SAHABAT SETIA SAJ

Saturday, April 26, 2014

GELAK-GELAK JUGA.. TAPI ADA MAKNA TUUUU....


Salam 1 Malaysia....

First and foremost, Welcome to Malaysia, Barack Obama.

Perghhhh.... Obama datang Malaysia, ada yg hangin bila takdapat jumpa obama. Ko sape Obama nak jumpa Nuar Pungkok oiii.

Apapun, SAJ bukan nak ulas royan Anwar tuh.... di hari minggu ni , elok ah kita bersantai-santai sahaja. jom layan .....



Udin yg pertama... itulah AWALudin
Udin yg bijaksana... tentunya ARIFudin
Udin yg tk prnah benar... disitu SALAHudin
Udin yg tk prnah marah... namanya SABARudin

Udin yg brkurung di bilik... itulah KAMARudin..
Udin yg suka menyapa... adalah HAIrudin
Udin yg suka bertekad... namanya AZAMudin
Udin yg slalu naik bulan.. tak lain NASAruddin

Udin yg pki anset samsung... dialah SAMSUdin
 
Udin yg rajin solat... adalah AMALudin
Udin yg rajin doa... itulah AMINudin
Udin yg satu huruf jawi... dah tentu AINudin

Udin yg tk prnah di depan... tentunya AKHIRudin
Udin yang tak suka barang lama...pastinya BAHARUdin
Udin yg paling murah.. mestilah  Mydin..

Udin yg mencari MH370... mestilah Hishammuddin..

Ya, dalam lawak, memang benar. Siapa lagi yang cekal dan sentiasa update tentang MH370 kalau tidak DS Hisham. Sehingga kini, sedikit bukti pun, masih tidak ditemui. namun, usaha pencarian, tidak padam dalam diri & jiwa DS Hishammuddin.

Dalam twitter beliau jugak, sentiasa update tentang MH370. Tabah sungguh beliau menghadapi isu yang besar dan lama ini. Bukan calang-calang orang yang sekental ini, jiwa dan mentalnya, demi memikirkan keluarga yang masih menunggu penuh pengharapan.

Mudah orang luar untuk membina pelbagai spekulasi, teori, tetapi mereka yang berdepan dengan tiada clue ini, menggigil rasanya badan. Mudah mereka menjawab soal selidik Merdeka Center, kerana mereka tidak berada dalam pencarian ini. Mereka di asak pelbagai spekulasi. luar yang cuba untuk tidak mempercayai Malaysia dan lebih suka kepada spekulasi.

Itulah rakyat Malaysia, yang benar itu, biasa di dengar, yang spekulasi dan persepsi itu, yang lebih suka dan luar biasa untuk di bicarakan. kerana itu, mudah anasir politik kotor meresap dalam diri mereka. hmmm.....



SAJ lihat, inilah menteri yang di uji Allah untuk mempersiap siagakan beliau menjdi lebih kuat, lebih tahan, lebih tabah dan lebih rasa kemanusiaan demi menjadi pemimpin berjiwa rakyat untuk Malaysia.

Dalam jangkamasa yang lama ini, selalunya, orang sudah berputus asa, tetapi tidak untuk DS Hisham dan team SAR. Beliau bukan sahaja tika ini memikirkan mengenai MH370, tetapi hal-hal lain dalam negara juga beliau tekankan.

Apapun, kepada DS Hisham, keluarga mangsa memerlukan anda, begitu juga rakyat Malaysia. Tinggi harapan agar anda terus berjuang sebagai Menteri yang memegang 2 kementerian. bukan mudah tetapi kami yakin, anda berpotensi untuk lakukannya dengan baik.


11 comments:

  1. Terbaik Bro. Sedap seloka.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Kita doa untuk Datuk Hishamuddin

    ReplyDelete
  3. Benar Bro. Kalau aku rasanya down dah !

    ReplyDelete
  4. Menarik penulisan ini.

    ReplyDelete
  5. Saya bersetuju. Tiada masalah DS memegang dua Kementerian. Segalanya berjalan dengan lancar

    ReplyDelete
  6. Orang ramai spekulasi. Pembangkang cari kelemahan. Hishamuddin teruskan usaha bersama pasukannya tanpa peduli asakan orang. Keutamaannya ialah memenuhi harapan keluarga.

    ReplyDelete
  7. Bro..aku tau hang pro Hisham. Aku dah teliti blog hang. Aku nak bagitau ramai di luar sana sekarang mengharapkan Hisham dapat pi lebih jauh.

    ReplyDelete
  8. Walaupun sentiasa ade pihak yang mempertikaikan usaha beliau tapi beliau tetap menjalankan tanggungjawab beliau tanpa mengeluh... syabas DS Hisham

    ReplyDelete
  9. Nampak semangat perjuangan Hisham yang tak pernah luntur

    ReplyDelete
  10. Seloka tu terbaik

    ReplyDelete
  11. Hishamuddin bangkit...bangkit dengan semangatnya demi negara & bangsa

    ReplyDelete