SAHABAT SETIA SAJ

Tuesday, January 25, 2011

NIK AZIZ BUAT ACUAN ISLAM SENDIRI !!!

Salam 1 Malaysia, 


SALAM BERJABAT TANGAN


Isu salam tangan calon Pas mendapat kritikan Chua Soi Lek. Dan dalam hal ini, kita boleh nampak, manakah perjuangan ISLAM yang sebenar !!!


KERANA ISLAM, MELAYU ISLAM BERSATU TANPA PENGARUH POLITIK.
PAS BEGITU KER??? OH TIDAKKKK


Mungkin Soi Lek tidak faham mengenai konsep muhrim dan salam antara berlainan jantina. Maka, kritikan ini mendapat reaksi daripada PERKASA mahupun seorang  Mufti , Dato Harussani. Walaupun yang di kritik itu adalah calon PAS, namun, atas kerana kita ini adalah seAQIDAH dan sesama saudara Islam, maka ada yang menyanggah kritikan Soi Lek dengan menegur agar dia memahaminya.


Dato Harussani inilah yang dipanggil sebagai ulama' kerana, pendapatnya itu tidak menyebelahi mana-mana parti sebaliknya HANYA berlandaskan HUKUM ISLAM. Apabila ianya salah dalam Islam, maka Dato Harussani menegur. Teguran Dato Harussani tidak kerana PARTI sepertimana Nik Aziz yang sering mengeluarkan kenyataan sendiri yang menyokong parti sendiri. Adakah Nik Aziz itu ulama' apabila memenangkan parti daripada hal sebenar dalam Islam ???? Adakah Nik Aziz itu ulama' bilamana dia membenarkan KAFIR menterjemah Al Quran  sedangkan tujuan KAFIR itu terjemah kerana POLITIK !!!! 


Inilah beza ulama dunia dan ulama akhirat. Nik Aziz adalah ulama dunia yang mementingkan politik dunia, berbanding Dato Harussani adalah ulama sebenar yang memberi kenyataan sebenarnya yang terkandung dalam Al Quran dan Hadith dengan lebih jelas, dan bukannya separuh ambil, separuh tinggal kerana menjaga nama baik parti politik !!!


PERKASA, walaupun dihina dan dituduh sebagai jentera BN, namun, ianya tidak mematikan semangat MELAYU ISLAM dalam negara. Ini terbukti apabila, Ketua Wira PERKASA sendiri bersetuju dengan Dato Harussani dan setuju dengan pendekatan Nik Aziz iaitu mengenalkan islam kepada kafir yang tidak tahu Islam.


Ini dilakukan oleh PERKASA tanpa melihat kepada parti , tetapi memikirkan tentang ISLAM sebenar yang perlu difahami bangsa lain. Inilah perjuangan Islam yang sebenar agar kita tidak mengelirukan mereka mengenai ISLAM. 


Kita semua , MELAYU ISLAM sepakat dalam menjelaskan hukum sebenar tanpa melihat kepada parti yang dipegang. TIDAK seperti NIK AZIZ yang menghalalkan kerana PARTI tanpa memberitahu dengan jelas hukum sesuatu isu yang terjadi. Nik Aziz membawa ISLAM menjadi semakin keliru dan memberikan comtoh yang tidak baik kepada bangsa lain. Nik Aziz tidak mahu berunding mengenai hukum ISLAM sebenar. Nik Aziz hanya memikirkan hukum Islam melalui corak PAS sahaja. INI LAGI MEMBUATKAN BANGSA LAIN KELIRU DENGAN ISLAM !!! 



NIK AZIZ MERENUNG ISLAM PAS CIPTAANNYA.

Kepada Nik Aziz, adakah kerajaan BN itu tidak islamik ??? sedangkan Kerajaan tidak membantah isu salam tangan malah menyokong calon itu untuk bertindak memakai sarung tangan. Kerajaan BN menghormati ISLAM dan tidak mempersoalkan isu itu melainkan Soi Lek yang tidak faham Islam. 


Rakyat seperti aku sudah memahami, manakah perjuangan ISLAM yang sebenar yang dituntut. Bukan berjuang atas dasar parti, tapi berjuang atas dasar ISLAM !!! BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH.  PERPADUAN ITU KEMENANGAN !!!

Monday, January 24, 2011

CKG MALA TAK SOKONG PAS !!! BN AKAN MENANG !!!

Salam 1 Malaysia, 


SENYUM TERKULAT CKG MALA "TERPAKSA" SOKONG PAS




Apabila menyokong sesuatu parti, mesti ada sebabnya sebagai contoh, keluarga jawaku yang dari dulu hingga kini menyokong kerajaan BN kerana, BN mampu menstabilkan ekonomi dan keharmonian.


Dulu, ketika kerajaan BN memegang kesemua negeri kecuali Kelantan, rakyat hidup lebih aman sejahtera. Politik negara ok jer. Tak ada berlaku zoo dalam parlimen seperti yang dilakukan PR. PR memang perosak rakyat. PR memang pendera emosi rakyat !!! Bila PR mengambil beberapa negeri, KEKECOHAN SERING TERCETUS HASIL DARIPADA PAKATAN RAKYAT INI.


Dalam kes Ckg Mala kita ni. Ckg Mala ni, bukannya sokong perjuangan PAS pun , apatah lagi, PAS ni makin merapu. Tapi kerana CKG MALA ini ada menyatakan dalam akhbar Berita Minggu semalam, 23 Jan 2011, " Kami diajar untuk wala' atau taat kepada parti ", jelas menunjukkan, Ckg Mala sekadar taat kepada parti, tapi bukan menyokong penuh perjuangan PARTI. 


Ckg Mala terpaksa menyokong PAS adalah kerana, polisi PAS yang mahu semua ahlinya TAAT KEPADA PARTI, DAN BUKAN KEPADA PERJUANGAN PARTI UNTUK MENEGAKKAN SYIAR ISLAM. Inilah yang dapat disimpulkan daripada kenyataan Ckg Mala ini.


Tambahan pula, PAS memang banyak menyesatkan ahlinya bilamana diajar untuk taat kepada parti walaupun parti itu memusnahkan agama Islam  ??!! Adakah perjuangan Islam sedemikian rupa ??? Ckg Mala terkedu di situ kerana ternyata, Ckg Mala sebenarnya tidak menyokong PAS. Dan ini akan menjadikan BN MENANG DENGAN TENANG DI TENANG !!!


Polisi PAS yang meminta mentaati parti daripada PENCIPTA sangat memalukan. Baru lah diketahui, PAS mengindoktrin ahli-ahlinya untuk taat hingga sanggup mencium dan sujud kaki DAP.


Sedangkan calon BN, Azahar, tidak menyatakan sokongan nya kepada BN adalah kerana BN memaksa untuk taat kepada Parti, sebaliknya, Azahar berpendapat, perjuangan BN adalah untuk kelangsungan anak cucu, bangsa, dan agama mereka.


 Ckg Mala, terima kasih kerana telah membuka AIB PAS yang menyimpang. BN AKAN MENANG DI TENANG kerana perjuangan BN adalah untuk semua, sedangkan perjuangan PAS adalah berlandaskan kepada "terpaksa" kerana polisi mereka.



Sunday, January 23, 2011

NIK AZIZ DERA KELANTAN SELAMA 20TAHUN

Salam 1 Malaysia...


ambo gilo kuaso, maka ambo tolak hudud sekejap
walaupun kerajae BN izin doh.


Inilah apa yang dikata, menuding salah pada orang lain, akhirnya, diri sendiri yang terpampang kesalahannya. Nik Aziz sering menyalahkan kerajaan pusat sekiranya dia sendiri gagal untuk mentadbir kelantan. Nik Aziz ni banyak defense mechanism dia. Maklum lah, dia diangkat oleh orang2 PAS hinggakan sesiapa yang mengata nik aziz ni, akan ditimpa bala besar dalam hidup. Wushhhh...... tak ingat Allah ke orang yang cakap camtu ??? Maka, nik aziz yang merasa dia tinggi ilmu dan kuasa itu, tidak mahu mengaku bersalah atas kesilapannya dan terus menipu rakyat mengenai HUDUD.


sila ke sini untuk BUKTI NIK AZIZ MENOLAK HUDUD :HUDUD TAK DILAKSANAKAN, KERANA KUASA NIK AZIZ


Terbaru, ada penduduk demo secara aman yang menuntut agar jalan yang rosak segera dibaiki. Akan tetapi, sekali lagi mereka kecewa dengan kerajaan negeri kelantan. Inikah contoh islam, sekiranya berjanji tapi tidak ditunaikan ???? Bukankah ciri-ciri orang yang munafik itu adalah , APABILA BERJANJI, TIDAK DITEPATI. Maka benarlah, ada yang sudah munafik di kelantan kerana berjanji tapi tidak ditepati. 


Inilah yang dikatakan penduduk itu :


"Setiap kali aduan dibuat kepada kerajaan negeri, mereka akan datang dan tabur pelbagai janji kemudian terus senyap... apa lagi yang boleh kami buat kerana kami hanya penduduk kampung yang mengharapkan kebajikan kami dibela,” kata Syukri Mokhtar, 50, seorang penduduk Kampung Pantai Sabak. "


Alangkan masalah di jajahan negeri sendiri pun tidak terjaga, inikan pula mahu tawan MALAYSIA. Nik Aziz ni aku rasa dah sombong. Yelah, bila dikatakan negeri yang miskin, tak nak terima, tapi inilah hakikatnya. Baiki jalan pun ditangguh. Sedangkan itu permintaan rakyat. 

Inilah yang dikatakan, NIK AZIZ TELAH MENDERA RAKYAT KELANTAN SELAMA 20 TAHUN DIA MEMERINTAH. Kerana, yang dibantu tak diterima. Hanya tahu berjanji sahaja hinggakan kaum asli di gua musang pun naik menyampah dengan pemerintahan Nik Aziz ni. Nik Aziz ni mengejar untuk hudud, tapi mengabaikan rakyat. Adakah ini boleh dalam islam apabila sebagai ketua negeri, mengabaikan rakyat ???? Sendri pikir laaa....

DS Najib sentiasa mendahulukan rakyat. Tol untuk bas dipotong 50% dan beransur-ansur nanti, tol akan dimansuhkan. DS Najib tahu, pengguna bas memang ramai, dan DS Najib mengharapkan pemotongan tol ini akan dapat menurunkan tiket bas juga. Pengusaha bas perlu bertindak dan rakyat juga perlu bersuara dengan cara yang betul. Harga minyak diesel tak naik pun tau.... 

DS Najib punya peranan yang lagi besar untuk menjaga rakyatnya di Malaysia ini, dan sedikit perkara pun DS Najib akan teliti demi melaksanakan RAKYAT DIDAHULUKAN. 

Nik Aziz, baikilah diri sendiri sebelum meletakkan salah pada orang lain. Jangan menipu rakyat dengan kata-katamu itu. Kelak memakan diri sendiri. wallahualam....


Wednesday, January 19, 2011

ANWAR KUDA TUNGGANGAN DAP YANG PATUH !!!

Salam 1 Malaysia, 


ANWAR DAN KARPAL TERKENA BUKU DENGAN RUAS.


Ini kenyataan yang dipetik daripada Sinar Harian, 19 Jan 2011 :


KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakannya yang juga peguam bela dalam kes liwat beliau, Karpal Singh disifatkan telah membawa amalan politik yang tidak sihat sekaligus merosakkan amalan demokrasi dalam negara ini.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, Anwar menggunakan politik sebegitu untuk melepaskan diri daripada kes liwat beliau dengan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau berkata, Karpal Singh yang juga Pengerusi DAP menggunakan kes liwat Anwar sebagai alat untuk mencari keuntungan politik bagi partinya.

"Ini menjelaskan keadaan bahawa selama ini Parti Keadilan Rakyat (PKR) menjadi 'pak turut' kepada DAP dalam pakatan mereka, selagi Karpal menjadi peguam bela dalam kes liwat Anwar, maka selagi itulah wakil rakyat PKR akan akur pada DAP dan para pemimpinnya," katanya.

Anuar berkata, kes liwat itu adalah strategi DAP untuk mengawal Anwar dan PKR kerana nyawa politik anggota Parlimen Permatang Pauh itu kini berada di dalam tangan Karpal Singh selaku peguam bela utamanya.

"Maka, tidak hairanlah jika Karpal membuat pusingan U dan bersikap lidah bercabang demi menguasai anggota politik dalam PKR, jelas bukan Anwar sahaja menjadi pelacur politik bahkan kebanyakan pemimpin PKR juga seperti itu kerana membiarkan diri mereka diperdagangkan oleh Anwar, DAP dan Karpal," katanya.

----------------

Apa fungsi PAS dalam PR ??? PAS kata nak jalankan undang-undang Islam, tapi dalam kes liwat Anwar yang asyik tertangguh kerana rancangan KAFIR LAKNATULLAH - KARPAL SINGH itu. Mengapa tidak mahu ambil peguam syariah terus ??? Even jenayah sivil ker, peguam syariah kan ada atau peguam ISLAM didikan PAS ???? 

Biar melayu ISLAM bekerja kerana Allah dan takutkan Allah. Orang MELAYU ISLAM tahu hukum. Orang MELAYU ISLAM tahu Allah Maha Melihat. Orang Melayu ISLAM tahu segala perbuatan dicatat. Ini tak, bekerja dengan kafir yang tak takut Allah dan tak takut dosa !!!! Memang lah dia akan bela Anwar yang pernah meliwat itu !!!!

Anwar yang bersemangat untuk jadi PM dijadikan ALAT PALING BERHARGA kepada DAP untuk mendapatkan kerajaan Malaysia ini, DAP bela Anwar kasi baik punya. Jika PR dapat Malaysia dan Anwar jadi PM, kelak DAP akan memasang jerat untuk menumbangkan Anwar. Dan ketika itu, Anwar jadi PM untuk seketika jer. Lepas tu, kecoh akhbar negara "PM MALAYSIA YANG BARU MASUK PENJARA KES LIWAT" !!!! Inilah taktik yang digunakan DAP yang kita semua nampak, PKR dan PAS adalah kuda tunggangan DAP !!!!

Rakyat sudah boleh mencongak hal ini. Rakyat sudah nampak cuma kerana POLITIK dan DENDAM, PAS dan PKR tetap sanggup menjilat ponggong DAP !!!!

Hidup Anak Jawa sentiasa menyokong DS Najib !!!! Najib mentioned JAWA dahulu dikategorikan MELAYU !!! ORANG JAWA suka DS Najib !!! 

DOnt worry DS Najib, PRU akan datang, kita masih lagi bernafas dan masih lagi menabur bakti kepada rakyat !!!!


BUKU JINGGA vs INTERLOK: ANWAR BIKIN RAKYAT MERANA

Salam 1 Malaysia, 


BUKU YANG MENGUNDANG KONTROVERSI.
 INTERLOK SEJARAH YANG TIDAK TERNILAI.
BUKU JINGGA POLITIK PRU PAKATAN.


Hal buku JINGGA yang lebih bersifat politik itu yang ingin didebatkan ??? Fikirkan lah mengenai INTERLOK yang jauh lebih baik isi kandungannya untuk diketahui rakyat.


Apa sangat buku Jingga itu yang mengundang amarah Anwar untuk mengajak DS Najib berdebat ??? Andai mereka merasakan buku Jingga itu hebat, buktikanlah dengan membuat TOUR BUKU JINGGA pula setelah TOUR WIKILEAKS. 


Apa motifnya berdebat isu yang tiada keuntungan menyeluruh kepada rakyat ???? Fokuslah kepada isu INTERLOK yang tiada kaitan langsung dengan politik tetapi sengaja dipolitikkan. INI LEBIH MUSTAHAK. Anwar sengaja memberi penderitaan kepada rakyat dengan lakonannya. Anwar tidak prihatin kepada rakyat dan hanya melebihkan buku jingga semata-mata. Anwar hanya fikir kempen PRU nya untuk mendera emosi rakyat !!!


Anwar dan PR terasa terancam dengan kenyataan DS Najib mengenai 100 hari pakatan yang tidak berpijak di bumi yang nyata. Ini adalah hakikat sebenar yang bukan sahaja dapat dianalisa PM, tetapi rakyat marhaen sendiri. Maka, seperti biasa, ANWAR yang merupakan KUDA TUNGGANGAN DAP disuruh untuk menjalankan misi berdebat.


 Well, Anwar terkenal kerana kepetahannya. INI DAP MANYYYAAAAKKKKK SUKA. Nik Aziz terkenal kerana fatwa "HALAL" dalam PR. INI PUN DAP MAAANNNYYYAAAKKK SUKA.... Jadi, tak hairanlah, dalam tiap perkara, Anwar dan Nik Aziz lebih kedepan untuk merungkai persoalan tetapi DAP hanya duduk di belakang memerhati dan memantau kuda-kudanya membuat kerja. Hehehehe.....


DS Najib akan dipandang lekeh jika melawan dengan Anwar berkenaan isu remeh ini. Berkenaan isu yang melibatkan parti politik jer tetapi bukan kerana rakyat. Tetapi, DS Najib patut dipuji kerana lebih banyak perkara lain untuk rakyat yang perlu dilihat dan didengari daripada hal remeh seperti itu. DS Najib telah menunjukkan keprihatinan beliau apabila ketika beliau ditahan dalam wad, beliau mengarahkan supaya bantuan banjir di Kedah disegerakan. INI LEBIH PENTING daripada isu remeh buku jingga itu.


Isu interlok adalah berkenaan pendidikan sekolah dan ini memang DS Najib dengar kerana ini adalah hal rakyat. Bukannya BUKU JINGGA yang dikarang oleh parti politik pembangkang untuk didebatkan, Hahahaha...




Tahniah DS Najib kerana rakyat didahulukan.
 Dan terbukti !!!

Tuesday, January 18, 2011

KECOH !!! SERAMBI MEKAH JADI HUB ARAK !!!






Kerajaan PAS Kelantan sedia menambah pengeluaran lesen premis minuman arak di negeri ini mengikut keperluan penduduk bukan Islam, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, langkah itu membuktikan kerajaan negeri tidak pernah menghalang masyarakat bukan Islam daripada menikmati minuman keras walaupun mengamalkan dasar pentadbiran Islam.

"Kita tidak pernah menyekat bukan Islam daripada minum arak kerana kita mengawal penggunaan minuman keras itu di kalangan mereka, malah sedia menambah pengeluaran lesen premis mengikut keperluan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hotel Crown Garden, di Kota Bharu hari ini.

Takiyuddin berkata, di sekitar bandar Kota Bharu sahaja, kerajaan negeri mengeluarkan 28 lesen premis minuman keras, termasuk di kawasan Jalan Kebun Sultan yang dikenali sebagai “China Town”.

Ini termasuk lesen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kerajaan tempatan atau majlis daerah lain di seluruh negeri.



Wah ...wah .. wah... semenjak PAS berjanji sekubur sedosa ni, bukan main ligat DAP berdakwah kepada PAS. DAP telah terlebih dahulu berdakwah kepada PAS untuk bawakan ARAK di pelosok KELANTAN. SERAMBI MEKAH HUB ARAK beb !!!!

Amboi, tahu pulak arak tu untuk keperluan bukan ISLAM. Sama la macam JUDI. BUKAN untuk ISLAM !!!!!  Tapi kecoh seantero dunia. 

PAS semakin merapu sekarang ini. TAHNIAH la PAS !!!! Kerana membantu jentera BN menumpaskan PR untuk PRU akan datang !!!!

BERSAMA membasmi GELOMBANG PR !!!!

ARAK :DAKWAH NIK AZIZ BERJAYA !

Salam 1 Malaysia...


DAKWAH NIK AZIZ TERBUKA
HINGGA ISLAM DIMASUKI NAJIS


Teringat dulu ketika Umno ingin wujudkan perpaduan dengan PAS, PAS menolak. Bagi mereka, berkawan dengan kafir laknatullah lebih mulia daripada mengutuhkan tali persaudaraan sesama islam kita.


Teringat juga aku, Nik Aziz ada berkata lah kan... orang bukan ISLAM dalam PR sudah mula memahami Islam. Kerana itu, Nik Aziz benarkan ayat AL QURAN digunakan oleh kafir untuk memberi ceramah politik. Nik Aziz juga mahukan supaya kita tidak sempit pemikiran dalam menyampaikan dakwah kepada kafir itu.


Ya, syabas dan tahniah di ucapkan kepada NIK AZIZ. Kerana dakwahnya itu sangat berkesan hingga kini. Berkesan sekali apabila, Ronnie Liu memahami siapakah yang layak untuk menghidang arak. Ini semua atas dakwah Nik Aziz dan juga Anwar.




Pertama : Ronnie Liu berkata demikian kerana, Nik Aziz juga cakap, KITA BERSAUDARA. Jadi, apabila bersaudara, samada melayu ker, cina ker, india ker, semua boleh menghidang arak. Apa masalah kan??? Nik Aziz yang mengatakan semua itu bersaudara. Jadi, bila bersaudara, tolong menolong la untuk hidang arak.... Bila bersaudara, tiada beza la bangsa yang nak hidang arak tu kan ??? Nik aziz yang bawa dakwah bersaudara ni okay...


Kedua : Anwar juga amalkan PLURALISME yang menyamaratakan semua agama . Jadi, betullah tindakan Ronnie Liu tu. Semua agama sama kan.... Tak jadi masalah lah kalu melayu ker, cina ker, india ker nak hidang arak. Semuanya sama kan... Ini Anwar punya ajaran... Aku sekadar menyampaikan dengan jelas.


Makanya, dakwah NIK AZIZ dan ANWAR sangat beri kesan kepada kafir DAP untuk memahami ISLAM.  Sekali lagi, ucapan tahniah lah....


DS Najib menyampaikan dakwah tentang ISLAM , dakwah yang mudah dan senang difahami. Tak kompleks. Tak perlu ceramah tiap malam. Dakwah yang diketengahkan tidak melibatkan politik.  Dakwah yang disarankan DS Najib diberikan kepada yang pakar dalam soal agama ini. Kerana, yang HAQ tetap yang HAQ. Tidak seperti Nik Aziz, semua dicampur jadi Ais Kacang..


Dakwah yang tidak membabitkan politik ini, tidak mencemarkan ISLAM yang sejak dulunya dibawah kerajaan BN. BN tidak membawa kafir untuk berdemo di masjid. BN tidak mengajak fahaman menyamaratakan agama Islam dengan agama lain. 


Jadi, aku sebagai insan kecil di kampung jawa ini, sudah nampak kepincangan yang berlaku atas sebab MELAYU ISLAM dalam PR yang konon baik bak malaikat. Sedarlah, agama ini perlu ditangani bersama, bukan kerana POLITIK SEMPIT PR.