SAHABAT SETIA SAJ

Wednesday, March 12, 2014

KEHILANGAN MH370 BALA YANG DITURUNKAN???

Kabare...

Hari ini sudah masuk hari yang ke-4 kehilangan misteri pesawat MH370 yang sangat menyentuh hati kita rakyat Malaysia. Pencacai pembangkang berseraung menyatakan bahawa ini semua bala yang diturunkan oleh Allah S.W.T kerana telah menganiayai manusia pujaan mereka iaitu anwar ibrahim. SAJ hanya mampu beristighfar mendengar kenyataan tersebut yang sudah tentu jauh menyimpang daripada kebenaran.

Dalam kesedihan kita menghadapi pencarian kehilangan yang misteri ini, puak-puak pembangkang terus bermain api politik sehingga sanggup menunjukkan protes semasa perasmian persidangan parlimen oleh YDP Agong. Kita sedang bersedih mereka masih berpolitik kotor mempersendakan undang-undang negara.

SAJ tidak mahu bercerita tentang sikap sombong dan tamak para pemimpin pembangkang itu. Apa yang SAJ nampak adalah kesungguhan yang ditunjukkan oleh pemangku Menteri Pengangkutan iaitu DS Hishamuddin yang tidak pernah putus asa memberikan komitmen yang sangat luar biasa terhadap kehilangan misteri ini. Malahan, DS Hisham beberapa kali berjanji akan menggunakan apa sahaja kekuatan fizikal yang kita ada untuk membantu misi pencarian MH370. Bukan itu sahaja DS Hisham juga berjanji tidak akan ke luar negara walaupun ke Beijing sekalipun selagi misi pencarian ini diteruskan. 

Tahniah kepada pemangku Menteri Pengangkutan ini kerana mengambil tanggungjawab dan memikul amanah yang diberikan dengan sebaiknya. Cuba fikirkan, dalam kesibukan pembangkang mengurus penamaan calon, menyusun atur strategi untuk mempertahankan DUN Kajang dan mengadakan perhimpunan untuk membebaskan nuar, namun pemangku Menteri Pengangkutan ini terus berada bersama kumpulan pencari MH370 siang dan malam untuk mempastikan kaum keluarga yang tinggal di sini tidak terus gundah diselimuti persoalan yang menakutkan. 

Tahniah sekali lagi. Teruskan kecemerlangan tuan!

DATUK SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN

8 comments:

  1. Benar. Nampak tenang dan tabah Datuk Hisham. Semoga Allah berikan pertolongan

    ReplyDelete
  2. Saya menonton wawancara dengan salah seorang bapa penumpang MH 370. Beliau menyebut nama Hishamuddin dan kerajaan. Katanya mereka rasa lega bila ditemui pemimpin kerajaan. Hakikatnya kita tau masih ramai orang berterima kasih.

    ReplyDelete
  3. Aku rasa malang kita sebab pembangkang kita tak bertanggunjawab. Tapi aku yakin rakyat tengah menilai. Menteri kita bertungkus lumus bantu rakyat, pembangkang tak habis habis menghasut dan memfitnah.

    ReplyDelete
  4. Kadangkala kita hanya dapat menampilkan diri kita bila kita diuji. Hisham sedang diuji sekarang. Dia kawan lama aku. Aku nampak beza dia dulu dengan sekarang. Dah matang kot. Mari kita sama sama berusaha dan jangan jemu berdoa...

    ReplyDelete
  5. Aku percaya ini bala kerana ada kaum nabi lut di sini.

    ReplyDelete
  6. Eloklah bro, yang baik kita hargai yang tak elok kita tegur. Jangan jadi pembangkang semua nak hentam. Depa tak buat apa apapun..

    ReplyDelete
  7. Anwar sedang bertungkus lumus di Kajang, Hishamuddin dan pelbagai agensi berhempas pulas bekerja untuk rakyat...

    ReplyDelete
  8. Mh 370 sampai kiamat tak akan di jumpai.bala untuk negara malaysia kerana pemimpin politik nya suka makan rasuah

    ReplyDelete