SAHABAT SETIA SAJ

Sunday, June 29, 2014

IZZAH SEDAR, PAPANYA TAKUT DENGAN HISHAMMUDDIN. DRAMA BERMULA ...



Salam Ramadhan Al-Mubarak.

SAJ sibuk kebelakangan ini menguruskan persediaan menyambut ramadhan, termasuk juga eid ul fitri. maklumlah, kalau boleh, SAJ mahu menumpukan ibadah tanpa memikirkan shopping raya. ramadhan setahun sekali,entah bertemu lagi, entah kan tidak...


dah lama SAJ nak komen dan ulas tentang berita daripada Astro Awani bertajuk " TRAGEDI MH370 TINGKATKAN POPULARITI HISHAMMUDDIN ". Klik sini untuk video : Berita Awani

Kabinet baru sudah diperbaharui, dengan terlantiknya menteri pengangkutan yang baru. Maka, adakah ianya juga pengakhiran tanggungjawab DS Hisham terhadap tragedi MH370 ??? Diharapkan, tidak. Kerana, DS Hisham telah berjanji untuk meneruskan misi pencarian, dan pendapat SAJ, DS Hisham telah menunjukkan rekod terbaik pengendalian beliau terhadap misi pencarian itu.

Secara hikmahnya, tragedi ini dilihat telah meningkatkan reputasi dan kepercayaan orang ramai terhadap DS Hisham setelah sebelumnya, port folio kementerian yang disandang tidak menunjukan rekod yang boleh dibanggakan. Bukan nya langsung tak ada, tapi mendapat sedikit kritikan.

walau apapun, kritikan itu sebenarnya telah mematangkan DS Hisham untuk menggalas tugas dan tanggungjawab yang rupanya lebih berat dari sangkaan. Ini yang bagus, apabila ada kritikan, tapi, kritikan itu telah membina jati diri DS Hisham. Ini lah jiwa pemimpin, yang jadikan kritikan sebagai nasihat terbaik untuk terus berbakti, bukannya menjadikan kritikan itu sebagai agen pemusnah yang merosakkan semangat juang.

MH370 memperlihatkan DS Hisham digeruni pihak pembangkang apabila beliau sentiasa berada dalam keadaan yang tenang dan bersedia berdepan soalan "maut" daripada wartawan. DS Hisham bukan calang-calang orang rupanya. Lumrah manusia, apabila ditekan, di ajukan soalan bertubi-tubi, soalan berbentuk sindiran, soalan berbentuk asakan, soalan berbentuk ugutan, pastinya, mula gelabah. Bila gelabah atau panik, mula nak naik angin, muka mula merah, pucat dan tak tentu hala, tapi DS hisham very cooooooolllll beb !


INILAH KEBERANIAN DS HISHAM.
GO AND BE WITH THEM DIRECTLY.

Ramai yang memuji tindakan dan cara beliau berdepan orang ramai yang bertanyakan tentang MH370 ketika di awal berita kehilangan pesawat itu. kagum, memang kagum wa cakap sama lu !!!

Terkini, Nurul Izzah gesa Menteri Pengangkutan baru, Tiong Lai untuk menubuhkan pasukan bebas untuk siasat MH370 ini. KLIK SINI UNTUK TERUS KE BERITA SINAR HARIAN.

Haaa...... korang nampak tak... nampak tak apa yang SAJ nampak.... Ini menunjukkan, pembangkang tak nak DS Hisham meneruskan misi pencarian itu, kerana dorang tahu, MH370 ini menaikkan reputasi beliau. Dorang nampak kredibiliti, kesungguhan, semangat yang ditunjukan DS Hisham akan menaikkan kepercayaan orang terhadap beliau dan seterusnya terhadap Barisan Nasional.




INILAH ANTARA WAJAH MEREKA YANG DIKATAKAN "ORANG KUAT AUTA" DALAM MALAYSIA.
 

Dorang gerun dengan "orang kuat"dalam BN. Kerana, dalam pembangkang hanya yang tinggal "orang tin kosong" ,  "orang sesaat", "orang drama", "orang auta putar" dan lain-lain lagi yang mana, tidak menguntungkan rakyat. Apatah lagi apabila dicanangkan DS Hisham mungkin menerajui Malaysia pada masa akan datang. Semakin gerun la mereka.





So, keep it up DS Hisham !!! Malaysian wants you to lead MH370. Teruskan perjuangan. Gegarkan pembangkang yang semakin takut dengan penerimaan baik orang ramai terhadap DS Hisham. Jagan kecewakan kami... SAJ sokong anda, DS Hisham and the rest !

Sunday, June 22, 2014

DAP MATI TANPA KESAN, PAS MULA PENUHI HOSPITAL, ANWAR ???



Sambil scroll scroll tengok status FB kengkawan, tengok2 dunia politik negara, SAJ terfikir tentang kelangsungan BN dalam negara.

Terfikir juga, adakah PR dengan era kehancurannya... iaitu zaman gaduh pemilihan cabang PKR, PAS yang terseleweng dalam landasan mencari kebenaran, atau DAP yang semakin singkat usia apabila sorang-sorang mati, terkini, Adun Bukit Asek.
 


Jawapan yang aku rasa, ya BN masih relevan TETAPI DENGAN SYARAT :

1. Bersatunya kita kerana perjuangan, bukan kerana harta.

2. Saling menyokong antara satu sama lain, walau pada hakikatnya, ada yang tidak berpuas hati kerana masing-masing ada "geng".

3. Down to earth. Turun padang. Dekat dan rapat dengan rakyat. Tak perlu nak berglemer pakai kot, kemeja bagai nak melawat kawasan. People choose and vote you not to see you showing off your "glamorous shirt" with all the bodyguards, but to meet you as what they hve see you before with a very simple t-shirt..... where people able to voice out their opinions, reports and so on.

4. Kikis kronisme, biarkan kroni itu bertapak dalam PR (geng khalid, geng azmin, geng mat sabu, geng nik ajis, geng kit siang, geng dyana sesumpah, etc)

5. Jadilah orang yang membantu PM untuk merealisasikan misi negara dengan bersikap jujur, telus, dedikasi dan semangat juang yang tinggi. PM melantik mereka yang dirasakan boleh melaksanakan tanggungjawab, jadi, kalau rasa tak reti nak buat kerja, jangan bebankan negara dengan adanya anda dalam kabinet PM !

6. Latih dan biarkan orang muda yang berpotensi duduk dalam parti. KIta kekurangan orang muda yang energetik. yang dah berusia tu, sokong dari belakang kepada orang muda, tak perlu la korang nak rebut jawatan / harta lagi. banyakkan lah ibadat di surau, masjid. bagi peluang kepada orang / anak muda.

antara "orang muda" yang boleh dijadikan harapan BN seperti Muhkriz, Khaled Nordin, Khairy, Hishammuddin dll.

Mereka ini ada banyak potensi untuk menjadi pemimpin BN akan datang. Siapapun mereka, sebanyak manapun geng mereka, kalau kita dalam satu parti, kita tunjukkan sokongan kepada mereka. Tak suka belum tentu tak elok, mana tahu, apabila ruang dan peluang diberikan, mereka boleh menonjol.


Masing-masing ada kelebihan. Mereka berusaha untuk memenangi hati rakyat dengan kembali yakin kepada BN. Tengok bagaimana Mukhriz mencuba sedaya upaya mengembalikan kegemilangan BN di Kedah setelah Kedah jatuh ke tangan PR pada PRU 12 dulu. Bukan mudah.


Tengok Khairy Jamaluddin, bagaimana menarik orang muda untuk mempercayai BN dengan program-program yang dijalankan.


Tengok DS Hishammuddin, bagaimana beliau berdepan pelbagai isu kritikal untuk memperlihatkan kepada rakyat usahanya untuk menyelamatkan keadaan. Masa beliau jadi KDN dulu, orang mencaci dia, kata menteri lembik, menteri bacul dan sebagainya. Tetapi, tahukah kita, lembik, bacul beliau itu untuk meredakan keadaan. Andai kekerasan digunakan, semakin keras lah tindak balas mereka yang sengaja mencari provokasi.

Menarik rambut dalam tepung, kene cara lembut, kalau kasar, rambut tak ditarik, tepung berselerak. dalam mendidik anak sekalipun, kalau keras sangat, anak akan melawan, guna pendekatan lembut anak akan lembut juga, harapannya. Kerana itu, beliau perlu berdepan dengan kaedah sesuai untuk tangani isu kritikal seperti demonstrasi jalanan.

Bayangkan jika tiada demo jalanan macai-macai PR, dah tentu rakyat yang melihat, tidak mengetahui perangai buruk mereka, iaitu membuat kerosakan, maki polis, pukul polis, pukul kereta polis, bikin kacau etc. jika DS Hisham terlalu keras, ianya juga akan menjatuhkan reputasi beliau yang dikatakan terlalu radikal dan autokratik.



Lihat kejadian MH370, beliau serius untuk meneruskan misi mencari, dan beliau sangat lembut hati kepada keluarga mangsa.

Sebab itu SAJ kata, jangan dipandang tak elok, kerana yang tak elok itu, mungkin ubatnya. Kita kene pandang meluas. Kredibiliti DS Hisham berdepan isu kritikal harus dijadikan sandaran untuk beliau menggalas tugas yang lebih mencabar. Yakini darah yang mengalir dalam dirinya. Yakini bahawa, setiap manusia, jika diberi peluang, mampu laksanakan. KIta yang perlu menyokong dan bersama-sama membawa perjuangan yang mengutamakan rakyat.

Apapun, SAJ sekadar berkongsi pendapat. SAJ bukanlah sesiapa di dalam parti, tetapi, semangat yang ada dalam diri SAJ untuk kelangsungan BN dan Malaysia, mungkin melebihi mereka yang menjadi ahli parti.


ayuh, bersatu kerana agama dan selamatkan Malaysia daripada musibah mereka yang ingin meruntuhkan perpaduan rakyat.

Thursday, June 12, 2014

LAHAD DATU : SANDIWARA ? MH370 : SANDIWARA JUGA ???




There is no "sandiwara", says DS Hishammuddin.

Well, statement ni taken from newspaper tentang isu Lahad Datu dulu.
Rupanya, masih ada lagi ye yang mengatakan itu adalah sandiwara ?
Sandiwara yang mengorbankan 10 nyawa pasukan keselamatan negara ?
Mengorbankan seorang bapa kepada anakv?
Mengorbankan seorang suami kepada isteri tercinta?
Mengorbankan seorang anak kepada orang tuanya?
Itu korang kata SANDIWARA ?


come on !!! Wake up dude !!!
tu adalah real.

Ds Hisham sekarang ini, telah berkali-kali meeting dengan negara Filipina untuk mempertingkatkan usaha agar tidak berlaku lagi pencerobohan negara.
Di ulang ye, Meeting berkali-kali ok.

"Hishammuddin also told the Dewan Rakyat during question time earlier today of the close cooperation between Malaysia and Philippines’ armed forces on security issues.
 
  “We have set up an intelligence exchange mechanism that is led by the intelligence chiefs of the armed forces of both countries.
 
Twenty-three meetings have been held as of now and another meeting is scheduled in Manila in the last quarter of the year,” he said."


DS Hisham memandang serius ESSCOM dan keselamatan perairan negara.
Macam dia cakap la, kita (pihak dia lah) perlu kerja kuat dan kerja lebih untuk memastikan insiden lahad datu tidak berulang.

nampak tak, bagaimana DS Hisham perlu handle 2 isu besar negara, MH370 dan ESSCOM. kedua-dua kes ini perlu penelitian dan kecekapan untuk menguruskannya.
Nampak seperti DS Hisham tak sempat duduk minum kopi di kali lima apabila beliau perlu cekap dan cepat berdepan dengan isu ini.

Bukan tu je, ATM di bawah kementerian beliau juga, diminta untuk memantau perairan negara untuk kes seludup diesel. Haiissshhh.... kurang ajar betoi la mereka yang beri diesel bersubsidi diseludup. Nak kaya cepat pun, bukan cara mencuri. tak tahu pahala dosa ke?

Nak kutuk kerajaan, laju je korang ni. Tapi, kalau dah dapat apa yg kerajaan bagi, sewenang-wenang menjual dan seludup. yang pening, menteri juga. Kalau kena tangkap kang, marah kerajaan pula. Adoi la manusia cenggini, kalau la boleh benamkan ke laut, kan bgus. hadoi....

Apapun, tahniah DS Hisham, kerana cekap mengawal dan merancang untuk kebaikan dan keselamatan negara. Berusahalah anda berdepan dengan pengkhianat halimunan dalam negara ni.

Thursday, June 5, 2014

MAMPUKAH MAH SIEW KEONG ? ATAU BIARKAN SAJE ...


Salam Semua..

Desas desus berdesap SAJ dengor, katanya kabinet akan dirombak yer...  Berpeluh-peluh la mana-mana yang tak berapa nak perform tu ....

 

Dan persoalan SAJ, adakah Kementerian Pengangkutan akan diserahkan kepada Datuk Mah, kawan kepada DS Hishammuddin??  What say you, dude ?? Ada setuju ka...tarak setuju ??

So far ni, DS Hisham memainkan peranan yang sangat berkesan walaupun sekadar memangku Kem. Pengangkutan ni. He had done a great job in handling MH370 yang still missing. Andai ditakdirkan bertukar tangan, diharapkan dapat menyambung tugasan itu. Bukan tu je, sambung sekali dengan semangat yang telah ditunjukkan DS Hisham dalam misi pencarian MH370.

Apapun SAJ terbuka dengan keputusan nanti, diharap keputusan DS Najib membawa jentera BN ke arah yang lebih dinamik dan utuh !

Well, dalam kealpaan kita kepada pelbagai isu yang terjadi, Cadburry, PRK teluk intan, Dyana dan Yammy, isu buang bayi, kelar bayi etc, tetapi, hati kita masih teringat tentang MH370 kan...

Kita hanya teringat sekejap-sekejap, ikut mood, tapi DS Hisham ingat selalu perkara ini dan beliau memastikan agar keluarga mangsa MH370,diberi perhatian oleh MAS.

Ini berita terbaru tentang MH370. Masih meneruskan usaha. Masih berharap. Masih menganalisa segala bukti atau bahan yang ada, dan masih segala-galanya yang dapat dibuat untuk menemukan semula MH370...


UTUHNYA SEMANGAT BELIAU ...
 
RELA KORBAN MASA, OTAK UNTUK RAKYAT.
PEMIMPIN YANG DICARI





Pencarian MH370 perluaskan di Koridor Selatan, kata Hishammuddin
                   Published: 4 June 2014 | Updated: 5 June 2014 3:32 AM
 
                          Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini berkata kawasan pencarian MH370 di Koridor Selatan akan diperluaskan.Kawasan pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang akan diperluas, tetapi kekal di Koridor Selatan, dengan menggunakan apa jua kepakaran yang ada, kata Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
 
 "Kalau tidak jumpa kotak hitam, kita kena cari lokasi baru dan guna apa jua kepakaran yang ada untuk mengenal pasti lokasi berkenaan. “Apa yang penting sekarang lokasi itu kekal di Koridor Selatan, itu yang tidak dipertikai dan tidak dinafikan oleh mana-mana pihak.              
 
Malah ia disahkan oleh pakar-pakar seluruh dunia. Persoalannya di mana di Koridor Selatan. Ia besar, tapi di situlah kita akan memasuki fasa baru," kata Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat berkaitan pencarian pesawat MH370 itu di Kuala Lumpur hari ini.
 
Hishammuddin diminta mengulas kenyataan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) bahawa kawasan pencarian pesawat MH370 di Lautan Hindi berdasarkan empat isyarat ping dipercayai daripada kotak hitam, diisytihar sebagai bukan kawasan pesawat itu hilang.
 
JACC yang berpejabat di Australia menyatakan bahawa ia telah menyelesaikan pencariannya di Lautan Hindi di mana isyarat ping dikesan dan ia mengetepikan zon itu sebagai tempat bersemadinya pesawat MH370 itu, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal. Namun, JACC tetap yakin bahawa ia mengesan laluan pesawat MH370 yang memasuki perairan itu menerusi selatan Lautan Hindi yang panjang tetapi sempit.
 
Ditanya mengenai dakwaan seorang pelayar British kononnya ternampak pesawat itu terbakar berdekatan Thailand pada pagi ia dilaporkan hilang, Hishammuddin berkata "terlalu banyak dakwaan yang kami terima, tapi tiada yang dapat dibuktikan. Ia perlu disahkan terlebih dahulu". Hishammuddin turut ditanya mengenai dua isyarat ping terbaru dipercayai dari pesawat itu yang didakwa ditemui pihak berkuasa Australia.
 
"Kami perlu berkumpul semula dan melihat apa-apa petunjuk lain yang ada. Jika ada maklumat berhubung lokasi dan petunjuk baru, itu kami serahkan pada pakar-pakar dan menghantar aset di bawah Jawatankuasa Aset dan maklumkan kepada keluarga," katanya. Pencarian sebelum ini berdasarkan isyarat ping yang dikesan oleh kapal Ocean Shield namun tidak menemui apa-apa, katanya.
 
Beliau menarik perhatian bahawa terdapat sekurang-kurangnya enam syarikat tempatan seperti Petronas, Boustead dan Deftech telah menyumbang dana, aset dan perkhidmatan dalam tender terbuka bagi pencarian pesawat itu. Mengulas hasil mesyuarat hari ini, Hishammuddin berkata ia lebih kepada proses persediaan kementerian yang terbabit dari segi keluarga, aset, pakar-pakar, media dan hubungan dengan negara luar jika pencarian pesawat MH370 mengambil masa yang lebih lama.
 
 Penerbangan MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 tengah malam. – Bernama, 4 Jun, 2014. -
 
 

Sunday, June 1, 2014

KERANA KAWAN ... TERIMA KASIH LAWAN, LOYER BURUK LIDAH BERCABANG!


Salam 1 Malaysia,

Salam Tahniah untuk BN, dan TAKZIAH kepada Dyana. Kih Kih Kih...




Tahniah kepada semua jentera BN yang turun padang, berkempen, meraih undi, turun ke akar umbi dan berjumpa dengan pengundi-pengundi dan segalanya.

Jutaan tahniah daripada di peringkat bawah jentera BN, termasuk cybertroopers hinggalah ke peringkat atasan yang meluangkan masa untuk turun berkempen.

Maklumlah, orang atasan, pak-pak menteri, ada byk komitmen mereka yang perlu di jalankan demi memajukan negara dan membina hubungan diplomatik yang baik. Semua turun padang, siap ada yang luangkan masa yang ada untuk menjadi imam kepada jemaah lain ketika masuknya waktu solat. Alhamdulillah.. inilah yang kita mahu, kalau boleh, diteruskan lagi dan di buat selalu.

Sebelum ni, SAJ ada buat entri tentang semangat DS Hishammuddin atas pencalonan dan kempen yang dilakukan Datuk Mah Siew Keong. Mana taknya,itu kan kawan dia, kata DS Hisham. Kawan yang baik adalah yang menyokong kawannya apabila dicalonkan.

DS Hisham terus turun Teluk Intan sebaik tiba daripada luar  negara selepas lawatan kerja. Nampak kesungguhan dan komitmen beliau untuk menyatakan sokongan kepada calon atau kawannya. Sempoi je DS Hisham naik motor berkempen.

Bayangkan, penat tidak habis lagi, tapi kerana meneruskan perjuangan dalam BN, beliau turun untuk berkempen. Dan, selepas keputusan di ketahui, beliau tidak lupa untuk mengucapkan tahniah walaupun beliau sibuk urusan d liar negara. ini lah contoh pemimpin yang kita mahu. Susah senang biar bersama untuk meneruskan harapan dan mandat rakyat.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Namun begitu, jangan begitu selesa. kena ingat :
 
 
1. Peratus keluar mengundi mengecewakan. hampir 8k tak mengundi berbanding PRU13. Mungkin kerana cuti sekolah, kenduri kahwin, dan pengundi adalah pengundi luar yang tak dapat balik.
 
2. Margin majoriti kecil, sangat sengit, mujur tak hangit. Jangan suka sangat ok. Mah Siew Keong kene kerja kuat dan luar biasa.
 
3. Saluran 3, saluran muda, paling kurang, jadi, kemungkinan besar, kemenangan dahulu kerana saluran 3. Maka, BN perlu analisa untuk lakukan sesuatu untuk pengundi muda. dalam masa yang sama,jangan lupa pengundi berusia. :)
 
4. Pentingnya letak calon WINNABLE CANDIDATE. jangan nak lepas tengkuk sendiri je,dengar apa yang rakyat nak, bukan KAU nak.
 
5. analisa semula undi rosak, kerana dapat dilihat, pengundi tak suka calon luar, tak suka orang melayu dalam DAP, tak suka calon yang kalah dulunya (mujur menang), etc. kaji semula.
 
 
Apapun, SAJ lebih pentingkan suara pengundi muda, kerana mereka yang ramai, dan BN masih leka dibuai kejayaan PRU13 kerana masih sangat kurang tindakan yang perlu dilakukan untuk meraih undi mereka.
 
Kena ingat, persepsi ditanam dari awal, bukan di hujungnya. jika lambat, kelak, gigit jari la jawabnya....