SAHABAT SETIA SAJ

Tuesday, September 28, 2010

ISLAM SEPARUH ???

salam perpaduan, salam keharmonian, salam saudara seislam dan salam 1 Malaysia...











wak-wak dan embah-embah di tempat ku naik hairan dan naik pelik bila PR ni trutama orang islam yg tersangat memperjuangkan islam ni.


mereka hanya mengambil fatwa yg ulama berikan yg dorg suker jer.... yg mana dorg rasa pendapat ulama tu lebih condong kepada BN, dusshhhh...trus dimaki habis-habisan..  tak pasal2, ulama yg disanjung yg hanya memberikan pendapat berdasarkan ilmu agamanya yg tinggi itu mendapat tempias makian dan cacian orang islam extreme yg tak bertamadun yg datangnya drpd pembangkang ni haaa....


semalam kecoh tentang Dr.Asri kata, duit sedekah DAP hasil judi itu tak haram diberikan kepada orang2 miskin...  owwhhh....tahu pulak quote kan apa yg Dr.Asri ckp ... setidak2nya dapat membela PR kan???
TAPI, ingat lagi tatkala kerajaan memberi lesen judi bola sedangkan hasil duit judi bola itu juga disalurkan untuk kebajikan.... tapi..memg kerajaan dihentam habis2an.... kasihan pada DS Najib ketika itu yg berhadapan perkara ini. sedangkan, disebalik hasil judi itu juga digunakan untuk membantu org2 miskin SAMA SEPERTI APA YG DAP ITU LAKUKAN. maka, korg yg menyokong DAP itu, ibarat telah menyokong BN lah kan.... Mengaku jer la...




lepas tu, masa BN mengajak bina parti perpaduan ISLAM iaitu antara UMNO dan PAS, dan sebanyak 2 kali ditolak, maka Mufti Perak, Datuk Harussani pun mengeluarkan pendapat tentang perlu adanya perpaduan umat Islam. ianya lebih baik, lebih menjamin, dan lebih stabil. TATKALA itu lah, suara2 PEJUANG2 ISLAM itu memaki dan mencaci MUFTI kita dek kerana beliau mengeluarkan pendapat yg ibarat bersetuju dgn tindakan UMNO. sedangkan, beliau itu sgt telus dan tidak terikat dengan mana2 parti kerana beliau bercakap berdasarkan ilmu agamanya, bukan kerana ilmu politiknya semata2.


inilah orang pas trutamanya yg taksub kepada parti. tidak langsung mencerminkan tamadun islam. tahu salahkan orang, tpi diri sendiri yg tak betul.


inilah yg dikatakan, ISLAM SEPARUH. ambil separuh, buang separuh. ambil yg best2, buang yg tak best2... inikah yg mereka kata mereka itu ISLAM yg memperjuangkan ISLAM????? cermin2 la diri tu dulu.....


orang yg menolak perpaduan ini boleh jatuh FASIQ DAN KAFIR ( Tuan guru Haji Abdullah - Pondok Geting ).  siapa yg menolak perpaduan sekarang??? dan siapa pula yg menampakkan ciri2 orang2 yg fasiq dan kafir???  


saya sgt sedih dan menyeru agar kita semua ni, jgn lah hilang pahala yg dilakukan hanya kerana politik. tiada faedahnya. fikirkan tentang agama kita. 




DS Najib sangat bagus untuk menawarkan perpaduan. beliau letakkan rasa malu dan pangkat di belakang demi memikirkan kebaikan orang2 islam kita di Malaysia supaya tidak akan sengsara di bumi sendiri. kalu DS Najib tidak memikirkan masa depan orang islam melayu, beliau akan buat tidak peduli dan hanya memikirkan keuntungannya sendiri.. tetapi, kerana beliau adalah orang islam melayu yg terus memperjuangkan melayu, beliau tidak segan untuk bersemuka dengan Pas secara terbuka untuk perpaduan umat islam... bukankah ini yg sebaik2nya???!!!


JANGAN GADAIKAN ISLAM KITA DEMI PARTI. 
BIAR BERJIHAD KEPADA KEBENARAN, BUKAN MEMBELA KEPALSUAN....

Monday, September 27, 2010

JOM DAFTAR MENGUNDI

Salam 1 Malaysia kepada semua....


Hari ni, tetiba, ramai pulak menyambut harijadi.... majoritinya yg usia 21 thn... wah.. da besar dah.. orang kata, umo 21 thun ni, dah dapat kunci pelepasan... tapi, selagi masih lagi di bawah tanggungan mak bapak, jgn beriya la nk kan kunci.... its just a symbolik... 


so, aku rasa, pada umo ni lah, sudah ada 1 tanggungjwb lain yg perlu ditunaikan kepada negara. kalu tak, wat apa hidup di sesebuah negara andai tidak berbakti pada negara ??? ye tak??? so, setiap individu dalam negara yang sudah berusia 21 thun ni, perlu lah pergi untuk MENDAFTAR MENGUNDI. samada nk undi atau tak pada hari mengundi nti, itu belakang kira. yang PENTING, tunaikanlah dulu permulaan bakti kita kepada negara. 




kita kene ingat, jangan ditanya apakah sumbangan negara pada kamu, tapi apakah sumbangan kamu pada negara... itu yg lebey penting. sebabnya, apabila setiap individu itu mempunyai peranan menyumbangkan sesuatu yg berfaedah kepada negara, makanya, negara tempat teduh kita jugak akan secara tak langsung memberi manfaat kepada kita....


contohnya lah, negara telah menyediakan platform untk kita semua mendapat pendidikan yang terbaik di peringkat mana sekalipun. jadi, apalah salahnya kalu kita membalas jasa negara yg memberikan kita peluang untk study dengan berjasa kepada mereka samada berkhidmat dengan mereka, menghasilkan produk utk pasaran dunia ataupun paling mudah MENDAFTAR MENGUNDI DAN MENGUNDI UNTUK NEGARA. 



ini adalah amanah kita pada negara. tanggungjawab kita kepada Malaysia. bila ianya adalah amanah, maka, kita kenelah melaksanakan amanah itu.... orang yg bijak, akan faham apakah dimaksudkan dengan AMANAH.


so, marilah kita bersama2 memeriahkan suasana mendaftar mengundi. jadikan ianya sebagai satu pengalaman yg meyeronokkan kerana aku masih ingat, aku rasa teruja bila pertama kali mendaftar mengundi.... sebab aku rasa, aku sudah menjadi satu aset kepada negara ini... Wahhhh.... aset negara tuuu.... mahal wooo....


jom kita pergi daftar mengundi. kerana, undi anda sangat berharga.  undi anda ada KUASA yg boleh anda tentukan.....

Thursday, September 23, 2010

PERLEMBAGAAN CEDOK-CEDOK

Salam kepada umatku yg ku sayangi....

Macam2 ek ragam manusia..  ada yang ckp tak serupa bikin, ada yang menyanjung yang bukan2, ada yang taksub tak pasal2 ...tanpa memikirkan yang mana lebih baik.... main follow jer aper org ckp... ruginya lah AQL yang dikurniakan.....

Aku nk sentuh la tentang topik hari ni, perlembagaan cedok-cedok...  ada lah segelintir penyokong parti yg memperjuangkan islam ini (fhm2 lah), bila kata mengenai perlembagaan 153, dorg habis2an menentang....
perlembagaan itu menyatakan tentang hak2 keistimewaan org Melayu dan juga  Melayu adalah ISLAM secara otomatik.  Tetapi, peminat fanatik parti islam se-Malaysia ini tidak mahu nk trima perlembagaan ini. Dikatakan, Melayu telah menidakkan hak2 orang2 lain dek kerana Melayu ada hak keistimewaan. Dan juga mereka katakan, islam itu bukan bertuankan BANGSA tetapi yg lebih penting AGAMA... haiiii....pelik betul pemikirannya...  kalau nk kata ada Melayu itu murtad ke ape ker, itu adalah antara dia dengan Allah, tetapi, telah termaktub dalam perlembagaan yang mana,orang Melayu itu adalah islam. Orang yang dilahirkan dalam keluarg a Melayu, dibesarkan dalam kelaurga Melayu adalah orang islam. Sama ada dia sudah murtad dan sebagainya, pulangkan pada YANG ESA. Mengapa nk disangkal lagi???   PERLEMBAGAAN 153 INI YANG MEREKA TIDAK MAHU UNTUK TERIMA.  Kerana, mereka nk perjuangkan islam shja, bukan bangsa. Bagi mereka, bangsa ini belum menjamin dia itu islam sedari lahir lagi. Bagi mereka, bayi yg lahir dlm kluarga islam itu, mungkin kafir... nauzubillah..  Bagi aku, aku mengaku bhwa aku adalah rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu dan beragama ISLAM.  Full stop!!!


Lain pulak dengan hal nya yang ini... (dipetik dari harakahdaily)
            Athirah yang merupakan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PAS Pusat berkata, penggunaan istilah 'wanita pertama' itu juga ternyata bertentangan dengan Artikel 32, Perlembagaan Malaysia.
"Dalam artikel itu jelas menyebut bahawa ketua pertama negara ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong jadi secara automatik, wanita pertama mestilah Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong," katanya lagi.


Ini adalah isu yang mengatakan Rosmah telah membelakangkan isteri Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong . butiran lebih lanjut, bacalah harakah daily.. kerana aku nk rungkaikan kes mereka yang membuat PERLEMBAGAAN CEDOK-CEDOK ni... heheh...dek kerana marah kepada Rosmah, mereka terus mengeluarkan Akta perlembagaan yang mengklause kan mengenai wanita pertama. Tahu pulak erk tgk perlembagaan??? Ingatkan dah tak nak pandang...  hmmm....kasihan... bersandar jugak pada perlembagaan negara yer....

So, nk diringkaskan, we as Malaysian, jus folow la ape yg telah termaktub dalam perlembagaan... jgn jus amik akta yg dirasakan sesuai utk menghentam orang lain, tapi akta yang lain dinafikan haknya... salah tu....
Renung2kan lah... 

Wednesday, September 22, 2010

OHH KEDAI MAMAK

Salam kepada blogger yg lawati blog ni...
aku terpanggil untuk menulis berkaitan mamak ni.... maklum la..baru pekena teh ais dan nan cheese cicah susu... memg KAW la mamak ni buat... hebat karakas yg dia bagi.. hehehhe....


kedai mamak ni, kat mana2 akan laku lah.. mklum...kedai mamak la yg bertahan untuk menjamu perut kita seme makan selama 24 jam... seme jenis makanan ada. bukan sekadar roti canai dan teh tarik, even, ada western food, ada tomyam, ada buah2an, ada rojak, ada otak2 dan sebagainya... sebab tu kedai mamak ni digemari ramai.. full package la katakan... cakap tentng makan ni, memg best ... TAPI bukan ini shja pandangan yg aku nmpk di kedai mamak ni... 

aku tertarik dengan phenomena kedai mamak yg didatangi oleh mereka yg mempunyai latar belakang yg berbeza. berbeza dari segi agama, warna kulit, pendidikan, status kerja dan sebagainya... bak kata, kedai mamak ni menghimpun kan kita semua untk menjamu selera.. hebat betul mamak ni... adakah mamak itu yang hebat?? sebenarnya, yg jauh LEBIH HEBAT adalah kita sebagai pelanggan nya... kita mampu untuk duduk sebelah menyebelah dengan orang cina, orang india, orang indonesia, orang miskin, orang kaya, orang arab, orang tinggi, orang gemuk dan macam2 lagi... kita ini HEBAT kerana kita makan dengan aman dan tenteram bersama customer kedai mamak yang lain... tidak kira mereka ini memegang ideologi politik yang berlainan. tetapi,kerana KITA INI RAKYAT MALAYSIA YANG HEBAT, kita merasai nikmat makan ini dengan rasa kesyukuran tanpa memikirkan tentang agama apa yg mereka anuti dan sebagainya...




lihatlah, sebenarnya, kita ini sudah aman dan damai dek kerana pemerintah kita yg maintain ntk menyatupadukan kita seme... andai pemerintah kita ini berjiwa rasis, akan terbitlah kedai mamak untuk MELAYU SHJ, kedai mamak untuk CINA SHJ, kedai mamak UNTUK INDIA shj dan sebagainya... tetapi, apa yg berlaku sebaliknya... tidakkah ini melambangkan, kita ini sudah hidup dengan aman...TETAPI MENGAPA PERLU UNTUK SENGAJA MENAIKKAN ISU DAN BERMAIN DENGAN SENTIMEN PERKAUMAN ????

kita sebagai rakyat MALAYSIA sebenarnya gembira dengan kehidupan sekarang... sesiapa shja akan membantu orang2 yang susah tak kira bangsa dan agama ape yang dia anuti... ibarat, kalu kita lihat orang tua berbangsa lain dengan kita yang tetiba jatuh basikal, kita akan tolong dia bukan kerana bangsanya, tetapi kerana kita SATU MALAYSIA. Yang sengaja mengapi2kan sentimen perkauman ini adalah mereka yang HANYA MEMIKIRKAN TENTANG KEPENTINGAN SENDIRI SAHAJA. ini seme adalah propa mereka untuk mengecapi apa yg mereka ingini dengan apa cara sekalipun... bagi mereka, matlamat itu menghalalkan cara....

da panjang sgt lak menulis... cukup la dpt ku simpulkan, peliharalah kesejahteraan kita ini... kita ini sebenarnya sudah aman damai, mengapa perlu membangkitkan isu yang sengaja memberikan jurang kepada kita... kita memerlukan satu sama lain di Malaysia ini. 

salam perpaduan.. salam 1 MALAYSIA...

Tuesday, September 21, 2010

SALAHKAN BERSATU???

Salam kepada yang membaca blog ini. terima kasih kerana meluangkan masa membaca blog yg sekadar meluahkan pendapat ini....

aku terpanggil untuk bercakap mengenai melayu perlu bersatu. susah sangat ke nk bersatu? susah sgt ke nk merapatkan saff antara saudara sesama islam kita??? mengapa hendak bersengketa??? andai ada saudara seagamamu yg salah, bantu lah dia untuk membetulkan jalannya.... mengapa perlu untuk memperlekeh dan memaki hamun mereka. sudah hilangkan peradaban yg dpeturunkan untuk bersama2 menjaga UMMAH ???
sudahlah malaysia ini dikecam oleh orang2 indon, ini, melayu yg hdup d tanah malaysia pun nk pulaukan rakyat sendri? apa sudah jadi?

bagi aku, mudah saja, kalu sayangkan agama, sayanglah bangsa melayu kerana mereka itu adalah orang islam yg beragama islam. yg sure akan masuk syurga awal atau kemudiannya ( kecuali mereka yg meduakan Allah ). jadi, mengapa tidak mahu ada rasa ingin bersatu??? fikirkan lah ianya untuk kepentingan agama kita, tetapi bukan parti politik.  agama bukan untuk di politikkan. kalu sayang kan agama, marilah kita bersatu. tiada mendapat kemurkaan andai bersatu utk menjaga agama ISLAM ini. tetapi, entah apa akan jadi andai tidak mahu bersatu hanya kerana ideologi POLITIK masing2. ketepikan sentimen politik,tetapi ambillah AGAMA sebagai batu asas untuk kita bersatu.

Monday, September 20, 2010

MOVIE : CATS AND DOGS

2 hari lepas, aku g tgk wayang citer ni memandangkan citer2 lain macam tak best jer. asalnye nk tgk 3D, tpi disebabkan bajet tak brape nk cukup, maka, tgk 2D jer la... asalkan bole tgk movie sudehhh....
 citer ni memg la tersangat sesuai ntk kanak2, ataupun famili sebab citer ni klakar la jugak. maklum la, dpt tgk gelagat cats and dogs ni...


nice story this movie. ianya mengisahkan KITTY GALORE yang ingin membalas dendam terhadap manusia kerana membencinya. Maka, kejahatannya bermula dengan pelbagai cara. Dogs ini bertindak untuk menangkap Kitty Galore ni sebab dia ni telah mengacau life dogs. sedia maklum, anjing kan bergaduh ngan kucing... nk dijadikan cerita, Cats telah bersatu dengan Dogs untuk menangkan Kitty Galore. walaupun Cats ini adalah keturunan kucing seperti Kityy Galore, tetapi, yang salah tetap akan didakwa la. akhirnya, mereka berjaya menangkis serangan Kitty Galore utk memusnahkan life dogs dan manusia.

begitu lah cerita nya... dalam movie ini, banyak pengajaran yg kita dapat... walaupun sekadar cerita kartun, tetapi, message yang disampaikan sangat baik untuk di olah.
Yang menarik perhatian aku dalam cerita ini adalah....
1 - anak-anak CATS yang masih kecil ini, tidak membenci DOGS yang masuk ke rumahnya. sebab, mereka masih kecil yang tidak tahu untuk menilai mana musuh kerana bagi mereka, itu semua adalah kawan. anak2 kucing ini suka bermain dengan Dogs dan Dogs pun tak sangka anak2 kucing ini menerima mereka....
begitu juga dalam hidup bermasyarakat di Malysia ini. anak2 kecil berlaianan bangsa tidak kisah dengan siapa mereka berkawan samada Cina, Melayu, India etc. mereka hanya tahu, mereka ingin berkawan dan enjoy dengan life mereka sebagai kanak2. tetapi, yang merosakkan pemikiran mereka ini, adalah individu yang hanya mementingkan diri sendiri, yang sengaja menggemburkan isu2 perkauman. hmm....

2 - apabila cats and dogs bersatu untuk menentang Kitty Galore, mereka berjaya untuk menumpakannya. mugkin, tanpa cats, dogs takkan berjaya, dan tanpa dogs, cats pun tumpas. so, dorg pun bersatu dan berpakat untuk menumpaskan plan kitty galore supaya hidupan manusia aman bersama anjing2 atau kucing2 peliharaan mereka.
so, aku nampak di sini, mengapa tidak , kita bersatu untuk kesejahteraan semua pihak. walaupun cerita ini tidak menyatakan kalu kita bersatu , kita akan berjaya, tetapi dalam segi penceritaan nya boleh kita tafsirkan begitu. kalu life kita ini saling memerlukan antara satu sama lain, dan saling bekerjasama, kita seme akan memperolehi ketenangan... fikirkan la hal ini.

bagi yang da tgk movie ni, korg fikirkan sendri maknanya... masing2 punya tafsiran tersendri, tpi bagi aku, hidup bersatu lebih memberi impak positif dalam hidup.


so frens out there, enjoy watching dis movie k.

Sunday, September 19, 2010

Hidup Harmoni

Kita rakyat Malaysia ni tak kira anak jawa ke, melayu ke, kadazan ke, semai ke, asli ke, kaum-kaum bumiputera yang lain, cina ke, india ke, sikh ke hidup dalam keadaan harmoni, aman dan tenteram. Setiap kali aku enter je kaki kat kedai mamak aku rasa inilah tempat kita bersatu. Penyatuan yang sangat baik, sangat harmoni. Malah kalau ada antara kita yang terjatuh depan mata xkira le apa bangsa dia, kita tolong dia. Ini lah kejayaan semangat setia kawan yang kian lama terpupuk di hati kita rakyat Malaysia. kami rakyat biasa ni yang tidak kepentingan dalam kuasa politik rasa sangat aman dan bahagia hidup bersama-sama, tolong menolong. Kaum bumiputera dengan kerja-kerja mereka, kaum cina dengan kerja meniaga sana sini mencari untung, kaum india pun sekarang dah mula maju, dah mula terlibat dalam bidang perniagaan, mengambil tempat orang-orang cina meniaga di kedai-kedai kecil di kawasan pinggir bandar. orang bumiputera pun diberi peluang meniaga juga. ini semua hasil usaha titik peluh pejuang-pejuang terdahulu yang berjaya mengharmoni kan kita bersama. Marilah kita terus kekalkan hidup harmoni ni dalam keadaan tenang tanpa prejudis antara satu sama lain. Pemerintah yang ada sekarang ini telah menjalankan tanggungjawab dengan baik tanpa ada rasis dan penindasan pada kaum-kaum tertentu. kalau pemerintah sekarang rasis, cina takkan kaya, india takkan kaya, hanya yang kaya bumiputera saja. tapi bumiputera pun sekadar nama, ada lah hak sikit yang ditinggalkan datuk nenek moyang kita dulu untuk generasi akan datang, namun nak jadi kaya macam orang cina jauh sangat perjalanannya. kita sedang merangkak nak berdiri sama tinggi duduk sama rendah dengan ekonomi mereka tiba-tiba ada pulak anak bumiputera sendiri yang mendajal kita. Di taburnya paku agar kita lambat lagi sampai ke matlamatnya. Selain itu, kaum lain pulak ambik kesempatan mintak hak kita yang ada sekelumit tu. Menangis kita mengenang takut kita pemimpin musang berbulu ayam sanggup menyerahkan hak kita pada yang meminta hanya kerana impikan kuasa politik di negara bertuah ini.
Aku ni bercakap dengan hati dan jiwa supaya yang membaca juga masuk ke jiwa apa yang aku tulis ni. kalau nak jebek atau ejek pun buat lah jika dah hilang jiwa jati diri sebagai kaum melayu dan bumiputera di negara ni. Gadaikan lah maruah melayu ini demi mengejar kuasa dan cita-cita yang memperjudikan bangsa...