjelang pilihan raya umum yang akan datang.
Katanya lagi, Umno dan BN akan menggunakan pelbagai bentuk provokasi dan strategi bagi meraih semula sokongan kepada mereka.


Rakyat sekarang ini tidak perlu di ingatkan mengenai taktik atau permainan politik mana-mana politik di Malaysia. Rakyat sekarang sudah bijak menilai mana permata asli, mana permata palsu. Permata palsu, memang cantik dan murah, tapi tak tahan lama, sebab LOW QUALITY. Serupa lah dengan Pakatan Rakyat, yang memang cantik pada dasar yang ingin dilakukan, tetapi, hasilnya bersifat sementara. Sebagai contoh, dasar HUDUD yang menjadi agenda utama PAS dalam PR, kini hanya tinggal ceramah, tetapi tiada pelaksanaan hatta di negeri jajahan PAS sendiri. 

Tiada taktik provokasi yang dilaungkan jentera BN. BN hanya melancarkan sesuatu yang bersifat tangible atau NAMPAK DAN HASIL kepada rakyat. Seperti contoh,bonus RM500 kepada kakitangan kerajaan yang telah pun dinikmati, tetapi, bukan sekadar cakap-cakap kosong. Juga, KLINIK 1 MALAYSIA, kini sudah maju beroperasi di serata Malaysia untuk rakyat mendapatkan rawatan paling murah. INILAH HASIL YANG NAMPAK, bukan provokasi.

KLINIK 1 MALAYSIA BUKTI JELAS RAKYAT DIDAHULUKAN

Ternyata, PR yang lebih bercirikan provokasi apabila mengajak rakyat mengadakan demonstrasi bantahan kenaikan harga barangan. Ini satu provokasi yang menghasut rakyat secara tidak sedar. TETAPI, BN tidak sama sekali gentar kerana, HASILNYA kepada rakyat melebihi keinginan rakyat.

Juga ingin memulas kenyataan berikut :

Beliau juga membidas kerajaan yang sedia ada menerajui negara kerana memperalatkan SPR dan SPRM untuk mencapai aspirasi politik mereka dengan cara yang tidak telus dan berani.

"Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sepatutnya bersikap berkecuali. Mereka ini memberi khidmat kepada rakyat. Bukannya bertindak sebagai sebuah parti politik yang menyebelahi. Apabila SPR sendiri menodai amanah yang diberikan kepada mereka, sudah pasti rakyat semakin hilang kepercayaan kepada institusi tersebut.

"Begitu juga dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang seharusnya tidak berpihak dalam mendakwa mana-mana individu yang terlibat dalam kesalahan rasuah dan penyelewengan.

Apakah rakyat buta, sekiranya SPR tidak telus, takkan jatuh Kedah, Penang, Selangor dan Perak (dulu) kepada pembangkang !!! Memang kenyataan beliau ini tidak masuk akal dan ternyata memperbodohkan diri sendiri atau parti sendiri.

Beliau ini juga amat ketara kedunguannya apabila mempersoalkan SPRM. Rakyat sendiri melihat, SPRM tidak memilih bulu untuk bicarakan pesalah atau orang yg dalam tuduhan rasuah. Sendiri tengok la, Khir Toyo pun dibicarakan, tidak pula beliau terlepas. Apa, tidak telus kah??? 

Secara jelasnya, PR hanya memainkan isu yang menentang kerajaan tanpa bukti yang nyata dan tanpa jelas kesahihannya. PR hanya tahu menyemburkan air liur dok gebang sana sini, tapi, Kerajaan DS NAJIB tetap teguh merealisasikan RAKYAT DIDAHULUKAN.

Dimanakah PR telah berkhidmat untuk rakyat ??? Dimanakah manifesto PRU 12 yang dulu ?? telah terbukti kah ???

NASIHAT untuk PR, cermin diri dulu lah. Tengok dulu tahi hidung dah bertempek penuh sampai nk terkeluar. Jangan dok nak tgk tahi hidung orang yang sentiasa dibersihkan tu. 

 Apapun, tabik spring pada DS NAJIB kerana 1 MALAYSIA sangat diterima rakyat !!!


Thursday, December 9, 2010

Laksamana Bentan: PAS Tolak Ajaran Islam Melalui Amalan Politik Hari...

TERBUKTI, PAS BELAJAR AGAMA ADALAH UNTUK MENGHASUT RAKYAT. PAS BUKAN HENDAK BERKHIDMAT PADA RAKYAT. PAS HANYA TAHU AJAR RAKYAT PERKARA YANG MERUGIKAN DAN LAGHA.
BLOG DI BAWAH INI JUGA ADA BENARNYA.


Laksamana Bentan: PAS Tolak Ajaran Islam Melalui Amalan Politik Hari...: "Semarakkan Kemarahan Rakyat Di Atas Kain RentangDisember 6, 2010 ustazidrisahmad Parti Islam Semalaysia Pas mengharapkan rakyat dapat..."

NIK AZIZ, ANWAR, KIT SIANG - LINCAH MENGHASUT

Salam 1 Malaysia...


Kagum keluarga jawaku kepada kerajaan Barisan Nasional, barisan yang menyatupadukan kesemua bangsa dalam harmoni dan sejahtera.


Kagum kepada kerajaan kerana, walaupun kerajaan di asak pelbagai isu negatif apatah lagi baru-baru ini isu air di Selangor, kenaikan harga petrol dan sebagainya, NAMUN, kerajaan tetap memberikan perkhidmatan yang TIP TOP kepada rakyat dengan cara yang sangat baik dan terpuji.


Jika dilihat, kemelut yang melanda negara tidak merubah pendirian kerajaan untuk memakmurkan rakyat. Kerajaan tidak mengajak kepada demonstrasi jalanan apabila PKR membiarkan ayat suci AL-Quran di mainkan. 


Kerajaan tidak mengajak kepada sesuatu yang tidak membudayakan Malaysia. Ini kerana, DS Najib mahu mempamerkan rasa harmoni dan senang kepada rakyat tanpa mengadakan demonstrasi jalanan yang merugikan.


Tambahan pula, pihak pembangkang sering menggantung kain rentang yang berunsurkan hasutan dan benci kepada kerajaan. Malah, ada juga berunsur ugutan.


UGUTAN UNTUK MENDAPATKAN UNDI - KERJA KEJI PAS

ISU ROYALTI SENTIASA DIGUNA UNTUK MENGHASUT RAKYAT,
TANPA HAL SEBENAR

MENGHASUT RAKYAT MENOLAK KERAJAAN,
WALHAL KERAJAAN BANTU RAKYAT ATASI BIL ELEKTRIK


Hal ini bertentangan dengan prinsip kerajaan sendiri yang lebih mempamerkan keindahan kerajaan yang sebenar dengan memberikan info berfaedah kepada rakyat, BUKAN BERBAUR HASUTAN.


KEPRIHATINAN KERAJAAN KEPADA RAKYAT
MASALAH KESIHATAN YANG MELANDA NEGARA
DITANGANI DENGAN BIJAK OLEH KERAJAAN MELALUI
IKLAN YANG BAIK KEPADA RAKYAT


KERAJAAN MENEKANKAN ASPEK CINTAI NEGARA, BUKAN MEMUSUHI.


Di manakah nilai positif dalam pembangkang yang acap kali menggantung kain rentang yang berbaur hasutan ??? Adakah itu nilai yang ingin rakyat angkat sebagai pemimpin ??? Adakah nilai negatif itu yang ingin diwarisi oleh anak-anak hingga cucu cicit kita nanti ???


Pembangkang hanya berkata manis di bibir, tapi bisa yang dipertaruhkan. Menjanjikan senyuman kepada rakyat, tapi kelat juga yang dirasai. Itulah pembangkang yang sebenarnya berselindung disebalik janji manis dan serban melilit kepala.


Rakyat sendiri boleh menafsir, mana satu pemimpin, mana satu pengkhianat. Keletah politik kini asyik diperhatikan rakyat dengan mata tajam yang boleh menilai dan merasai sendiri, politik mana yang akan membawa kehancuran dan kemusnahan atas segala nikmat yang telah dikecapi ini...


Kini ternyata, pembangkang berada dalam keadaan nazak apabila hanya mampu memburukkan kerajaan tanpa mereka sendiri mempamerkan kecantikkan parti mereka. Menutup cacat parti mereka dengan mengutuk tindakan kerajaan. Ini semua adalah taktik kotor pembangkang yang dalam keadaan nazak sebelum PRU 13 akan datang.


HASUTAN tidak akan kekal lama.. Ianya bersifat sementara.


AWAS PR, ANDA BERADA DALAM ZON BAHAYA


BARISAN NASIONAL TETAP PARTI YANG MEMPERJUANGKAN RAKYAT - DULU, KINI DAN SELAMANYA....

Wednesday, December 8, 2010

NIK AZIZ BUTA AGAMA RUPANYA...

Salam 1 Malaysia...


Kelantan sebuah negeri Islam atau dengan lebih tepat,serambi Mekah. Seronok ke Kelantan kerana Kelantan adalah salah satu destinasi pelancongan negara yang diuar-uarkan kerajaan pusat mengenai Cuti-Cuti 1 Malaysia...


Terbaru, Nik Aziz ingin menaiktaraf negeri itu terutama dalam aspek kebersihan kerana menurut beliau, kebersihan itu penting dalam Islam.


Kenyataan ini dipetik dari sumber terkini Sinar Harian : klik sini --- KELANTAN BERSIH


Syabas kepada Nik Aziz kerana setelah 20 tahun memerintah Kelantan, baru wujud kesedaran mengenai kebersihan, walhal , hal kebersihan ini telah lama wujud dalam Islam.


Tak sangka, TGNA ni baru tahu tentang kebersihan rupanya.... Kasihan.... Banyak fatwa yang dikeluarkan sebagai contoh semua manusia itu bersaudara (klik sini) NIK AZIZ KELUAR FATWA,tapi hal kebersihan ni,  dah sampai ke tua masih tak tahu lagi...




PAPAN TANDA JE BERSIH, KELANTAN NYA KOTOR


Aku datang ke Kelantan, ternampak la singboard tulis " KOTA BHARU BERSIH 2010 ". Singboard nya merata-rata untuk bagitahu, KB atau Kelantan bersih... TAPI, sampah jugak merata-rata kat Kelantan nak bagitahu, KELANTAN KOTOR,. dan inilah imej Islam daripada air tangan Nik Aziz...




SAMPAH SARAP - DARIPADA DI KB, HINGGALAH KE MACHANG.
SAMPAH SARAP MERATA-RATA.


Tahun 2010 pun nk menutup tirai, baru nk kejar ntk Membersihkan Kelantan untuk tujuan imej Islam...


Dalam hal ini, nampak sangat, kerajaan negeri tak mampu nk jana pendapatan negeri untuk menaiktaraf kebersihan dan kini, setelah bersekongkol dengan DAP, baru la ada modal agaknya nak menaiktaraf kebersihan. 


Imej Islam yang teruk daripada Kelantan kerana : KOTOR, TAK ADA DUIT PENDAPATAN NEGERI, TAK RETI TADBIR KELANTAN. 


Kerajaan Kelantan kerap menyalahkan Kerajaan Pusat kerana pelbagai perkara, tetapi akhirnya, terkena diri sendiri. Ketua Dewan Pemuda Pusat Pas pun, hanya tahu menyalahkan kerajaan pusat kononnya kerajaan pusat tidak tahu untuk mengawal bajet negara, tetapi, KERAJAAN PAS yg TERBESAR, iaitu di Kelantan sendiri, bajet negeri tak lepas untuk menampung kemiskinan rakyatnya.


Oleh yang demikian, menuding salah kepada orang tanpa membaiki diri sendiri, bukan lah cermin dan akhlaq yang baik untuk orang Islam.


Tuduhan demi tuduhan PAS kepada kerajaan PUSAT tidak langsung mematahkan semangat juang DS NAJIB dan jenteranya untuk membela rakyat dan ini ternyata dengan kehebatan BAJET 2011 yang ternyata buatkan pihak pembangkang terduduk terjelepok tak bermaya.


Fikirlah dengan akal, bukan dengan emosi.

Sunday, December 5, 2010

KONSEP 1 MALAYSIA LAYU ???

SALAM 1 MALAYSIA - KEHARMONIAN BERBILANG KAUM DIMARTABATKAN .

Isu Ketuanan Melayu yang dibangkitkan PKR dalam Kongres Nasional 2010 meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat. apatah lagi keluarga suku kaum JAWA yang statusnya tetap BUMIPUTERA, juga merasakan kesannya.

Terkilan kerana ada yang sengaja mempersoalkan tentang ini, hinggakan , Sultan mula mengambil tindakan untuk berucap mengenainya. 

Walau apapun, ketuanan Melayu ini bukan menunjukkan Melayu itu tuan, dan bukan melayu itu adalah hamba. tetapi, ianya merujuk kepada Sistem Raja Berperlembagaan di negara ini.

oleh yang demikian, tidak pula melayu itu  sangat berkuasa hingga bukan melayu hilang kerakyatan atau kebebasan dalam negara. Apa yang telah kita kecapi daripada merdeka hingga kini, RAKYAT MALAYSIA tetap menjalankan aktiviti atau apa2 cara adat agama dan resam tanpa sekatan.

TARIAN CUTI-CUTI 1 MALAYSIA YANG MENGHIMPUNKAN
 KESEMUA KAUM DENGAN HARMONINYA

 Tidak pula Cina atau India diharamkan untuk melakukan aktiviti keluarga mereka, malahan itulah yang kerajaan perkenalkan budaya Cina dan India atau yang lain2 dalam aktiviti keseniaan dan kebudayaan negara. sebagai contoh dalam tarian CUTI-CUTI SATU MALAYSIA. yang mana, kesemua elemen budaya dalam negara termasuk Sabah dan Sarawak turut diselitkan dalam tarian itu. 

Ini jelas menunjukkan, Sistem Raja Berperlembagaan tidak menyekat kita, sbgai rakyat malaysia yang berbilang kaum untuk mencipta nama dan tapak dalam negara. 

oleh itu, KONSEP 1 MALAYSIA yang dilaungkan oleh DS Najib kepada kita semua sangat relevan dan bertepatan dengan apa yang negara kita ini miliki.

sebagai contoh, dalam sukan, semua kaum ada - melayu, cina, india dan lain2. SEMUA kita ini berjuang di medan kesukanan demi untuk mengharumkan nama MALAYSIA, bukan untuk mengharumkan nama bangsa. 

SEMANGAT PASUKAN LEBIH UTAMA UNTUK NEGARA MALAYSIA.
KITA BERSATU UNTUK MALAYSIA

Kejayaan SKUAD KEBANGSAAN kita pada Sukan Asia tempoh hari menunjukkan, KITA RAKYAT MALAYSIA, telah merasa bangga kerana kita semua (melayu, cina, india dan lain) berjaya mencapai sasaran 9 EMAS. ini adalah kejayaan kita semua, 1 MALAYSIA, bukan kejayaan mengikut bangsa.

oleh itu, konsep 1 MALAYSIA sentiasa tetap di hati kita. KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA sentiasa mendapat pujian negara luar kerana keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini sentiasa diamalkan dan dipertahankan.

1 Malaysia, tetap kita pertahankan, dan kita sedang menikmatinya kini...

1 MALAYSIA !!!!

Wednesday, December 1, 2010

PONDOK REHAT VS MENARA WARISAN

SALAM 1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DI UTAMAKAN...


Makin hot pulak story ni. Ini adalah antara story yang hot, dan bertambah HOT apabila, wak-wak kat sini naik hangin la bila duit sebanyak RM 110, 000 digunakan untuk membaiki pondok rehat ini.


INILAH PONDOK REHAT YANG SATUNYA BERNILAI RM 55 RIBU. CANGGIH TUUUU....

Sakit hati wak-wak di sini bilamana, duit2 kerajaan negeri digunakan hanya untuk ini sahaja. ini lebih teruk daripada pembinaan menara warisan. menara warisan itu, akan jadi gah, yang ini, jadi aper???????? poooraaahhhh Pakatan Rakyat !!!!


duit banyak dilaburkan, tapi kangkang kera jer yg dapat. PR, tak usah la nk marahkan MENARA WARISAN, sedangkan PONDOK KERA ini jer lebih byk makan suap. 




Ini adalah projek PR untuk rakyat negeri selang0r dengan kos mencecah RM110, 000 . Buat 2 pondok jer lak tu.kecik dan tak diterima akal kosnya....


PR, baiklah bina rumah rakyat termiskin ker. kan lagi bagus. Pandai kutuk kerajaan dan DS Najib dalam pembinaan Menara Warisan, tapi PONDOK KERA ini lagi hebat penangannya...




Pondok ini, apa sangat beri kemudahan pada rakyat. ada 2 pondok jer, serbu 10 orang, da tak muat. HEHEHEHEH.....


GAMBARAN MENARA WARISAN
tapi, projek mega Menara Warisan akan memberikan pulangan pendapatan pada negara. LAGI BAGUS SEBAB ADA MASUK UNTUNG JUGA PADA RAKYAT DAN NEGARA. 


PR, anda dalam bahaya kerana terdapat penyelewengan telah berlaku, rakyat melihat dan menilai dan rakyat mula menyampah dengan PR yang salahkan kerajaan tapi lagi teruk kalu jadi kerajaan. 



DS ROSMAH MAHU TUNJUK BAKTI

Salam 1 Malaysia kepada rakyat Malaysia...


" Panas hati bila ada orang yang konon berbuat baik tapi baik di pandangan Allah tidak pula dibuat. Nak tutup agenda tersembunyi dialah tu. Si Suami pun tak reti nk tegur. takut bini agaknya..."


Ungkapan di atas bukanlah lahir dari hati ku. aku tidak jumud untuk menutup pemikiran kerana agama Allah ini sangat luas untuk diterokai dan sangat luas pengertian nya. agama Allah ini mudah, semudah menerima pahala dengan hanya berniat baik (ikhlas la) walaupun belum melakukan kebaikan itu lagi. pulak tu, dosa tidak akan tercatat andai berniat untuk melakukan kejahatan unless kejahatan itu telah dilakukan. 


lihatlah, betapa indahnya ISLAM ini . bukannya JUMUD macam penyokong PR yang hanya melihat satu perkara, tapi tertutup pada pandagan lain yg dititikberatkan juga dalam ISLAM.


sering kali, DS Rosmah menerima kritikan hebat penyokong PR. ini kerana, penyokong PR terlalu jumud yang hanya memandang tudung tanpa melihat perbuatan baik yang dilakukan DS Rosmah kepada rakyat. Agenda DS Rosmah sebenarnya menunjukkan, beliau seorang isteri PM yang sangat prihatin kepada rakyat disamping membantu suaminya DS Najib menjalankan tanggungjawab kepada rakyat.


Terbaru, DS Rosmah akan mengadakan Bakat Istimewa Semai Bakti Piala Perdana Menteri 2010 di Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 4 Disember ini.


ANAK-ANAK BAKTI YANG MENERIMA SUMBANGAN BAKTI




BAKTI yang bakal diadakan ini, akan membantu orang kurang upaya (OKU). BAKTI menitik beratkan kepada kebajikan rakyat tidak mengira apa jua kaum dan bangsa di negara ini. kata DS Rosmah, "walaupun kami tak cukup rehat untuk memperhalusi agenda ini, tapi ini berbaloi kerana untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat. Kami menyahut seruan "rakyat didahulukan ". 


lihat ini untuk mengetahui mengenai BAKTI :  BAKTI


ANTARA AHLI BAKTI YANG MEMBERI BAKTI


Tidakkah perbuatan menyayangi dan membantu OKU dan orang yang kurang bernasib baik adalah satu perbuatan yang terpuji, bukan sahaja pada pandangan kita, khalifah di muka bumi ini, tetapi juga pada pandangan Allah. Inilah perbuatan yang dituntut kepada kita semua supaya membantu mereka yang susah.


Betapa cantik ciptaan Allah kerana menganugerahkan mereka yang berkemampuan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan. BAKTI adalah satu badan yang mampu untuk membantu mereka yang susah. BAKTI menyumbangkan rezeki pinjaman Allah kepada mereka ini. BAKTI tidak lupa kepada mereka yang susah untuk diberikan bantuan dan BAKTI menjalankan tanggungjawab dengan begitu baik sekali. 


Inilah penyokong PR tidak lihat, dan hanya tahu melontarkan tuduhan dan fitnah bertubi-tubi kepada DS Rosmah.


walaupun mendapat hinaan, DS Rosmah percaya, apa yang beliau lakukan ini ikhlas untuk membantu mereka yang kurang upaya dan dengan keupayaan yang beliau ada, beliau menzahirkan nya melalui BAKTI. Baginya, mulut orang tidak boleh ditutup, tetapi kita lakukan sahaja amalan yang baik untuk membantu orang lain. 


Lihatlah penyokong PR, anda semua hanya tahu untuk mengutuk tanpa menunjukkan apa yang anda semua telah lakukan, tetapi, DS Rosmah tetap meneruskan usaha murninya membantu rakyat. 


yang untung adalah DS Rosmah kerana beliau merasakan sangat melegakan apabila dapat membantu mereka yang kurang upaya, dan 


yang RUGInya adalah penyokong PR yang setiap hari bermandikan nafsu syaitan dengan menghina dan memfitnah DS Rosmah.






TAHNIAH KEPADA DS ROSMAH DAN BAKTI ATAS PROGRAM YANG SANGAT HEBAT UNTUK RAKYAT.