SAHABAT SETIA SAJ

Wednesday, July 2, 2014

BALA LAGI UNTUK HISHAMMUDDIN ?


Salam Ramadhan, salam 1 malaysia,

Bayangkan, kekecohan apa lagi akan berlaku jika LGBT Rally di halalkan di Malaysia.
Alangkan kes diplomatik pun kita dah gelebah (pencerobohan dan serangan seksual "straight"), inikan pula,jika ada kes LGBT berlaku dalam dan luar negara. kecohhhh beb !


Ni, diplomat ape kejadahnya melakukan jenayah ??? kalau rasa nak buat jenayah, resign dulu jawatan diplomatik tu ! Tak perlu nak menyusahkan orang.Pulak tu, menyusahkan negara ! ko tau tak, negara Penjenayah oiii !

kalau kaya sekali manapun ko tu, duit ko tak mampu nak bayar balik malu negara Malaysia menghantar diplomatik yang kunun dipercayai ini !

hampeh ko ni !
wahai diplomatik atau sesiapa sekalipun, andai nak buat jenayah tu, pause sekejap otak dan nafsu tu untuk fikirkan keluarga, kalau tak keluarga, diri sendiri ! kalau tak diri sendiri, fikirkan AGAMA ! berasap otak aku ni kerana diplomatik penjenayah ni !

ye, bulan puasa, kene banyak sabar. Kerana sabar lah, aku percaya kepada Kementerian Pertahanan dan Mindef untuk telus menyiasat isu ini.


as what DS Hisham says, beliau takkan melepaskan suspek dengan mudah jika didapati bersalah. Law tetap law ! Diplomat ke, ape ke, perlu di adili dengan jujur ! sekalipun keluarga dia menderita kerana isu jenayah nya, and NO WAY untuk dia dilepaskan dan DIKEBALKAN !

well DS Hisham, again, ujian untuk anda berdepan isu international. Rakyat memandang anda, menganalisa, memerhati dan ada yang boleh buat spekulasi. Maka, harapan agar isu ini ditangani dengan baik., sepertimana anda kendalikan isu MH370 yang telah merubah persepsi rakyat sebelum ini terhadap anda.

SAJ yakin, anda matang hadapi isu ini. Yang lepas jadikan sempadan dan pengajaran untuk anda terus cemerlang berbakti dan membuktikan kewibaan anda.


Ulasan selepas lepas geram :

Sebelum ini, SAJ ada posting tentang DS Hisham yang sering dilanda pelbagai isu pada mana-mana kementerian yang disandangnya.

Namun, harus di ingat, rezeki tu bukan saja datang dari sudut kegembiraan, tetapi dari sudut ujian yang Allah berikan.


Ujian yang datang, tanda Allah sayang. Ianya untuk mematangkan, mendewasakan dan agar kita kembali merujuk kepadaNya.



Sesungguhnya, ujian, dugaan dan cabaran atau org suka sebut "bala" ini, diberikan kepada orang yang mampu untuk hadapinya. Allah S.W.T. tidak akan membebankan seseorang itu melebihi kemampuannya.


Maka, jadikan ujian ini, satu keindahan untuk Ds Hisham menonjolkan diri dan membuktikan kredibilit dan kebolehan anda sebagai seorang pemimpin.

p/s : NO LGBT. NO SEXUAL HARRASSMENT !

9 comments:

  1. ALLAH PILIH ORANG UNTUK DIUJI. SEMAKIN KUAT UJIAN INSYAALLAH MAKIN TINGGI DARJAT ORANG ITU AKAN DIANGKAT

    ReplyDelete
  2. DS Hishamuddin stabil, objektif. Ada pemimpin bila berdepan masalah mintak pegawai jawab, play safe. Hishamuddin nampaknya sanggup berada di depan walaupun kemungkinan menerima kritikan

    ReplyDelete
  3. Saya dulu bukan penyokong Hishamuddin tetapi selepas MH370 saya tertarik dengan komitmennya, keikhlasannya. Kemampuan beliau berdepan dengan tekanan juga saya hargai.

    ReplyDelete
  4. Aku dah baca kenyataan Hishamuddin mengenai isu ini. Jelas dan tiada ketakutan.

    ReplyDelete
  5. Ada perkara berlaku tanpa dirancang, faktor manusia. Yang penting ialah kita yakin dan sabar menghadapinya.

    ReplyDelete
  6. 1000- 1. Normallah sebenarnya. Dalam majlis ulamak Pas Perlis dulu ada seorang peliwat ! Jadi yang penting bagaimana mengusahakan agar ia tidak berlaku lagi

    ReplyDelete
  7. Tambah tambah di Bulan Ramadhan ni . ujian pasti datang dengan ganjaran khasnya bagi orang yang sabar.

    ReplyDelete
  8. BETUL TETAP BETUL SALAH TETAP SALAH

    ReplyDelete
  9. Negara perlukan pemimpin yang tahan diuji unntuk memacu negara ke puncak kecemerlangan. DAtuk Hishamuddin saya fikir sudah banyak diuji dan ia layak nemikul amanah besar ini

    ReplyDelete