Salam 1 Malaysia,
PRU akan datang, SAJ percaya dan yakin, PAS akan kehilangan bilangan undi yang mendadak ! Undi yang mereka dapat itu adalah undi mereka yang rasa takut tak dapat "masuk syurga" kerana itulah FALSAFAH dan SLOGAN PAS ketika pilihanraya.
Tengok jer la sekarang ini, apabila orang kuat PAS sendiri menyatakan sesuatu yang benar sekarang ini apabila ianya melibatkan isu Aqidah. Kerana isu ini adalah tanggungjawab kita semua. Cuma, mereka yang berkepentingan politik sahaja menafikan tindakan JAIS menentang murtad.
Terkini, Nasruddin di ancam oleh pengikut PAS Anwarinas apabila mengeluarkan statement yang bercanggah dengan Hadi Awang. Hadi kata nak bincang dengan gereja. Khalid pula mintak maaf kat gereja, TAPI Nasruddin ni pula kata, soal aqidah, perlu diperjuangkan dengan darah. Maknanya, SANGAT PENTING UNTUK BERSAMA2 CEGAH DAN KETEPIKAN SOAL POLITIK.
Nasruddin sendiri menyatakan, kerusi parlimen , menteri ker aper ker, tak boleh pakai untuk menangkan isu Gereja JAIS ini. Soal aqidah, ianya perlu di utamakan!
Habislah, suara-suara di dalam PAS sendiri saling bercanggah. Tahniah kepada Nasruddin kerana berkata jujur mengenai soal Aqidah. Pedulikan parti politik yang mementingkan kuasa daripada Agama.
Tunjukkan kepada rakyat, anda adalah seorang ahli agama yang benar2 perjuangkan agama, bukan menjual agama kerana politik.
Kepada Nasruddin, tabahlah hadapi ujian Allah apabila anda di kecam dalam rakan seangkatan anda. walau pahit di dunia, ganjaran hebat akan Allah berikan atas semangat membela agama Islam, insyaAllah.
Wahai ahli PAS ataupun ahli PR beragama Islam yang lain, fikirlah perjuangan korang mengenai isu JAIS ini. Tidakkah korang takut apabila di soal nanti kerana membela KAFIR yang ingin memurtadkan lebih ramai orang Islam ???
Jangan sombong apabila berhadapan dengan isu Agama Islam ini. Tidak perlu tegakkan benang yang basah. Tidak perlu menjadi munafik yang menghancurkan Islam ini ! Bersamalah bersatu dan senada untuk menyokong JAIS menentang MURTAD. Itulah yang dituntut.