SAHABAT SETIA SAJ

Sunday, June 22, 2014

DAP MATI TANPA KESAN, PAS MULA PENUHI HOSPITAL, ANWAR ???



Sambil scroll scroll tengok status FB kengkawan, tengok2 dunia politik negara, SAJ terfikir tentang kelangsungan BN dalam negara.

Terfikir juga, adakah PR dengan era kehancurannya... iaitu zaman gaduh pemilihan cabang PKR, PAS yang terseleweng dalam landasan mencari kebenaran, atau DAP yang semakin singkat usia apabila sorang-sorang mati, terkini, Adun Bukit Asek.
 


Jawapan yang aku rasa, ya BN masih relevan TETAPI DENGAN SYARAT :

1. Bersatunya kita kerana perjuangan, bukan kerana harta.

2. Saling menyokong antara satu sama lain, walau pada hakikatnya, ada yang tidak berpuas hati kerana masing-masing ada "geng".

3. Down to earth. Turun padang. Dekat dan rapat dengan rakyat. Tak perlu nak berglemer pakai kot, kemeja bagai nak melawat kawasan. People choose and vote you not to see you showing off your "glamorous shirt" with all the bodyguards, but to meet you as what they hve see you before with a very simple t-shirt..... where people able to voice out their opinions, reports and so on.

4. Kikis kronisme, biarkan kroni itu bertapak dalam PR (geng khalid, geng azmin, geng mat sabu, geng nik ajis, geng kit siang, geng dyana sesumpah, etc)

5. Jadilah orang yang membantu PM untuk merealisasikan misi negara dengan bersikap jujur, telus, dedikasi dan semangat juang yang tinggi. PM melantik mereka yang dirasakan boleh melaksanakan tanggungjawab, jadi, kalau rasa tak reti nak buat kerja, jangan bebankan negara dengan adanya anda dalam kabinet PM !

6. Latih dan biarkan orang muda yang berpotensi duduk dalam parti. KIta kekurangan orang muda yang energetik. yang dah berusia tu, sokong dari belakang kepada orang muda, tak perlu la korang nak rebut jawatan / harta lagi. banyakkan lah ibadat di surau, masjid. bagi peluang kepada orang / anak muda.

antara "orang muda" yang boleh dijadikan harapan BN seperti Muhkriz, Khaled Nordin, Khairy, Hishammuddin dll.

Mereka ini ada banyak potensi untuk menjadi pemimpin BN akan datang. Siapapun mereka, sebanyak manapun geng mereka, kalau kita dalam satu parti, kita tunjukkan sokongan kepada mereka. Tak suka belum tentu tak elok, mana tahu, apabila ruang dan peluang diberikan, mereka boleh menonjol.


Masing-masing ada kelebihan. Mereka berusaha untuk memenangi hati rakyat dengan kembali yakin kepada BN. Tengok bagaimana Mukhriz mencuba sedaya upaya mengembalikan kegemilangan BN di Kedah setelah Kedah jatuh ke tangan PR pada PRU 12 dulu. Bukan mudah.


Tengok Khairy Jamaluddin, bagaimana menarik orang muda untuk mempercayai BN dengan program-program yang dijalankan.


Tengok DS Hishammuddin, bagaimana beliau berdepan pelbagai isu kritikal untuk memperlihatkan kepada rakyat usahanya untuk menyelamatkan keadaan. Masa beliau jadi KDN dulu, orang mencaci dia, kata menteri lembik, menteri bacul dan sebagainya. Tetapi, tahukah kita, lembik, bacul beliau itu untuk meredakan keadaan. Andai kekerasan digunakan, semakin keras lah tindak balas mereka yang sengaja mencari provokasi.

Menarik rambut dalam tepung, kene cara lembut, kalau kasar, rambut tak ditarik, tepung berselerak. dalam mendidik anak sekalipun, kalau keras sangat, anak akan melawan, guna pendekatan lembut anak akan lembut juga, harapannya. Kerana itu, beliau perlu berdepan dengan kaedah sesuai untuk tangani isu kritikal seperti demonstrasi jalanan.

Bayangkan jika tiada demo jalanan macai-macai PR, dah tentu rakyat yang melihat, tidak mengetahui perangai buruk mereka, iaitu membuat kerosakan, maki polis, pukul polis, pukul kereta polis, bikin kacau etc. jika DS Hisham terlalu keras, ianya juga akan menjatuhkan reputasi beliau yang dikatakan terlalu radikal dan autokratik.



Lihat kejadian MH370, beliau serius untuk meneruskan misi mencari, dan beliau sangat lembut hati kepada keluarga mangsa.

Sebab itu SAJ kata, jangan dipandang tak elok, kerana yang tak elok itu, mungkin ubatnya. Kita kene pandang meluas. Kredibiliti DS Hisham berdepan isu kritikal harus dijadikan sandaran untuk beliau menggalas tugas yang lebih mencabar. Yakini darah yang mengalir dalam dirinya. Yakini bahawa, setiap manusia, jika diberi peluang, mampu laksanakan. KIta yang perlu menyokong dan bersama-sama membawa perjuangan yang mengutamakan rakyat.

Apapun, SAJ sekadar berkongsi pendapat. SAJ bukanlah sesiapa di dalam parti, tetapi, semangat yang ada dalam diri SAJ untuk kelangsungan BN dan Malaysia, mungkin melebihi mereka yang menjadi ahli parti.


ayuh, bersatu kerana agama dan selamatkan Malaysia daripada musibah mereka yang ingin meruntuhkan perpaduan rakyat.

10 comments:

  1. UMNO tak pernah miskin pelapis. Yang patah sentiasa tumbuh, yang hilang pasti berganti

    ReplyDelete
  2. Nasihat yang baik tapi ada ke orang dengar?

    ReplyDelete
  3. DAP MATI ? JAGA JAGA BRO, HANTUNYA MERAYAU

    ReplyDelete
  4. Menyediakan pelapis adalah kewajipan pemimpin semasa. Ramai yang berpotesi tetapi tidak. dapat tempat. Rugikan . Mereka masuk Pakatan.

    ReplyDelete
  5. Aku cemas Umno ni . Berebut kuat benar.
    PRU dah dekat

    ReplyDelete
  6. Semoga UMNO insaf. Banyak pengajafan PRU 13

    ReplyDelete
  7. DAP bahaya. Gerkan dia secara senyap.. Sedar sedar pengundi dia bertambah

    ReplyDelete
  8. Umno ni kalau yang atas bagus yang bawah tak ada masalah

    ReplyDelete
    Replies
    1. atas atau bawah, kene sama2 main peranan. atas mula bagus, bawah buat pangai. bawah ok, atas cari pasal. tak sehaluan. appun, atas yg bagus itu adalah yg tegas membendung sebelum terlambat

      Delete
  9. Bro, Pakatan ada problem sejak awal tapi ia tetap menang banyak kerusi, UMNO?

    ReplyDelete