SAHABAT SETIA SAJ

Tuesday, July 22, 2014

KESIANNYER .... APA NAK JADI NI ?


Salam Ramadhan,

Salam Pray4Gaza, Pray4MH370, Pray4MH17,


Bulan ramadhan, bulan yang berkat, bulan yang dilimpahi rahmat bagi mereka yang merebutnya, dan bulan dugaan dan cabaran kepada umat, yakni, menahan nafsu makan, minum, tutur kata dan sebagainya. Juga, cabaran untuk negara-negara Islam dunia dengan pelbagai bentuk ujian yang diberikan. Segalanya kehendakNya untuk menguji kita.




Gaza dengan bedilan bertubi bola api tanpa sepi.
Syria dengan kekejaman pergaduhan dua puak,
Mesir, dengan keangkuhan menyekat misi bantuan Gaza,
dan MALAYSIA, dengan nahas MH17 yang ditembak puak pemisah Ukraine.
Allahu Rabbi... dugaan sungguh kepada kita.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itu tugasan berat yang perlu digalas PM DS Najib mengenai nahas MH17. Kita kehilangan pakar saintis, pensyarah, bakal pemimpin, anak, bapa, ibu, adik, abang, kakak, keluarga. Kehilangan sumber rezeki keluarga, kehilangan gelak tawa manja adik, kehilangan rindu yang tak terubat, kehilangan rakan yang penyabar, kehilangan kenangan manis yang ditinggalalkan hanya beberapa jam sebelum mereka hilang terus dari dunia ini.

Di awal skuad kecemasan di hantar ke Kiev, kita juga hadapi sedikit kesukaran, namun, atas tindakan bijak rundingan dengan negara tersebut, sedikit demi sedikit berjaya diharungi. Berkat doa sekalian rakyat Malaysia juga.

Tahniah kepada DS Najib yang menggesa PBB untuk mengutuk serangan ke atas MH17 dan mengambil tindakan sewajarnya kepada yang bersalah. Turut membantu memikul tugasan ini, DS Hishammuddin, yang dahulu pernah mengendalikan tragedi MH370 dengan jayanya. Beliau sebagai Menteri Pertahanan memainkan peranan penting mewujudkan rundingan dengan negara rusia/ukraine untuk membolehkan misi bantuan Malaysia diberi jalan mudah dan dilindungi daripada serangan pengganas di negara yang sedang bergolak itu.

Pengalaman yang ada pada DS Hisham dipelajari oleh menteri pengangkutan yang baru, DS Tiong Lai. Di awal nahas MH17 ini diberitakan, DS Hisham adalah yang terawal bersama PM mengharungi tragedi yang menyayat hati. Mereka bersengkang mata memikirkan pelan tindakan yang perlu dilakukan.

Tepat sekali tindakan DS Hisham untuk turut serta di belakang DS Najib. ini kerana, berdasarkan reputasi DS Hisham, beliau sangat teliti untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada umum. Maklumat tersebut disampaikan jika benar-benar telah disahkan oleh pakar. Andai orang yang mudah melatah, senang saja maklumat yang tidak tepat dinyatakan, tetapi tidak bagi DS Hisham. Pengalaman memang banyak mengajar beliau untuk mengawal apa yang perlu disampaikan kepada umum dan memastikan perkara itu sahih sumbernya. Sikap ini penting dan bagus kerana, jika maklumat disampaikan belum dipastikan kebenarannya, ianya akan menganggu proses tindakan yang dilakukan.

Sekalipun DS Hisham sibuk menguruskan perkara lain sebagai menteri pertahanan, beliau tidak lupa untuk memikirkan perihal MH17 yang mungkin dirasakan cukup dekat dengannya,memandangkan, nenek (jika tak silap) merupakan salah seorang mangsa nahas tembakan pesawat Malaysia Airlines.

Kini, kotak hitam dipulangkan semula kepada Malaysia oleh ketua puak pemisah. Kita doakan agar mereka yang terlibat menguruskan bangkai pesawat, serta mayat penumpang diberi laluan mudah agar segalanya berjalan lancar.

SAJ kongsikan sedikit gambar-gambar di sini :

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Wednesday, July 16, 2014

SHOOT ON SIGHT ATAU TRIGGER HAPPY ? PENIN KEPALA NAJIB.


pepagi kecoh insiden #CDM25. Adoi la, walau apa sekalipun, perlu hormat orang. sekalipun marah, sekalipun geram, sakit hati,atau naik hantu, biarlah hantu casper je (hantu baik le sikit kot), jangan la nik hantu jembalang, buruk benor weh ! kita perlu tegas untuk katakan dia salah, dan tuntut bayaran, tapi tak perlu tengking, pukul kereta orang mcm samseng. tak perlu. dia tak lari ke mana pun. sekalipun dia lari, amik no plat kereta, settle kat polis. kita ada undang-undang.



Cakap tentang undang-undang, terpalit lagi isu Sabah tentang Shoot on Sight. KDN kata, ok, boleh tembak. PM kata, jelas kan SOP dulu, begitu juga menteri yang bertanggungjawab, DS Hisham.

Rata-rata tak bersetuju dengan PM dan DS Hisham, katanya, nak tunggu sampai bila ? Ye, SAJ faham apa yang kita biasa fikirkan. Kita nak benda settel segera. Kita nak gertak dan beri ketakutan kepada penceroboh.



TETAPI, andai tembakan itu mengenai orang awam yang tak bersalah, siapa nak jawab? Rasanya, terpalit juga kat DS Hisham kan? Makanya, kerana itu, PM kata, jelaskan dulu SOP yang hendak dijalankan yang lebih tegas dan keras. Then, baru boleh laksana. Biar perkara ini, ada hitam putih, sebab, jika berlaku apa-apa, ianya telah didokumentasikan.

Pihak pro kerajaan, memang la akan cuba untuk terima jika tersalah tembak civilian, tetapi,puak sebelah sinun tu, mau tak jadi isu ??? gegak gempita dorang akan canang dalam laman media. Banyk kes, yang PDRM terpaksa lepaskan tembakan kerana didapati "suspek" dicurigai, tup-tup, puak sinun nak membela. Kalau korang ingat la, kes tembak mati 5 samseng kat Penang, yang Rayer nak jadi peguambela tu. Tengok, itu pun dah jadi kes politik tak pasal-pasal.

So korang, let ATM presents their SOP dulu dengan tepat dan jelas. Kita percaya, apabila ianya telah di SOP kan, kita boleh bertindak. DS Hisham tidak mahu kekeruhan berlaku dengan lebih teruk jika berlaku tembak-menembak yang tidak terkawal di Sabah.

Jika anggota keselamatan kita tembak, puak yang dipercayai puak Nur Misuari tu, akan buat serangan balas, dan benda akan jadi lebih berlanjutan, maka, di samping adanya SOP, mereka akan memikirkan strategi keselamatan yang lebih cekap jika berlaku serangan balas.

Pihak kita kena berfikir lebih jauh untuk elak kecaman puak sinun yang menanti kesilapan demi kesilapan yang dilakukan. Apa yang DS Hisham buat tu, adalah kerana berfikir jauh agar kesilapan besar tidak berlaku yang lbih menimbulkan huru-hara. Cuma SAJ harap, cepatlah DS Hisham uruskan keselamatan Sabah ni apabila pulang daripada Lubnan.


Friday, July 11, 2014

DULU LEMBIK. SEKARANG ???


Salam semua.. salam 1 Malaysia,

Diam tak diam, dah 13 hari berpuasa, Alhamdulillah.
Msih berbaki 17 hari untuk kita semua merebut peluang yang hanya datang stahun sekali sahaja.
Kalau sukar nak buat amal yang susah (susah ke?), buatlah mana yang mampu, walaupun hanya menderma RM1 sahja, sudah memadai. easy kan ?

Dalam kita berpuasa, jgn lupa Palestine yang diserang bertubi puak Zionis.
Doakan untuk mereka. sesungguhnya, mereka kuat menghadapi ancaman itu, kalau d Malaysia, belum tentu lagi kan. Agak2, ada yg da ready jika terjadi 13 Mei, royan DAP ?

Bnayak peristiwa berlaku baik di Malaysia, mahupun dunia.
Walaupun isu-isu baru terpampang didada akhbar, namun, masih ada di antara kita tertanya tentang misteri mh370.

Aha, kan ??? masih belum berakhir. Kita mengharap agar, aset yang dihantar ke sana, dengan peralatan yang canggih dan sofistikated, dapat merungkai kebuntuan misteri ini. Ds Hisham yang turut membantu DS Tiong Lai untuk meneruskan misi mencari, masih kuat dan kental menyusun strategi bersama pakar-pakar penyiasat.


ramai yang meneka, DS Hisham bakal meneruskan kesinambungan legasi UMNO dan BN apabila melihat reputasi beliau yang semakin baik setelah kendaliannya tentang mh370. Beliau kini dilihat agresif melakukan tugasmya sebagai Menteri Pertahanan. Dapat dilihat apabila beliau mengemukakan peruntukkan untuk mendapatkan sistem radar yang baru bagi menggantikan radar yang telah berusia 15 tahun. Beliau juga giat dengan isu ESSCOM bagi memastikan keselamatan negeri Sabah. Terkini, isu militan, dan beliau akan memastikan, mereka yang terlibat akan dikenakan hukuman undang-undang. Beliau tidak akan memilih bulu dlam isu militan ini.

Segala perkara ini, dipandang serius oleh beliau untuk memastikan pertahanan negara, keselamatan negara dalam keadaan baik. Ds Hisham kini dilihat matang berdepan isu, berdepan tanggunggjawab, dan dalam masa yang sama, beliau mesra dengan orang ramai. Beliau disenangi pelbagai golongan.


SAJ berpendapat, tidaklah menjadi masalah andai beliau mula dinaikkan. Beliau kini dalam proses untuk lebih. matang dlm politik. Beliau mempunyai semangat Melayu yang tinggi, yang digeruni puak-puak pembangkang. Ingat, apabila semangat juang, semangat melayu utuh dalam diri seseorang, faktor ini menjadi kelebihan yang dperlukan. Kita perlukan orang yang lantang, orang yang kuat semangat dan tinggi nilai melayunya.

Jadi, tak perlu kita bersengketa. Siapapun, kita sokong.

Wednesday, July 2, 2014

BALA LAGI UNTUK HISHAMMUDDIN ?


Salam Ramadhan, salam 1 malaysia,

Bayangkan, kekecohan apa lagi akan berlaku jika LGBT Rally di halalkan di Malaysia.
Alangkan kes diplomatik pun kita dah gelebah (pencerobohan dan serangan seksual "straight"), inikan pula,jika ada kes LGBT berlaku dalam dan luar negara. kecohhhh beb !


Ni, diplomat ape kejadahnya melakukan jenayah ??? kalau rasa nak buat jenayah, resign dulu jawatan diplomatik tu ! Tak perlu nak menyusahkan orang.Pulak tu, menyusahkan negara ! ko tau tak, negara Penjenayah oiii !

kalau kaya sekali manapun ko tu, duit ko tak mampu nak bayar balik malu negara Malaysia menghantar diplomatik yang kunun dipercayai ini !

hampeh ko ni !
wahai diplomatik atau sesiapa sekalipun, andai nak buat jenayah tu, pause sekejap otak dan nafsu tu untuk fikirkan keluarga, kalau tak keluarga, diri sendiri ! kalau tak diri sendiri, fikirkan AGAMA ! berasap otak aku ni kerana diplomatik penjenayah ni !

ye, bulan puasa, kene banyak sabar. Kerana sabar lah, aku percaya kepada Kementerian Pertahanan dan Mindef untuk telus menyiasat isu ini.


as what DS Hisham says, beliau takkan melepaskan suspek dengan mudah jika didapati bersalah. Law tetap law ! Diplomat ke, ape ke, perlu di adili dengan jujur ! sekalipun keluarga dia menderita kerana isu jenayah nya, and NO WAY untuk dia dilepaskan dan DIKEBALKAN !

well DS Hisham, again, ujian untuk anda berdepan isu international. Rakyat memandang anda, menganalisa, memerhati dan ada yang boleh buat spekulasi. Maka, harapan agar isu ini ditangani dengan baik., sepertimana anda kendalikan isu MH370 yang telah merubah persepsi rakyat sebelum ini terhadap anda.

SAJ yakin, anda matang hadapi isu ini. Yang lepas jadikan sempadan dan pengajaran untuk anda terus cemerlang berbakti dan membuktikan kewibaan anda.


Ulasan selepas lepas geram :

Sebelum ini, SAJ ada posting tentang DS Hisham yang sering dilanda pelbagai isu pada mana-mana kementerian yang disandangnya.

Namun, harus di ingat, rezeki tu bukan saja datang dari sudut kegembiraan, tetapi dari sudut ujian yang Allah berikan.


Ujian yang datang, tanda Allah sayang. Ianya untuk mematangkan, mendewasakan dan agar kita kembali merujuk kepadaNya.



Sesungguhnya, ujian, dugaan dan cabaran atau org suka sebut "bala" ini, diberikan kepada orang yang mampu untuk hadapinya. Allah S.W.T. tidak akan membebankan seseorang itu melebihi kemampuannya.


Maka, jadikan ujian ini, satu keindahan untuk Ds Hisham menonjolkan diri dan membuktikan kredibilit dan kebolehan anda sebagai seorang pemimpin.

p/s : NO LGBT. NO SEXUAL HARRASSMENT !