SAHABAT SETIA SAJ

Sunday, December 5, 2010

KONSEP 1 MALAYSIA LAYU ???

SALAM 1 MALAYSIA - KEHARMONIAN BERBILANG KAUM DIMARTABATKAN .

Isu Ketuanan Melayu yang dibangkitkan PKR dalam Kongres Nasional 2010 meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat. apatah lagi keluarga suku kaum JAWA yang statusnya tetap BUMIPUTERA, juga merasakan kesannya.

Terkilan kerana ada yang sengaja mempersoalkan tentang ini, hinggakan , Sultan mula mengambil tindakan untuk berucap mengenainya. 

Walau apapun, ketuanan Melayu ini bukan menunjukkan Melayu itu tuan, dan bukan melayu itu adalah hamba. tetapi, ianya merujuk kepada Sistem Raja Berperlembagaan di negara ini.

oleh yang demikian, tidak pula melayu itu  sangat berkuasa hingga bukan melayu hilang kerakyatan atau kebebasan dalam negara. Apa yang telah kita kecapi daripada merdeka hingga kini, RAKYAT MALAYSIA tetap menjalankan aktiviti atau apa2 cara adat agama dan resam tanpa sekatan.

TARIAN CUTI-CUTI 1 MALAYSIA YANG MENGHIMPUNKAN
 KESEMUA KAUM DENGAN HARMONINYA

 Tidak pula Cina atau India diharamkan untuk melakukan aktiviti keluarga mereka, malahan itulah yang kerajaan perkenalkan budaya Cina dan India atau yang lain2 dalam aktiviti keseniaan dan kebudayaan negara. sebagai contoh dalam tarian CUTI-CUTI SATU MALAYSIA. yang mana, kesemua elemen budaya dalam negara termasuk Sabah dan Sarawak turut diselitkan dalam tarian itu. 

Ini jelas menunjukkan, Sistem Raja Berperlembagaan tidak menyekat kita, sbgai rakyat malaysia yang berbilang kaum untuk mencipta nama dan tapak dalam negara. 

oleh itu, KONSEP 1 MALAYSIA yang dilaungkan oleh DS Najib kepada kita semua sangat relevan dan bertepatan dengan apa yang negara kita ini miliki.

sebagai contoh, dalam sukan, semua kaum ada - melayu, cina, india dan lain2. SEMUA kita ini berjuang di medan kesukanan demi untuk mengharumkan nama MALAYSIA, bukan untuk mengharumkan nama bangsa. 

SEMANGAT PASUKAN LEBIH UTAMA UNTUK NEGARA MALAYSIA.
KITA BERSATU UNTUK MALAYSIA

Kejayaan SKUAD KEBANGSAAN kita pada Sukan Asia tempoh hari menunjukkan, KITA RAKYAT MALAYSIA, telah merasa bangga kerana kita semua (melayu, cina, india dan lain) berjaya mencapai sasaran 9 EMAS. ini adalah kejayaan kita semua, 1 MALAYSIA, bukan kejayaan mengikut bangsa.

oleh itu, konsep 1 MALAYSIA sentiasa tetap di hati kita. KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA sentiasa mendapat pujian negara luar kerana keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini sentiasa diamalkan dan dipertahankan.

1 Malaysia, tetap kita pertahankan, dan kita sedang menikmatinya kini...

1 MALAYSIA !!!!

Wednesday, December 1, 2010

PONDOK REHAT VS MENARA WARISAN

SALAM 1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DI UTAMAKAN...


Makin hot pulak story ni. Ini adalah antara story yang hot, dan bertambah HOT apabila, wak-wak kat sini naik hangin la bila duit sebanyak RM 110, 000 digunakan untuk membaiki pondok rehat ini.


INILAH PONDOK REHAT YANG SATUNYA BERNILAI RM 55 RIBU. CANGGIH TUUUU....

Sakit hati wak-wak di sini bilamana, duit2 kerajaan negeri digunakan hanya untuk ini sahaja. ini lebih teruk daripada pembinaan menara warisan. menara warisan itu, akan jadi gah, yang ini, jadi aper???????? poooraaahhhh Pakatan Rakyat !!!!


duit banyak dilaburkan, tapi kangkang kera jer yg dapat. PR, tak usah la nk marahkan MENARA WARISAN, sedangkan PONDOK KERA ini jer lebih byk makan suap. 




Ini adalah projek PR untuk rakyat negeri selang0r dengan kos mencecah RM110, 000 . Buat 2 pondok jer lak tu.kecik dan tak diterima akal kosnya....


PR, baiklah bina rumah rakyat termiskin ker. kan lagi bagus. Pandai kutuk kerajaan dan DS Najib dalam pembinaan Menara Warisan, tapi PONDOK KERA ini lagi hebat penangannya...




Pondok ini, apa sangat beri kemudahan pada rakyat. ada 2 pondok jer, serbu 10 orang, da tak muat. HEHEHEHEH.....


GAMBARAN MENARA WARISAN
tapi, projek mega Menara Warisan akan memberikan pulangan pendapatan pada negara. LAGI BAGUS SEBAB ADA MASUK UNTUNG JUGA PADA RAKYAT DAN NEGARA. 


PR, anda dalam bahaya kerana terdapat penyelewengan telah berlaku, rakyat melihat dan menilai dan rakyat mula menyampah dengan PR yang salahkan kerajaan tapi lagi teruk kalu jadi kerajaan. 



DS ROSMAH MAHU TUNJUK BAKTI

Salam 1 Malaysia kepada rakyat Malaysia...


" Panas hati bila ada orang yang konon berbuat baik tapi baik di pandangan Allah tidak pula dibuat. Nak tutup agenda tersembunyi dialah tu. Si Suami pun tak reti nk tegur. takut bini agaknya..."


Ungkapan di atas bukanlah lahir dari hati ku. aku tidak jumud untuk menutup pemikiran kerana agama Allah ini sangat luas untuk diterokai dan sangat luas pengertian nya. agama Allah ini mudah, semudah menerima pahala dengan hanya berniat baik (ikhlas la) walaupun belum melakukan kebaikan itu lagi. pulak tu, dosa tidak akan tercatat andai berniat untuk melakukan kejahatan unless kejahatan itu telah dilakukan. 


lihatlah, betapa indahnya ISLAM ini . bukannya JUMUD macam penyokong PR yang hanya melihat satu perkara, tapi tertutup pada pandagan lain yg dititikberatkan juga dalam ISLAM.


sering kali, DS Rosmah menerima kritikan hebat penyokong PR. ini kerana, penyokong PR terlalu jumud yang hanya memandang tudung tanpa melihat perbuatan baik yang dilakukan DS Rosmah kepada rakyat. Agenda DS Rosmah sebenarnya menunjukkan, beliau seorang isteri PM yang sangat prihatin kepada rakyat disamping membantu suaminya DS Najib menjalankan tanggungjawab kepada rakyat.


Terbaru, DS Rosmah akan mengadakan Bakat Istimewa Semai Bakti Piala Perdana Menteri 2010 di Stadium Titiwangsa, Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada 4 Disember ini.


ANAK-ANAK BAKTI YANG MENERIMA SUMBANGAN BAKTI




BAKTI yang bakal diadakan ini, akan membantu orang kurang upaya (OKU). BAKTI menitik beratkan kepada kebajikan rakyat tidak mengira apa jua kaum dan bangsa di negara ini. kata DS Rosmah, "walaupun kami tak cukup rehat untuk memperhalusi agenda ini, tapi ini berbaloi kerana untuk memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat. Kami menyahut seruan "rakyat didahulukan ". 


lihat ini untuk mengetahui mengenai BAKTI :  BAKTI


ANTARA AHLI BAKTI YANG MEMBERI BAKTI


Tidakkah perbuatan menyayangi dan membantu OKU dan orang yang kurang bernasib baik adalah satu perbuatan yang terpuji, bukan sahaja pada pandangan kita, khalifah di muka bumi ini, tetapi juga pada pandangan Allah. Inilah perbuatan yang dituntut kepada kita semua supaya membantu mereka yang susah.


Betapa cantik ciptaan Allah kerana menganugerahkan mereka yang berkemampuan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan. BAKTI adalah satu badan yang mampu untuk membantu mereka yang susah. BAKTI menyumbangkan rezeki pinjaman Allah kepada mereka ini. BAKTI tidak lupa kepada mereka yang susah untuk diberikan bantuan dan BAKTI menjalankan tanggungjawab dengan begitu baik sekali. 


Inilah penyokong PR tidak lihat, dan hanya tahu melontarkan tuduhan dan fitnah bertubi-tubi kepada DS Rosmah.


walaupun mendapat hinaan, DS Rosmah percaya, apa yang beliau lakukan ini ikhlas untuk membantu mereka yang kurang upaya dan dengan keupayaan yang beliau ada, beliau menzahirkan nya melalui BAKTI. Baginya, mulut orang tidak boleh ditutup, tetapi kita lakukan sahaja amalan yang baik untuk membantu orang lain. 


Lihatlah penyokong PR, anda semua hanya tahu untuk mengutuk tanpa menunjukkan apa yang anda semua telah lakukan, tetapi, DS Rosmah tetap meneruskan usaha murninya membantu rakyat. 


yang untung adalah DS Rosmah kerana beliau merasakan sangat melegakan apabila dapat membantu mereka yang kurang upaya, dan 


yang RUGInya adalah penyokong PR yang setiap hari bermandikan nafsu syaitan dengan menghina dan memfitnah DS Rosmah.






TAHNIAH KEPADA DS ROSMAH DAN BAKTI ATAS PROGRAM YANG SANGAT HEBAT UNTUK RAKYAT.



Tuesday, November 30, 2010

PERJUANGKAN DASAR ISLAM !!!



Salam 1 MALAYSIA, Ketuanan Melayu dipelihara, agama ISLAM tetap dijunjung !

ISLAM DISANJUNG TINGGI, KETUANAN MELAYU DIPELIHARA.

Jangan kita merasakan, BN berada pada tahap selesa ketika ini dek daripada pergolakan serius yang melanda PKR sekaligus merencatkan tumbesar PR. Apapun, perjuangan kita belum selesai hinggalah Ketuanan Melayu dijaga tanpa mencemarkan ISLAM di Malaysia ini.

Biar lah kita bersederhana dalam perjuangan, namun, tidak dapat dinafikan, keagungan ISLAM tetap yang utama dalam kerajaan di bawah pimpinan yang berkaliber , DS NAJIB TUN RAZAK.

BERJUANG KERANA ALLAH, BUKAN KERANA
 PARTI YANG SUDAH SESAT

Berbeza pula dengan PR, yang cakap di mulut dan ceramah-ceramah murahannya, yang melaungkan untuk mengangkat DASAR ISLAM di negara ini, TETAPI, tiada sekelumit DASAR ISLAM pun yang kelihatan dan di nikmati sekarang. MANAKAH DASAR ISLAM PR ??? "Dibakul sampahkan oleh DAP ker ???


Walaupun kerajaan BN tidak menguar-uarkan DASAR ISLAM, tetapi, ISLAM menjadi teras dalam pemerintahan dan dalam apa segi pun di negara ini. ini kerana, kerajaan juga menghormati bangsa lain yang duduk sebumbung dengan orang melayu islam. 

Kerajaan mengagungkan ISLAM, dan juga menghormati agama bangsa lain. DS Najib menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan adil kepada semua rakyat dan semua bangsa negara ini. ini kerana, perjuangan Islam tidak perlu dilaungkan , kelak menimbulkan kemarahan bangsa lain. 

Cukup lah dengan ISLAM yang sentiasa di tempat yang tinggi dan tidak diperkotak katikkan sebagaimana PAS dan PKR yang melaungkan DASAR ISLAM, tapi tidak nampak ISLAM nya, dan tidak membela bangsa lain malah, menjadikan ayat suci al-quran dilacurkan oleh orang kafir yang tidak beriman kepada kitab suci Al-Quran.

ISLAM PAS dan PKR hanya untuk meraih undi Melayu (walaupun mereka benci melayu), akan tetapi, untuk membela orang Melayu, bukanlah antara perkara utama PKR dan PAS. tambahan, mereka ingin MENGHAPUSKAN KETUANAN MELAYU.

Benarlah kata Datuk Seri Dr.Rais Yatim

"Dengan PKR tidak lagi berminat dengan hak-hak keistimewaan orang Melayu serta kuasa raja-raja Melayu yang mempunyai kedaulatan dan keteguhan di bawah Perlembagaan Persekutuan, jadi apa perlu lagi ditunggu oleh orang Melayu dalam PKR," kata beliau kepada Utusan Malaysia
 hari ini.

Rais berkata, dengan perakuan dan ketegasan kedua-dua pemimpin PKR itu yang memperlekehkan ketuanan Melayu, ia sekali gus bermakna PKR tidak lagi relevan untuk orang Melayu."

SUMBER : utusan malaysia



 inilah PR yang inginkan MELAYU tetapi tidak jaga MELAYU.

sebaliknya, Kerajaan BN sentiasa membantu MELAYU 

mahupun bangsa lain. 


Tidak sesekali DS NAJIB menafikan bantuan kepada

 bangsa lain. 



Maka, adakah patut kita menyokong parti yang membiarkan agama dan bangsa kita dimain2kan dan di humban sesuka hati ??? PR yang sebenarnya dalang kepada kekecohan negara yang selama ini aman dan bahagia dalam segenap lapisan masyarakat. 

PR lah pencetus kepada kebencian antara kaum. rakyat sudah jelak dan menyampah dengan perjuangan PKR dan PAS yang umpama lautan tidak bertepi. Kerana, kehulu pun boleh, ke hilir pun boleh. Tiada fokus dan tidak istiqamah dalam perjuangan mereka. 

Perjuangan mereka ini adalah perjuangan cacamarba. Kaup mana yang sempat, gali mana yang dapat. Yang tinggal untuk Islam yg mereka perjuangan kan, adalah saki baki dan daki-daki sahaja. 

akhir kata, BN juga yang dapat menjamin kestabilan bangsa dan agama.





Monday, November 29, 2010

ZURAIDA NAIK MEROYAN DAPAT MIKROFON

SALAM 1 MALAYSIA SEMUA...


"PARTI INI KITA PUNYA" TELAH MAKAN DIRI PARTI PKR - KRONISME


Hmmm.... tak salah rasanya untuk aku katakan, PKR adalah parti kroni. Hahahaha.... sebab ape tu?? sebabnya, ZURAIDA mengatakan " parti ini kita punya, sukati kita la ". LIHAT, ini amat terang sekali menunjukkan, PKR adalah satu parti kroni ntk PKR sahaja. 


WAHAI ZURAIDA, andai PKR itu parti PKR sahaja, jgn hidup di bumi MALAYSIA kerana BN tidak pernah membuat sempadan bahwa parti itu, parti BN punya. Malahan, BN mewakili rakyat untuk menuju pembangunan yang menyeluruh. 


andai ZURAIDA itu tahu, dia tidak akah dapat ke mana2 kerana tiada tapak atau tanah PKR di malaysia ini. jalan-jalan raya yang digunakan adalah hasil sumbangan KERAJAAN BN. tetapi, BN tidak pernah mengatakan jalan raya itu hanya untuk parti BN sahaja dan sukati orang BN lah. 


ZURAIDA, jangan sekali-kali ingin mengikuti anwar yang bercadang tawan putrajaya. beritahu pada anwar, bahawa putrajaya itu, KERAJAAN BN yang pegang dan bina. ZURAIDA, carilah sendiri monumen parti PKR sendiri kerana ZURAIDA terlalu sombong dengan PARTI PKRnya. 


WAHAI ZURAIDA, lupakah kamu kepada ketelusan yang diperjuangkan parti PKR kepada rakyat ???? andai ZURAIDA menghalang orang luar daripada parti PKR membuat liputan dan sebagainya, ADAKAH ITU DINAMAKAN TELUS ???? Cetttttt !!!!


LETIH MENDENGAR UCAPAN ZURAIDA
YANG MEROYAN DAPAT MIKROFON


ZURAIDA, aku biarkan dirimu terjun dengan labu-labu mu. hehehehe..... 


ZURAIDA bersikap kronisme yang hanya mementingkan parti PKR sahaja tapi bukan untuk perjuangkan hak rakyat. inikah PARTI yang rakyat ingin berlindung di bawahnya?? PARTI YANG HANYA TUMPU PADA ORANG2 PKR SHJ ???


KEPRIHATINAN DAN KESEDIAAN DS NAJIB MEMBERI BANTUAN
KEPADA RAKYAT TANPA MENGIRA FAHAMAN POLITIK


sedangkan dalam jentera BN yang di bawah pimpinan DS NAJIB, tidak pernah meminggirkan rakyat tanpa mengira fahaman politik mereka. kebajikan di negeri-negeri yang ditadbir PR tetap diberikan bantuan seperti bantuan segera yg d arahkan DS NAJIB terhadap mangsa banjir di Kedah yang lalu. 


Jelas, kerajaan BN mengutamakan rakyat dahulu, TIDAK seperti PKR yang dahulukan ORANG PKR sahaja.

BUKAN ISLAM PKR MULA MENGENALI ISLAM

SALAM 1 MALAYSIA, SALAM PERPADUAN YANG DITERASKAN DALAM BN.


KESUCIAN AGAMA ISLAM DI TUNTUT UNTUK DIJAGA


"Astaghfirullah al azim"


perkataan ini muncul sebaik sahaja famili terdekat di kampung jawa ini mendengar dan melihat berita yang disiarkan di TV3 yang mana, seorang wakil PKR berbangsa india telah menggunakan ayat al quran dalam ucapan nya. dah le pulak tu, terjemahan pun salah diberikan. menyirap darah aku apabila orang yang TIDAK BERIMAN KEPADA AL QURAN menggunakan ayat suci AL QURAN KAREEM.


bertambah teruk apabila, tiada siapa yang dapat menegur kesalahan terjemahan itu. ini menunjukkan, tiada satu pun wakil dalam PKR itu yang tahu tentang AGAMA ISLAM. kalau ada, mengapa dibiarkan itu terjadi ????tidak rasa berdosakah apabila kesalahan terjemahan ayat-ayat ALLAH itu di ucapkan ???? tidak rasa ingin berjuang syahid kah apabila ayat2 QURAN di main dan ditafsir ikut perencah sendiri ???? 


jelas menunjukkan, PKR TIADA AHLI AGAMA YANG DAPAT MENYEDARKAN HAL INI DAN MEREKA HANYA MENGIKUT MEMBABI BUTA.


Mengapa hal ini berlaku??


- ini kerana, wakil berbangsa india itu merasakan, TIADA SALAH UNTUK MENGGUNAKAN DAN MENTERJEMAHKAN AYAT2 QURAN DALAM MANA2 UCAPAN. ayat2 Quran kini boleh digunakan sesiapa sahaja dan diterjemah sesuka rasa. Dek kerana itulah, kafir laknatullah telah berani ambil ayat Quran dan menterjemahkan mengikut kefahaman sendiri.


- bukan itu sahaja, wakil berbangsa india ini merasakan, ayat2 Quran ini merupakan senjata paling tajam dalam menawan hati orang2 islam. bertambah yakin apabila, MELAYU ISLAM PAS DAN PKR menggalakkan mereka menggunakan ayat2 quran itu dengan perasaan bahawa, KAFIR LAKNATULLAH ITU telah mula mendekati islam ....


islam kah kalau terjemahan pun di salah tafsir??? patutkah kita percaya pada tafsiran orang yg tidak beriman kepada QURAN dan tidak mendalami ilmu2 islam yang lain ???? 


Dalam hal ini, aku tidak syak bahawa, PAS penyumbang terbesar dalam pencabulan ayat2 Quran oleh kafir laknatullah. diseru pula oleh islam PKR. Syaitan yg berada pada DAP bersorak girang apabila telah berjaya mencabul hak kitab suci ISLAM tanpa mendapat bantahan USTAZ PKR DAN PAS. 
PAS DAN PKR PEROSAK AGAMA ISLAM KERANA
SAYANG MEREKA PADA DAP


Apabila ini berlaku, di manakah menunjukkan DASAR ISLAM  itu akan dijalankan dalam PR ????


Selamatkah perjuangan DASAR ISLAM dalam PR di Malaysia andai sesiapa shja boleh menafsir ayat2 QURAN ???


Terbelakah ISLAM dalam perjuangan PR ????


Aku tgk, ISLAM dalam PR tidak berkembang, malah makin malap dek dihayun tangan DAP. bertaubatlah PAS DAN PKR Islam. sedarlah perjuangan islam mu.


Tidakkah PAS DAN PKR merasakan AL-QURAN ibarat telah dipijak oleh kafir laknatullah ??? 


mengucap panjang mengenangkan kesucian agamaku yang tercemar dalam PR.


dalam jentera BN, tiada kafir pun mencemarkan ayat2 Quran kerana mereka menghormati KESUCIAN AYAT-AYAT QURAN, IAITU AYAT-AYAT ALLAH.


dalam jentera BN, ayat-ayat Quran tidak digunakan sewenang-wenangnya kerana tafsiran itu perlu betul untuk mengelak mendapat kemurkaan ALLAH.


dalam jentera BN, agama ISLAM di jaga daripada dicemari anasir-anasir pembunuh agama ISLAM seperti apa yg telah berlaku dalam PKR DAN PAS.


AGAMA ISLAM DI BELA DI BAWAH KERAJAAN BARISAN NASIONAL


di bawah pimpinan DS NAJIB TUN RAZAK, perkara ini memang ditegah untuk menjaga imej negara ISLAM sekaligus mengangkat keAGUNGAN ISLAM PADA MATA RAKYAT. 

Sunday, November 28, 2010

ANWAR ANUGERAH TUHAN

Salam 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.


Sembang-sembang malam wak-wak sini, macam-macam la story nya... Daripada kisah zaman remaja mereka dahulu yang indah ntk dikenang, zaman mendengar laungan MERDEKA hinggalah pada apa yang mereka kecapi sekarang. ALHAMDULILLAH kata mereka. 

Cuma, semenjak PRU 12 lepas, macam2 perkara yang kurang dan tidak enak berlaku. Malaysia yg dulunya aman dengan keyakinan rakyat pada Pemimpin Utama negara, sekarang ini jadi kacau bilau dek hasutan dan fitnah yang dilemparkan pembangkang. 

Namun, panahan peluru pembangkang, tidak berjaya menembusi hati dan jiwa majoriti anak2 MALAYSIA untuk menyanjungi perjuangan dan pimpinan PEMIMPIN NEGARA dari dulu, hinggalah sekarang iaitu DS NAJIB TUN RAZAK. 



Konvensyen PKR yang pada mula disiarkan berita menunjukkan, tidak sampai separuh dewan dipenuhi perwakilan. hehehehe...kelakar jugak. cuma hari ini baru je la nak penuh setelah mendapat kecaman negatif media. 

Ucapan Datin Seri Dr.Wan Azizah tadi, jelas hanya mengangkat suaminya sebagai pemimpin PKR itu. teks yang dibaca hanya sekadar bacaan je lah. bukan lahir dari hati nya sendiri kerana itu adalah teks seorang ustaz. jika lahir dari hati sendiri, Wan Azizah sendiri akan membuat teks itu lebih baik daripada teks ustaz itu yang ternyata lebih bersifat agresif dan tidak mencerminkan peribadi dan akhlaq yang baik sebagai seorang ustaz. 

"ANWAR ADALAH ANUGERAH TUHAN"

TARIK TELINGA SENDIRI KERANA MENCEMARKAN ANUGERAH YANG TUHAN BERIKAN

Itulah yang dapat disimpulkan mengenai anwar ibrahim pada persidangan mereka itu. YA, anugerah tuhan. kita tidak menafikan kelahiran anwar memang satu anugerah tuhan. kelahiran mana2 pun, semua itu anugerah tuhan. jika bukan anugerah tuhan yang memberikan nyawa kepada manusia, lingkup lah bumi tanpa manusia..

Cuma, "anwar anugerah tuhan" itu, banyak definisnya. anugerah bukan sahaja lahir dalam bentuk yang baik tapi ada juga yang dalam bentuk sebaliknya. ada haiwan mangsa (baik) seperti kancil dan ada pemangsa (jahat) seperti harimau kerana harimau makan kancil. elemen ini penting utk ekosistem bumi dan menunjukkan bumi sihat dan normal. 

TETAPI, elemen anwar ini adalah elemen jahat yang tidak menyeimbangkan ekosistem bumi. sebab apa ???? sebabnya, kehadiran anwar menyebabkan lelaki muda jambu akan menjadi pilihannya. adakah ini baik untuk bumi dan manusia sejagat ???? TIDAK KAN???

BUKAN itu sahaja, kehadiran anwar menyebabkan tercetusnya idea demonstrasi jalanan yang memberi impak negatif kepada negara, harta benda dan keselamatan orang awam. ini BAIKKAH untuk negara ??? anugerah kan kalau bencana yang dibawa ???? bencana yang merosakkan harta benda awam dan keselamatan negara ????

JUGA, kehadiran anwar juga menyebabkan nama baik MALAYSIA jadi buruk. dia ke luar negara memburukkan negara MALAYSIA kononnya pemimpin malaysia tidak baik, pimpinan PM kita tidak bagus dan sebagainya. BAIKKAN perbuatan begini utk negara ??? baikkah bercerita hal dalam kelambu kepada orang lain ???? baikkah perbuatan mengaibkan orang ???? ANUGERAH KAH ITU ???

SEKIRANYA, anwar ini anugerah, dia tidak akan beri cadangan untuk mengambil pinjaman bank dunia ketika negara mengalami krisis kewangan pada tahun 1998. lihatlah akibat mengambil pinjaman bank dunia oleh indonesia dan filipina. mereka terpaksa mencari pelbagai cara yang SUSAH dan BERHEMPAS PULAS untuk melangsaikan hutang sedangkan kita, TELAH MENCAPAI TAHAP SELESA DAN BAHAGIA atas tindakan Tun Dr. Mahathir. ANWAR ITU ANUGERAH KAH ????

SEDARLAH, anugerah yang tuhan beri bukan anugerah yang memusnahkan, tetapi anugerah yang baik dalam kehidupan dunia sebelum menuju akhirat.