SAHABAT SETIA SAJ

Thursday, February 10, 2011

RAHSIA DAP. PAS/PKR TAK TAHU

Salam 1 Malaysia, 
PAS DIPERKUDAKAN UNTUK DAP.

PENING KEPALA APABILA HAJAT MENJADI HAK DAP.


Saya mendapat info ini dari sahabat seperjuangan. Ada rasional apa yg dikatakan ini. Saya kongsikan bersama agar kita membuka fikiran memandang jauh masa depan demi agama dan bangsa. ketepikan fahaman politik seketika dan cuba berfikir sedalamnya. Buang seketika rasa marah, dendam dan sakit hati, kerana itu akan mendekatkan kita kepada SYAITAN. Baiklah kita beristighfar dan memahami maksud tersembunyi DAP ini.


rahsia DAP yang mesti kita tahu

1. DAP tahu bahawa Anwar bakal disabitkan bersalah dalam kes terbarunya.

2. Namun DAP turut menyedari bahawa Anwar juga berpotensi menjadi Perdana Menteri.

3. Maka apakah cara yang boleh dilakukan bagi mengawal manusia bernama Bro Anwar Bin Ibrahim, seandainya takdir Allah untuk memberi pengajaran kepada umat Melayu di Malaysia ialah dengan mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia?

4. Strategi yang diguna pakai DAP mudah saja iaitu 'meletakkan' Karpal Singh sebagai Ketua Barisan Pembelaan dalam kes liwat Bro Anwar Bin Ibrahim.

5. Dengan berbuat demikian, maka DAP akan memperolehi segala maklumat berkaitan perangai luar tabii Anwar selama ini.

6. Harus diingat bahawa DAP adalah sekutu PAP yang memerintah Singapura, dan kerajaan Singapura sudah mengetahui akan tabiat Anwar ini sejak 1988, dan surat LKY kepada TDM pada 1998, yakni selepas pemecatan Anwar, adalah bukti bahawa Singapura sememangnya berniat menggunakan maklumat yang mereka ada bagi menekan Anwar seandainya beliau naik sebagai PM Malaysia ketika itu.

7. Cuba kita bayangkan senario berikut:-

- Karpal Singh bersungguh menangguhkan kes Anwar, sekurang-kurangnya sehingga PRU-13 kerana yakin Anwar akan dilantik sebagai Perdana Menteri.

- Tetapi sebelum sempat Anwar mengangkat sumpah sebagai PM, dia tiba-tiba disabitkan bersalah oleh Mahkamah, maka sudah tentu dia akan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan sekaligus tidak lagi layak dilantik sebagai Perdana Menteri.

- Justeru next in line ketika itu sudah tentulah DAP kerana berdasarkan situasi semasa, DAP memiliki lebih kerusi parlimen berbanding PKR/PAS, dan tidak mustahil DAP akan mendapat lebih kerusi lagi berbanding rakan sekomplot pakatan di PRU-13.

- Dan tidak menjadi masalah untuk DAP memperolehi mandat daripada rakan se'pendatang'nya iaitu MCA, Gerakan etc. bagi menyokong usul perlantikan Perdana Menteri daripada kalangan mereka. Tambahan pula, Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan sesiapa saja boleh dilantik sebagai Perdana Menteri selagi mereka mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat. Maka, tidak mustahil dikalangan ahli DAP boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia.

8. Cuma mungkin yang merisaukan DAP adalah tindakan yang bakal diambil oleh PAS andai senario di atas benar-benar terjadi. Tetapi DAP masih boleh bernafas lega selagi Pok Nik dan geng erdogan dalam PAS sentiasa menyokong mereka secara membabi buta.

9. Sama ada akan wujud kerajaan Perpaduan antara UMNO & PAS ketika itu, ia masih dalam kesamaran.

10. Yang kami tahu, akhir-akhir ini berlaku beberapa siri pertemuan sulit antara pihak tertinggi kepimpinan UMNO & PAS yang tidak dihebahkan kepada umum.

11. Apa yang bakal berlaku di PRU-13 adalah sesuatu yang menarik untuk dianalisa.

12. Kempen PAS hari ini adalah "Pas For All", but at the end, "DAP will take it all".





p/s : saya republished post ini semula setelah kene banned dalam seminggu lepas sebaik jer saya post tentang ini. 

 

Tuesday, February 1, 2011

GUAN ENG LUDAH MELAYU PENANG !!! PAS SETUJU !!!

Salam 1 Malaysia, 


Tengah makan mee jawa , sambil tu tgk la berita TV 1. Nak tengok perkembangan pelajar mesir kita. So far ini, pelajar mesir dikhabarkan selamat dan dalam keadaan terkawal. Alhamdulillah, semoga bertambah baik nanti.


KITA HALAU MELAYU DARI PENANG.
KEMUDIAN, APABILA SUDAH MENANG,
KITA HALAU PAS DAN PKR!!!


Tapi yang PALING SEDAP bila tetiba, dengar la sorang makcik ni membebel depan kamera. Mana tak nya, membebel sebab rumah mereka dirobohkan dan pihak berkuasa mengangkut kesemua barang-barang kelaur rumah. Makcik ni punya la hangin. Dia kata " MANA ADA TANAH MELAYU KAT PENANG NI. RUMAH SEMUA MAHAL-MAHAL, MANA KAMI MAMPU. PIKIAQ LA CKIT, MANA KAMI NAK LETAK BARANG-BARANG KAMI. MANA LAWYER, MANA KONTRAKTOR, MAI DTG JUMPA BINCANG..... " inilah perkara utama yang dinyatakan.


Merintih makcik ni kerana dia tidak berumah sekarang ini. Apa sudah jadi kepada kerajaan negeri Penang ?? Asal ada melayu jer, mesti akan ada kes-kes meroboh dan merampas tanah. Mana PAS !!!!! Mana PKR !!!! Mana perikemanusiaan PARTI PR ini terhadap bangsa Melayu yang teraniaya ???? Mana Nik Aziz ??? Guan Eng membuat melayu di Penang merempat !!!! 


Inikah kerajaan yang kita inginkan ?? Inikah yang hendak diganti sebagai kerajaan Malaysia ???? Pr tak layak  memrintah Malaysia, kerana di Penang sahaja, DAP tidak membela bangsa Melayu !!!! PAS juga tindas Melayu. PKR ???? Lagilah hancur !!!


Inilah Guan Eng yang diminum air kakinya oleh PAS !!! Bangsa melayu merempat, PAS hanya melihat sahaja.  Melayu selalu dihalau di Penang !!!! Guan Eng mahukan sejarah berulang agar DS Najib melepaskan Penang daripada Malaysia kerana melihat Penang ini duri dalam daging. Penang berdikit-dikit menghalau melayu keluar daripada penang !!!!


PAS buta !!!! PKR buta !!!! Mana jasa kamu semua kepada rakyat !!!! Hanya ceramah sahaja !!!! Rakyat pula terbiar !!! 


PRU akan datang , MELAYU AKAN BANGKIT MENENTANG DAP DAN SEANGKATANNYA.

NIK AZIZ SUDAH KAFIR !!!

Salam 1 Malaysia, 


NIK AZIZ UCAP TAHNIAH KPD KUAN YEW KERANA
 HASRAT MEMURTADKAN ISLAM DI SINGAPURA.
NIK AZIZ ALU-ALUKAN HASRAT ITU DI MALAYSIA PULA.


Fikirkan sejenak, betapa beruntungkan kita, sebagai umat Islam di Malaysia ini yang bebas melakukan amal ibadat tanpa adanya sekatan. Melakukan perkara yang berlandaskan Quran tanpa bantahan. Itulah keunikan Islam di Malaysia.


Akan tetapi, KASIHAN ISLAM DI SINGAPURA. Mereka tidak menikmati suasana Islam seperti di Malaysia. Azan sentiasa berkumandang di Malaysia, tapi sunyi sepi di Singapura. Kalu untung, dapatlah dengar azan dari tebing Johor Bahru. Ke mana kita pergi di Malaysia, akan kelihatan betapa INDAH dan CANTIK RUMAH ALLAH yang dibina iaitu masjid, tetapi di Singapura, setakat mana sahaja yang dapat dilihat. Inilah indahnya merasai Islam di Malaysia.


Kenyataan Kuan Yew yang ingin menyekat pegangan umat Islam di Singapura sangat prejudis dan diskriminasi. Kuan Yew telah melanggar hak asasi manusia untuk menjalankan kewajipan dengan tenang. Manakah suara umat Islam di Singapura ??? tidak kedengaran kerana mereka adalah MINORITI disana. Nak tak nak, mereka terpaksa akur kehendak KAFIR HARBI KUAN YEW !!!


Kelancangan Kuan Yew mendapat kritikan Tun Mahathir menerusi blognya. KLIK SINI : NIK AZIZ DAN KUAN YEW


NIK AZIZ TERKENAL KERANA
KEMUSNAHAN UMMAH DAN ISLAM.
Namun, presiden Kuda Tunggangan DAP iaitu, Nik Aziz Nik Mat berkata, isu Kuan Yew yang menghadkan pegangan umat islam di Singapura itu, tidak seburuk dan seteruk di Malaysia !!!! MASHA ALLAH !!!! Bawa mengucap la Nik Aziz ooooiiiii..... Apa yang teruk nya di Malaysia ini ??? Kerajaan tidak menghadkan  pegangan umat islam !!!!! Nik Aziz nyanyuk tahap gaban dah ni.... 


Apakah Nik Aziz tidak sensitif isu islam ini, sedangkan Nik aziz la beriya-iya perjuangkan Islam !!!! kemana hilang perjuangan itu Nik Aziz oooooiiiii..... Ini semua kerana, Kuan Yew itu bapak komunis kepada DAP, DAP itu pula, sekubur dengan PAS, maka PAS iaitu Nik Aziz senyap dan ibarat setuju dengan rancangan Kuan Yew itu !!!! astaghfirullah..... teruknya Nik aziz ini. 


AMBO SETUJU APA YG ANAK JAWA KATA TU


NIK AZIZ NI DAH KAFIR KER ???? SAMPAIKAN SUDAH TIDAK MAHU MENENTANG KENYATAAN KUAN YEW YANG MENGHADKAN PEGANGAN ISLAM !!!! KUAN YEW MAHU ISLAM MURTAD !!! ITU NIK AZIZ SETUJU ???? SAHIH, NIK AZIZ KAFIR AGAKNYA KERANA BERSUTUJU DENGAN KENYATAAN KAFIR HARBI !!!!


Benarlah kata Tun Mahathir, Nik Aziz ini , "BERJASA" kerana memecahkan kaum melayu. Nik Aziz memecahkan perpaduan kerana, menghalang orang PAS untuk hadir kenduri orang yang sokong UMNO. Menghalang berimamkan imam yang sokong UMNO !!! Menghalang berkahwin dengan orang yang sokong UMNO !!!! Siapa Nik Aziz itu untuk menentukan HUKUM !!!!!!!!! 


Nik Aziz, bertaubatlah . Ini ujian ALLAH atas keimaman yang diperolehi, tapi MUFLIS kerana membuat hukum sendiri !!!! Baca butiran selanjutnya di SINI : KUBUR UMNO, KUBUR PAS.

Monday, January 31, 2011

DARURAT MESIR :KERAJAAN MALAYSIA BERTINDAK !!!

Salam 1 Malaysia, 



DARURAT MESIR

Memandangkan darurat Mesir menjadi semakin buruk, Kerajaan merancang dan berusaha untuk membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir ke Tanahair. Tindak balas ibu bapa yang peka dan risau akan keselamatan anak mereka membuatkan kerajaan bertindak untuk membawa mereka pulang kadar segera.


Oleh yang demikian, mohon kepada semua untuk bersama-sama mendoakan keselamatan rakyat malaysia di sana dan juga berdoalah supaya, segala urusan untuk membawa mereka pulang berjalan dengan lancar tanpa adanya sekatan ataupun kehilangan jiwa.


Pembaca sekalian, ambil iktibar daripada demonstrasi yang teruk ini. Ianya memusnahkan keharmonian dalam negara. Pertumbuhan ekonomi dalam negara juga akan lumpuh. Bayangkan ada komunikasi dalam negara terputus kerana kekecohan yang berlaku ini. Hargailah keamanan yang kita kecapi sekarang ini.


Tidak salah untuk mengutarakan pendapat, tapi biarlah kene caranya. Andai cara demo yang keterlaluan ini yang dipilih, maka punah segala keamanan yang dikecapi dulu. Jangan kerana matlamat, negara kehilangan banyak harta benda, ataupun kehilangan jiwa. 


Insya Allah, bantuan kepada pelajar Malaysia disana akan dibantu. Iringi doa anda agar keamanan terus dinikmati di negara ini. Ameen...


TERBARU : PELAJAR DIARAH BERKUMPUL SEGERA UNTUK MEMUDAHKAN PROSES MEMBAWA PULANG DENGAN SELAMAT.

CKG MALA KORBAN PAS UNTUK DI AQIQAH KEPADA DAP

Salam 1 Malaysia, 


PUNAH HARAPAN !!!!


Kasihan Ckg Mala yang mengalami kemurungan tahap kronik atas kekalahannya. Ckg Mala yang mempunyai reputasi yang baik sebagai seorang guru, kini musnah kerana kebaikkan sebagai guru itu telah dicontengkan kerana politik.


kenyataan ini dipetik dari Harakahdaily :


 Kekalahan PAS pada pilihan raya kecil Dun Tenang tidak seharusnya melemahkan semangat petugas-petugas Pakatan Rakyat kerana ia berlaku sebagaimana yang telah dijangka.
Demikian kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily lewat petang semalam dalam mengulas keputusan muktahir PRK Dun Tenang.

Dan ini sudah cukup membuktikan bahawa, CKG MALA TAK LEBIH DARIPADA BONEKA PAS UNTUK PRK TENANG. Ckg Mala adalah sebagai ujian calon wanita untuk PAS. Kasihan Ckg Mala dikambing hitamkan oleh PAS dan juga DAP. Yang tercalar reputasinya, PAS jugak... Hhahahhaha.... DAP steady jer.... 
Ckg Mala menjadi mangsa KORBAN PAS untuk PAS qiqahkan kepada DAP. Ckg Mala mempertaruhkan maruahnya. PAS memang tidak mengangkat WANITA sebagai insan mulia kerana kekalahan yg sudah dijangkakan itu, memberikan nama buruk kepada wanita PAS. PAS SADIS dan ZALIM kepada WANITA !!!! 
Allah memberi kita akal untuk kita berfikir mengenai sesuatu perkara itu. Allah telah memberikan rezeki dan kedudukan yang sangat baik kepada Normala iaitu sebagai seorang guru yang terlatih  untuk mengajar anak-anak murid yang mahu mengenal dunia. Jasa cikgu ini sangat luas dan satu pekerjaan yang mulia dan terpuji. Akan tetapi, kerana taat kepada parti, Ckg Mala ini sanggup menggadaikan kedudukan dan maruah terpuji sebagai seorang guru kepada CALON PAS YANG CONFIRM A LOSER. Reputasi ckg Mala sebagai seorang guru, hanya tinggal nama tanpa adanya JASA dan BAKTI. kasihannnn....
MANDAT RAKYAT KEPADA TOK AI.
CALON BN UNTUK DUN TENANG
Sekali lagi, tahniah dan syukur atas kemenangan BN di Tenang. Kepada Tok Ai, selamat berbakti kepada rakyat seperti yang di amanahkan. Rakyat percaya reputasi Tok Ai dan harap, Tok Ai tidak mengecewakan rakyat Tenang. Seperti kata Tok Ai  :
"Terima kasih kepada semua yang mengundi saya dan juga kepada jentera BN yang bekerja keras siang dan malam. Insya-Allah saya akan berkhidmat sebaik mungkin sebagai wakil rakyat di DUN Tenang.


"Tugasan pertama saya adalah untuk menyelesaikan masalah banjir," katanya.



Sunday, January 30, 2011

TENANG: RAKYAT TIDAK JAHIL. BN TETAP DIHATI.



Salam 1 Malaysia, 


Syukur Alhamdulillah, Allah benar-benar membuka pintu hati dan mata rakyat Tenang untuk membuat penilaian terbaik dalam pentadbiran Dun Tenang itu. Walaupun laungan PAS yang berteraskan Islam, namun, ianya tidak mengubah majoriti suara rakyat untuk memilih BN sebagai parti yang mewakili suara rakyat.


PAS hanya melaungkan Islam, namun contoh peribadi yang ditonjolkan itu, tidak menepati apa itu Islam yang sebenar. Kegagalan PAS dalam menegakkan syiar Islam yang sebenar telah memakan diri PAS sendiri dengan fatwa-fatwa yang menyimpang di Tenang seperti undi UMNO itu haram Syarie dan juga Undi BN itu mengundi Jahiliyyah.


BN yang sentiasa mengutamakan agenda rakyat tetap menjadi pilihan rakyat. Kerana rakyat tahu, ISLAM tidak dijual sewenangnya sepertimana yang dilakukan PAS. Pembangunan itu juga dituntut dalam Islam. Islam ini luas. Tetapi, PAS menyimpitkan pemikiran Islamnya. NAMUN, PAS TETAP TEWAS DALAM PERTARUNGAN KALI INI. 


Apapun, syabas dan tahniah kepada Calon Tenang Tok Ai, serta jentera BN yang bergerak untuk memastikan, keamanan dan keharmonian rakyat tetap dijaga dan dipelihara. 


BN tetap mendahulukan rakyat dan ini terbukti dengan kemenangan yang dikecapi BN untuk pembukaan 2011.
InsyaAllah, 2011 adalah tahun tuah kepada BN.








KEPUTUSAN : BN MENANG.


BN                : 6699
PAS              : 2992 UNDI
MAJORITI     : 3707
UNDI TOLAK :142
PERATUSAN  : 67%

TENANG : BN BANTU MANGSA BANJIR. PAS MASIH BERKEMPEN !!!

Salam 1 Malaysia, 








JENTERA BN MENINJAU BANTUAN YANG PERLU
 DISALURKAN KEPADA MANGSA BANJIR

Biarpun proses mengundi berjalan, namun, kerana tanggungjawab dan mendahulukan rakyat, jentera BN termasuk menterinya meninjau lokasi banjir dan membantu mangsa banjir untuk dipindahkan.




KRONI PAS BERHUJAN HANYA MEMANCING UNDI,
TIDAK PEDULIKAN RAKYAT LABIS.


TETAPI, kerana kuasa politik duniawi , PAS terus - terusan memancing undi . PAS tidak mempedulikan hal ehwal rakyat. Adakah pemimpin seperti PAS ini yang dicari ??? OHH TIDAK... PAS hanya memikirkan kuasa mereka sahaja, tanpa memikirkan hal rakyat. PAS tidak tahu bertindak mengikut situasi !!!!


Jentera BN dengan sukarela membantu mangsa banjir di samping membantu mereka yang hadir untuk mengundi. Inilah contoh yang baik yang perlu rakyat ketahui. DAN PAS sendiri menconteng arang di muka. ISLAMIK PAS tidak diteladani menerusi perilaku !!!! 






BN MENDAPAT MANDAT RAKYAT!!!
BN AKAN MENANG DI TENANG !!!