SAHABAT SETIA SAJ

Tuesday, January 11, 2011

NIK AZIZ DI SEMBAH GUAN ENG DAN ANWAR !!!

Salam 1 Malaysia, 


KASIHAN NIK AZIZ, DITELAN MATI MAK, DILUAH MATI BAPAK


Entah siapa yang takut pada siapa. Entah siapa yang lemah pada yang kuat . Inilah hakikat yang dapat digambarkan kepada Pakatan Rakyat. Peristiwa Nik Aziz berjumpa dengan DS Najib semasa Majlis Santapan Malam bersama Agong mendapat reaksi menakutkan Pemimpin PR terutama sekali, BARUA DAP iaitu Anwar Ibrahim.


Haiii, kata kuat sangat PR ni. Kata UMNO hilang taring. Kata Rakyat memilih PR ??? Jadi, kenapa mahu gusar dan dup dap dup dap jantung tu... Kalau dah teror dan kuat dalam PR, tak usah takut la PR woiiii... Nampak sangat, baru cuit sikit, dah gelabah. Hanya perjumpaan rasmi atas undangan, itu pun PR dan tak senang duduk.


Aku sebagai rakyat pun boleh menilai, mana satu parti yang kuat, mana satu parti yang lemah. PR adalah parti KUAT TEMBERANG, sebab tu LEMAH apabila Nik Aziz yang mempunyai pengaruh besar itu berjumpa DS Najib. SEDANGKAN, BN adalah parti yang KUAT DAN STABIL. walau ditimpa pelbagai tuduhan, hasutan, tetapi jentera DS Najib TENANG kerana perkara yang dilontarkan pembangkang adalah tuduhan semata-mata. Dan hanya lah propa PR saja. 


Nak jadikan story, Nik Aziz dipanggil untuk adakan perjumpaan menerangkan mengapa perjumpaan dengan DS Najib pada majlis santapan malam Agong itu diadakan. Hehehehe... kelakar la PR ni. Semuanya kecut perut.


KERJA WA MANYAK MUDAH MAAA....
ITU "KUDA" WA SUDAH POLISH KASI CANTEKKK PUNYA.


Ini semua adalah ketakutan DAP yang disuarakan melalui Anwar. DAP takut, pengaruh NIK AZIZ untuk menarik undi Melayu Islam akan lari daripada memangkah PR sekiranya PAS dan UMNO bersatu. Yang menjadi dalang utama ketakutan ini sudah sahih adalah DAP. 


Ini kerana, tugas Nik Aziz dalam DAP adalah untuk menarik undi melayu ISLAM !!! Apabila Nik Aziz tiada, pada siapa DAP ingin bersandar ??? DAP adalah mastermindnya. DAP memantau barua-baruanya untuk menjalankan tugas mereka mendapatkan undi. 


Tugas Anwar adalah untuk membahas sesuatu isu kerana DAP tahu, Anwar berkemampuan untuk memberi ucapan. Ucapan Anwar memang digemari dan suka didengari. Maka, DAP menjadikan Anwar sebagai SPEAKER kepada kehendak DAP. Maka dapat dilihat, tugas Nik Aziz dan Anwar penting. Hilang satu,  maka, akan patahlah rancangan DAP !!!


Selain itu, perjumpaan Nik Aziz yang buat PR bikin kacau jiwanya, menunjukkan, BN dan DS Najib adalah kuasa besar yang digeruni ramai. Kalau lah PR rasa DS Najib itu tidak ada crowd, sudah tentu PR tidak hiraukan perjumpaan itu, akan tetapi, kerana mereka sendiri mengakui kredibiliti DS Najib yang semakin diterima rakyat ini, PR mula gentar !!!


AURA DS NAJIB MAKIN MENYINAR


Cayalah DS Najib !!!! Hanya pertemuan makan malam, PR sudah takut. Nanti ada pertemuan minum teh pun, PR gentar kerana DS Najib telah mempamerkan AURA yang digeruni PR !!!!


Jelas sudah, BN adalah satu parti yang kuat dan stabil kerana pengaruh DS Najib telah menakutkan PR. 


Ini sebahagian dalam keratan akhbar sinar harian hari ini -  11.1.11 :
Nik Abdul Aziz diminta memberi maklumat berikutan rasa ingin tahu dalam kalangan pemimpin PR yang disuarakan Khamis lalu. Ramai dipercayai mahukan penjelasan rasmi daripada Pas kerana berasa Pas harus berbincang dahulu dengan parti komponen - PKR dan DAP - sebelum bersetuju menghadiri pertemuan tersebut.

... Antara yang ditimbulkan secara ringkas dalam pertemuan itu adalah berhubung dengan isu kalimah Allah yang pernah menjadi hangat awal tahun lalu serta isu cadangan kerajaan perpaduan antara UMNO dan Pas, yang menemui jalan buntu kerana kedua-dua UMNO dan Pas belum menemui ‘titik persamaan’.

-----------

Apakah kuasa parti melebihi kuasa Agong ??? Ternyata, DAP yang menjadi dalangnya, ingin mengajar NIk Aziz supaya tidak menghormati Agong, kerana menyuarakan perlu berbincang dahulu sebelum adakan pertemuan. Apakah kuasa PR ini lebih besar daripada Agong ??? Nak tunjuk belagak ker???

Ternyata, ketakutan PR memuncak apabila ada desas desus mengenai parti perpaduan. Hehehe.... DAP dan PKR, perpaduan kerana agama Allah, lu orang tak ada kuasa k. Ini kerana agama, bukan kerana politik saja , ok. Ternyata, PR takut dengan bayang-bayang sendiri. !!!

PSSTTT : BERSATU ATAS TALI ALLAH, SELAMAT DUNIA AKHIRAT. PAS, JGN ANGKUH DAN SOMBONG TAU...

No comments:

Post a Comment