Dah la surat khabar Suara Keadilan ni dijual secara haram, tambah pulak, apa yang dicanangkan dalam surat khabar pun haram jugak.... Sebabnya, membuat laporan berbaur fitnah !!!! MAKIN SAHIH JIDDAN LAH UNTUK SAJ SIMPULKAN, PIHAK PEMBANGKANG MEMANG JADIKAN FITNAH DAN HASUTAN SEBAGAI MAKANAN RUJI MEREKA.
Ish Ish Ish... tak takut ker ??? Makanan ruji fitnah dan hasutan ni memang lazat di makan di dunia, tapi di akhirat nanti, menggelegak tekak tu nanti.
BERSIH MUKA USTAZ HARON DIN YANG BERSEDERHANA BERPOLITIK DAN MELEBIHKAN ISLAM SEBENAR DARIPADA BOB LOKMAN YANG SUDAH NAIK PANGKAT JADI USTAZ |
Suara Keadilan menyatakan, Ustaz Haron Din MENGHARAMKAN UTUSAN MALAYSIA !!! Satu statement yang sangat hebat !!! Siap kata hukumnya haram lagi tu !!!! Dah macam hukum aper la pulak. Haih.... tahulah Anwar tu drama king, Suara Keadilan pun, ada skrip drama pulak !!!
Walau bagaimanapun, Ustaz Haron Din menafikan berkata demikian. Beliau hanya mengulas isu yang mungkin pada pandangan Ustaz Haron Din, lari daripada landasan Islam. Itu sahaja.
Hmmm.... kalau Utusan Malaysia ramai pembangkang jijik nak baca, SAJ FIKIR, SUARA KEADILLAN KE, HARAKAH KE, LAGI TERUK UNTUK DIBACA. LAGI TERANG-TERANGAN INTIPATINYA ADALAH BERBAUR HASUTAN DAN FITNAH ZALIM !!!!
LEBIH BAIK LA UTUSAN MALAYSIA KERANA MEMAPARKAN INTIPATI NEGARA DENGAN LEBIH TELUS DAN TEPAT BERBANDING HARAKAH HAHAHAHA DAN SUARA KEADILAN YANG JAUH MENYIMPANG !!!
Haron Din nafi keluar kenyataan baca Utusan haram
27/04/2011 1:56pm
KUALA LUMPUR 27 April – Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din menafikan ada mengeluarkan kenyataan bahawa membaca Utusan Malaysia sebagai haram dari segi Islam seperti mana yang dilaporkan oleh akbar Suara Keadilan.
Menurutnya, beliau langsung tidak menyentuh bahawa membaca Utusan Malaysia haram sebaliknya mengulas apabila ditanya mengenai berita-berita yang tersebar di negara ini.
"Saya diminta mengulas mengenai berita-berita yang kini tersebar di media massa dan elektronik. Sepanjang ulasan, saya langsung tidak sebut secara khusus seperti dilaporkanSuara Keadilan membaca Utusan Malaysia adalah haram.
"Itu bukan perkataan saya, kita perlu adil kepada semua, saya sendiri baca Utusan, tak kan saya baca saya kata haram. Sebaliknya saya ulas soalan yang ditanya berasaskan kepada al-Quran," katanya di sini hari ini. - Utusan
dah masuk politik kem pembangkang
ReplyDeletebegitulah kesempatan yang digunakan untuk
menarik perhatian masyarakat islam supaya menyokong mereka memboikot utusan. apabila Dato Harun Din dah kata membaca utusan haram rakyat akan terpengaruh. inilah perjuangan pakatan yang tidak bersih, memberi berita yang palsu untuk kepentingan politik mereka. Sebaiknya Dato Haron Din jangan terlibat dalam dunia politik supaya nama baik dan maruah tidak tercemar digunakan oleh orang-orang yang mengambil kesempatan diatas nama beliau.
Sedangkan apa yang diperjuangankan oleh utusan
adalah untuk kepentingan melayu sendiri yang tergugat kekuasaan politiknya. Apabila ada melayu yang bersengkokol dengan parti yang memang dah anti melayu.
Suara keadilan ker atau suara keldaian ?
ReplyDeletePatutlah akhbar picisan yang haprak ! info nya jijik ntk dibaca. menconteng arang ke muka sendiri. Padan muka. Rakyat akan tertarik kepada Utusan semula kerana ternyata Suara Keldaian akhbar sia2 yang tidak menjana minda.