SAHABAT SETIA SAJ

Wednesday, July 16, 2014

SHOOT ON SIGHT ATAU TRIGGER HAPPY ? PENIN KEPALA NAJIB.


pepagi kecoh insiden #CDM25. Adoi la, walau apa sekalipun, perlu hormat orang. sekalipun marah, sekalipun geram, sakit hati,atau naik hantu, biarlah hantu casper je (hantu baik le sikit kot), jangan la nik hantu jembalang, buruk benor weh ! kita perlu tegas untuk katakan dia salah, dan tuntut bayaran, tapi tak perlu tengking, pukul kereta orang mcm samseng. tak perlu. dia tak lari ke mana pun. sekalipun dia lari, amik no plat kereta, settle kat polis. kita ada undang-undang.



Cakap tentang undang-undang, terpalit lagi isu Sabah tentang Shoot on Sight. KDN kata, ok, boleh tembak. PM kata, jelas kan SOP dulu, begitu juga menteri yang bertanggungjawab, DS Hisham.

Rata-rata tak bersetuju dengan PM dan DS Hisham, katanya, nak tunggu sampai bila ? Ye, SAJ faham apa yang kita biasa fikirkan. Kita nak benda settel segera. Kita nak gertak dan beri ketakutan kepada penceroboh.



TETAPI, andai tembakan itu mengenai orang awam yang tak bersalah, siapa nak jawab? Rasanya, terpalit juga kat DS Hisham kan? Makanya, kerana itu, PM kata, jelaskan dulu SOP yang hendak dijalankan yang lebih tegas dan keras. Then, baru boleh laksana. Biar perkara ini, ada hitam putih, sebab, jika berlaku apa-apa, ianya telah didokumentasikan.

Pihak pro kerajaan, memang la akan cuba untuk terima jika tersalah tembak civilian, tetapi,puak sebelah sinun tu, mau tak jadi isu ??? gegak gempita dorang akan canang dalam laman media. Banyk kes, yang PDRM terpaksa lepaskan tembakan kerana didapati "suspek" dicurigai, tup-tup, puak sinun nak membela. Kalau korang ingat la, kes tembak mati 5 samseng kat Penang, yang Rayer nak jadi peguambela tu. Tengok, itu pun dah jadi kes politik tak pasal-pasal.

So korang, let ATM presents their SOP dulu dengan tepat dan jelas. Kita percaya, apabila ianya telah di SOP kan, kita boleh bertindak. DS Hisham tidak mahu kekeruhan berlaku dengan lebih teruk jika berlaku tembak-menembak yang tidak terkawal di Sabah.

Jika anggota keselamatan kita tembak, puak yang dipercayai puak Nur Misuari tu, akan buat serangan balas, dan benda akan jadi lebih berlanjutan, maka, di samping adanya SOP, mereka akan memikirkan strategi keselamatan yang lebih cekap jika berlaku serangan balas.

Pihak kita kena berfikir lebih jauh untuk elak kecaman puak sinun yang menanti kesilapan demi kesilapan yang dilakukan. Apa yang DS Hisham buat tu, adalah kerana berfikir jauh agar kesilapan besar tidak berlaku yang lbih menimbulkan huru-hara. Cuma SAJ harap, cepatlah DS Hisham uruskan keselamatan Sabah ni apabila pulang daripada Lubnan.


8 comments:

  1. Telan mati mak, luah mati bapak.

    ReplyDelete
  2. Berurusan dengan nyawa bukan perkara mudah. Biar tentu siapa nak ditembak. Jangan ikut emosi

    ReplyDelete
  3. Kadang kadang kita geram jugak. Tapi kerajaan tak boleh bertindak berasaskan geram. KDN pun kena tenang, sabar.

    ReplyDelete
  4. Yang bising suruh tembak pembangkang. Nanti bila tembak depa bising pulak tanya " apa pasai tembak tanpa siasat ". Kita jangan layan depa ni. mampuih kita !

    ReplyDelete
  5. Tembak je pembangkang yg bising bising tu. He..he..

    ReplyDelete
  6. Betoi jugak tu ye. kene ada SOP. bukan ikut emosi. kene fikir matang, bukan cepat melatah. bagus lah dato sri hishammuddin, cuma jelaskan apa yg DS cakap tentang "kita ada undang-undang". rakyat keliru.

    ReplyDelete
  7. Tindakan biar konsisten dan betul. Jangan sekejap keras sekejap tidak. Malu kerajaan

    ReplyDelete