SAHABAT SETIA SAJ

Sunday, June 29, 2014

IZZAH SEDAR, PAPANYA TAKUT DENGAN HISHAMMUDDIN. DRAMA BERMULA ...



Salam Ramadhan Al-Mubarak.

SAJ sibuk kebelakangan ini menguruskan persediaan menyambut ramadhan, termasuk juga eid ul fitri. maklumlah, kalau boleh, SAJ mahu menumpukan ibadah tanpa memikirkan shopping raya. ramadhan setahun sekali,entah bertemu lagi, entah kan tidak...


dah lama SAJ nak komen dan ulas tentang berita daripada Astro Awani bertajuk " TRAGEDI MH370 TINGKATKAN POPULARITI HISHAMMUDDIN ". Klik sini untuk video : Berita Awani

Kabinet baru sudah diperbaharui, dengan terlantiknya menteri pengangkutan yang baru. Maka, adakah ianya juga pengakhiran tanggungjawab DS Hisham terhadap tragedi MH370 ??? Diharapkan, tidak. Kerana, DS Hisham telah berjanji untuk meneruskan misi pencarian, dan pendapat SAJ, DS Hisham telah menunjukkan rekod terbaik pengendalian beliau terhadap misi pencarian itu.

Secara hikmahnya, tragedi ini dilihat telah meningkatkan reputasi dan kepercayaan orang ramai terhadap DS Hisham setelah sebelumnya, port folio kementerian yang disandang tidak menunjukan rekod yang boleh dibanggakan. Bukan nya langsung tak ada, tapi mendapat sedikit kritikan.

walau apapun, kritikan itu sebenarnya telah mematangkan DS Hisham untuk menggalas tugas dan tanggungjawab yang rupanya lebih berat dari sangkaan. Ini yang bagus, apabila ada kritikan, tapi, kritikan itu telah membina jati diri DS Hisham. Ini lah jiwa pemimpin, yang jadikan kritikan sebagai nasihat terbaik untuk terus berbakti, bukannya menjadikan kritikan itu sebagai agen pemusnah yang merosakkan semangat juang.

MH370 memperlihatkan DS Hisham digeruni pihak pembangkang apabila beliau sentiasa berada dalam keadaan yang tenang dan bersedia berdepan soalan "maut" daripada wartawan. DS Hisham bukan calang-calang orang rupanya. Lumrah manusia, apabila ditekan, di ajukan soalan bertubi-tubi, soalan berbentuk sindiran, soalan berbentuk asakan, soalan berbentuk ugutan, pastinya, mula gelabah. Bila gelabah atau panik, mula nak naik angin, muka mula merah, pucat dan tak tentu hala, tapi DS hisham very cooooooolllll beb !


INILAH KEBERANIAN DS HISHAM.
GO AND BE WITH THEM DIRECTLY.

Ramai yang memuji tindakan dan cara beliau berdepan orang ramai yang bertanyakan tentang MH370 ketika di awal berita kehilangan pesawat itu. kagum, memang kagum wa cakap sama lu !!!

Terkini, Nurul Izzah gesa Menteri Pengangkutan baru, Tiong Lai untuk menubuhkan pasukan bebas untuk siasat MH370 ini. KLIK SINI UNTUK TERUS KE BERITA SINAR HARIAN.

Haaa...... korang nampak tak... nampak tak apa yang SAJ nampak.... Ini menunjukkan, pembangkang tak nak DS Hisham meneruskan misi pencarian itu, kerana dorang tahu, MH370 ini menaikkan reputasi beliau. Dorang nampak kredibiliti, kesungguhan, semangat yang ditunjukan DS Hisham akan menaikkan kepercayaan orang terhadap beliau dan seterusnya terhadap Barisan Nasional.




INILAH ANTARA WAJAH MEREKA YANG DIKATAKAN "ORANG KUAT AUTA" DALAM MALAYSIA.
 

Dorang gerun dengan "orang kuat"dalam BN. Kerana, dalam pembangkang hanya yang tinggal "orang tin kosong" ,  "orang sesaat", "orang drama", "orang auta putar" dan lain-lain lagi yang mana, tidak menguntungkan rakyat. Apatah lagi apabila dicanangkan DS Hisham mungkin menerajui Malaysia pada masa akan datang. Semakin gerun la mereka.





So, keep it up DS Hisham !!! Malaysian wants you to lead MH370. Teruskan perjuangan. Gegarkan pembangkang yang semakin takut dengan penerimaan baik orang ramai terhadap DS Hisham. Jagan kecewakan kami... SAJ sokong anda, DS Hisham and the rest !

12 comments:

  1. Memang kenyataannya, MH 370 telah menampilkan pemimpin pelapis bagi Malaysia. DS Hishamuddin tak perlu berlakon untuk kelihatan hebat sebaliknya ia terjadi dengan sendiri.

    ReplyDelete
  2. Menteri Pengangkutan yang baru telah meminta DS Hishamuddin terus membantu beliau menangani MH 370. Ini pengiktirafan terhadap kemampuan DS Hishamuddin

    ReplyDelete
  3. Sikap iri, dendam dan ingin menjatuhkan sudah sebati dalam diri pembangkang. Mereka menjadi rosak dan mahu rosakkan orang lain. Dunia iktiraf Hishamuddin manakala mereka melihat sebaliknya. Saya percaya akhirnya mereka akan mereput dan lenyap.

    ReplyDelete
  4. Aku rasa antara kelebihan Datuk Seri Hishamuddin Hussien ialah kerana beliau cakap betul. Tak payah pusang pusing. Orang suka ke tak suka ke sama jer. Sekali tipu, selamanya kena tipu. Tahniahlah.

    ReplyDelete
  5. Untung jadi Cina. Duduk mengangkang dapat jadi Menteri !

    ReplyDelete
  6. Sebahagian yang suasah dah Hishamuddin selesaikan. Tinggal hujung untuk MCA. Tuah Cina

    ReplyDelete
  7. Awal dulu aku respek Nurul Izzah tapi bila aku dengar dia mintak cerai hilang langsung hormat aku

    ReplyDelete
  8. Saya rasa masa ini masa DS Hishamuddin. Dia sendiri dah lalui banyak peristiwa dalam karier politiknya

    ReplyDelete
  9. Di Malaysia saya perhatikan pembangkang akan bangkang segalanya walaupun benda itu baik untuk rakyat

    ReplyDelete
  10. Aku rasa Hishamuddin dah tak terjejas dengan mainan Pakatan. Dah bukan tahap dia nak bimbang benda kecik

    ReplyDelete
  11. Nurul Izzah ni tak innsaf. Dah berantakan tapi masih korek cari kelemahan pihak lain

    ReplyDelete
  12. Nurul Izzah adik beradik tahu peel Anwar tapi Anwar dah tutup mulut depa dengan duit !

    ReplyDelete