SAHABAT SETIA SAJ

Tuesday, March 4, 2014

Betul ke RBA sukar dikesan???????? Pelik!!!!



SALAM 1 MALAYSIA

RBA sukar dikesan? Itu adalah kenyataan yang Suara Anak Jawa baca dalam sebuah akhbar arus perdana baru-baru ni. Pelik bunyi kenyataan tu. Takkan lah benda kecik macam ni pun tak boleh nak kesan? Negara kita ni ramai pakar IT, pakar server, pakar pelbagai pakar yang boleh digunakan secara optimum untuk mengesan musuh-musuh negara ni. Bertindaklah secara bijak supaya maruah agama dan bangsa tidak dipijak.

Laporan polis banyak telah dibuat terhadap RBA namun, tindakan yang diambil belum menampakkan hasil. Takkanlah nak serahkan pada tentera pula. Cakap kena serupa bikin wahai pak menteri.

SAJ ingin memetik kenyataan daripada Menteri Pertahanan, DS Hishamuddin yang bertekad untuk berjuang habis-habisan mempertahankan tiang-tiang seri negara iaitu agama, bangsa dan negara daripada diganggu gugat anasir tidak bertanggungjawab (utusan malaysia 25 feb).

SAJ melihat sejak memegang dua kementerian, DS Hisham semakin matang dan semakin menyengat. Kita perlu memberi masa kepada DS Hisham membuktikan kenyataannya. SAJ yakin DS Hisham akan menjalankan tanggungjawab itu sebaiknya.  Jangan menjadi seperti ayam bertelur sebiji riuh sekampung. Menunjuk lagak hanya sewaktu pemilihan UMNO saja. Hm..faham-faham sudahlah siapa dia!



6 comments:

  1. Kejayaan hanya dapat dicapai dengan kegigihan dalam berusaha.Saya yakin kita bukan sekadar boleh pertahankan apa yang kita miliki bahkan kita boleh tambah apa yang kurang.
    Selamat kembali Bro...

    ReplyDelete
  2. Aku tak terfikir pulak nak libatkan askar untuk benteras RBA atau anasir yang seumpamanya. Ini penyelesaian baru yang perlu dipertimbangkan. Lagipun askar sekarang ni dah buat macam macam. Sampai airpun tolong hantarkan...

    ReplyDelete
  3. TAK PAYAH CARI PENYANGAK NI. KERAJAAN WAJIB SET TEAM DIA SENDIRI, LAWAN BALIK KERJA BUSUK KOMUNIS .

    ReplyDelete
  4. RBA bukan perkara baru. Kalau kerajaan khasnya KDN serius, dah boleh selesai dah !

    ReplyDelete
  5. Kerajaan kena pilih. Nak popular dan dipuji kerana sporting atau bertegas. Jika pilih nak sporting biarlah RBA dan bersedialah untuk kalah PRU14

    ReplyDelete
  6. Masalah terbesar UMNO ialah apabila ada pemimpin ghairah nak popularkan diri sendiri. UMNO dah jatuh No 2. Sebab itu UMNO kadangkala goyang, bermasalah.

    ReplyDelete