SAHABAT SETIA SAJ

Tuesday, July 22, 2014

KESIANNYER .... APA NAK JADI NI ?


Salam Ramadhan,

Salam Pray4Gaza, Pray4MH370, Pray4MH17,


Bulan ramadhan, bulan yang berkat, bulan yang dilimpahi rahmat bagi mereka yang merebutnya, dan bulan dugaan dan cabaran kepada umat, yakni, menahan nafsu makan, minum, tutur kata dan sebagainya. Juga, cabaran untuk negara-negara Islam dunia dengan pelbagai bentuk ujian yang diberikan. Segalanya kehendakNya untuk menguji kita.




Gaza dengan bedilan bertubi bola api tanpa sepi.
Syria dengan kekejaman pergaduhan dua puak,
Mesir, dengan keangkuhan menyekat misi bantuan Gaza,
dan MALAYSIA, dengan nahas MH17 yang ditembak puak pemisah Ukraine.
Allahu Rabbi... dugaan sungguh kepada kita.

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Itu tugasan berat yang perlu digalas PM DS Najib mengenai nahas MH17. Kita kehilangan pakar saintis, pensyarah, bakal pemimpin, anak, bapa, ibu, adik, abang, kakak, keluarga. Kehilangan sumber rezeki keluarga, kehilangan gelak tawa manja adik, kehilangan rindu yang tak terubat, kehilangan rakan yang penyabar, kehilangan kenangan manis yang ditinggalalkan hanya beberapa jam sebelum mereka hilang terus dari dunia ini.

Di awal skuad kecemasan di hantar ke Kiev, kita juga hadapi sedikit kesukaran, namun, atas tindakan bijak rundingan dengan negara tersebut, sedikit demi sedikit berjaya diharungi. Berkat doa sekalian rakyat Malaysia juga.

Tahniah kepada DS Najib yang menggesa PBB untuk mengutuk serangan ke atas MH17 dan mengambil tindakan sewajarnya kepada yang bersalah. Turut membantu memikul tugasan ini, DS Hishammuddin, yang dahulu pernah mengendalikan tragedi MH370 dengan jayanya. Beliau sebagai Menteri Pertahanan memainkan peranan penting mewujudkan rundingan dengan negara rusia/ukraine untuk membolehkan misi bantuan Malaysia diberi jalan mudah dan dilindungi daripada serangan pengganas di negara yang sedang bergolak itu.

Pengalaman yang ada pada DS Hisham dipelajari oleh menteri pengangkutan yang baru, DS Tiong Lai. Di awal nahas MH17 ini diberitakan, DS Hisham adalah yang terawal bersama PM mengharungi tragedi yang menyayat hati. Mereka bersengkang mata memikirkan pelan tindakan yang perlu dilakukan.

Tepat sekali tindakan DS Hisham untuk turut serta di belakang DS Najib. ini kerana, berdasarkan reputasi DS Hisham, beliau sangat teliti untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada umum. Maklumat tersebut disampaikan jika benar-benar telah disahkan oleh pakar. Andai orang yang mudah melatah, senang saja maklumat yang tidak tepat dinyatakan, tetapi tidak bagi DS Hisham. Pengalaman memang banyak mengajar beliau untuk mengawal apa yang perlu disampaikan kepada umum dan memastikan perkara itu sahih sumbernya. Sikap ini penting dan bagus kerana, jika maklumat disampaikan belum dipastikan kebenarannya, ianya akan menganggu proses tindakan yang dilakukan.

Sekalipun DS Hisham sibuk menguruskan perkara lain sebagai menteri pertahanan, beliau tidak lupa untuk memikirkan perihal MH17 yang mungkin dirasakan cukup dekat dengannya,memandangkan, nenek (jika tak silap) merupakan salah seorang mangsa nahas tembakan pesawat Malaysia Airlines.

Kini, kotak hitam dipulangkan semula kepada Malaysia oleh ketua puak pemisah. Kita doakan agar mereka yang terlibat menguruskan bangkai pesawat, serta mayat penumpang diberi laluan mudah agar segalanya berjalan lancar.

SAJ kongsikan sedikit gambar-gambar di sini :

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


10 comments:

  1. TABEKKK NAJIB ! RASPEKLAH !

    ReplyDelete
  2. Siapapun tak boleh pertikai kesetiaan Ds Hishamuddin

    ReplyDelete
  3. Kagum gua. Sudah cuci tangan lagi tlg. Ini first class punya leadershiplah. Steadylah Hisham

    ReplyDelete
  4. Lepas satu, satu ujian melanda. Semoga pemimpin kita kuat.

    ReplyDelete
  5. Banyak pengajaran. Kita tidak sempurna, banyak yang kena diperbaiki

    ReplyDelete
  6. Ujian Ramadhan. Semakin kita diuji, insyaallah makin kuat kita. Syaratnya taat perintah Allah.

    ReplyDelete
  7. Hikmah di sebalik musibah, ALLAH tampilkan untuk kita pemimpin berwibawa, ikhlas dan komited terhadap tanggungjawab

    ReplyDelete
  8. Sentiasa bersangka baik dengan Allah.

    ReplyDelete
  9. Sesungguhnya tiada satu perkara yang berlaku di atas muka bumi ini berlaku secara sia sia. Sebaliknya semua itu adalah pembelajaran untuk yang mahu berfikir

    ReplyDelete